The Ugly Truth of Pusat Pengajian Pondok Islam di Malaysia

Disclaimer: Tak semua pondok pengajian macam ni. Saya percaya masih banyak pondok yang mempunyai pentadbiran yang baik dan telus mengikut ajaran Islam yang sebetulnya.

Confession ini adalah dirujuk kepada 1 pondok pengajian di Perak sahaja justeru ia tiada kaitan dengan pondok yang lain…

Pertama kali saya menulis disini, terpanggil kerana ingin meluah isi hati yang lama terpendam.

Sebagai waris kepada penghuni pondok pengajian ini saya dah lama sakit hati dan inginkan kebenaran tetapi tidak tahu ke mana jalan yang sesuai.

Apabila ditanya kepada pejabat agama, mereka mengatakan bahawa itu diluar bidang kuasa mereka.

Jika pembaca tahu mana2 cara/ saluran yang betul untuk saya mencari kebenaran demi kebajikan semua penghuni pondok ini, sila tinggalkan info diruangan comment. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih..

Ok ceritanya begini, pondok ini ditubuhkan dalam 9 ke 10 tahun yang lepas atas tanah yang diwakafkan oleh seorang Dato untuk didirikan madrasah untuk pengajian Islam.

Telah diberi amanah kepada seorang ustaz (yang saya namakan Ustaz A dalam penceritaan ini) untuk menguruskannya..

Ustaz A menguruskan pondok tersebut bersama isterinya (yang saya namakan Ustazah A dalam penceritaan ini).

Ustazah A lebih tertumpu kepada pengurusan penghuni wanita di pondok tersebut manakala Ustaz A menumpukan kepada pelajar tahfiz dan penghuni lelaki pondok.

Di awal penubuhan, ia mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.

Rumah2 pondok habis terjual untuk dihuni oleh ‘Tok Pondok’ dari kalangan ibu tunggal, balu, pasangan kelamin yang kesemuanya dalam usia yang boleh kita gelar warga emas.

Mereka ini datang kesini untuk menimba ilmu dan memantapkan lagi amalan, juga berfikiran untuk menghabiskan sisa baki hidup dengan beramal dan mengumpul pahala.

Pondok ini juga menerima ramai pelajar tahfiz pada awalnya. Tetapi sayang, saban tahun jumlah pelajar tahfiz yang mendaftar semakin berkurang sehinggakan pada tahun ini hanya 5 pelajar sahaja yang mendaftarkan diri.

Apa silapnya? Kenapa pelajar sudah tidak mahu meneruskan pengajian disini? Wallahuallam…

Tetapi dari mata kasar banyak khilafnya.. kebajikan pelajar dipandang remeh.

Dari segi makanan seperti tidak mencukupi. Mereka turut dikerah untuk melakukan apa2 kerja yang memerlukan kudrat mereka walhal tersimpang dari tugas asal.

Selain dari itu, kes buli turut berlaku di sini, dan pihak warden dan pengurusan tidak menguruskan permasalahan ini dengan baik.

Bercerita mengenai pihak pengurusan, terlalu banyak cerita negatif yang didengar. Penghuni pondok seperti sering kali ditindas dan dinafikan hak mereka. Antara kisahnya,

1) Pada bulan ramadan setiap tahun pondok akan mengadakan majlis berbuka puasa yang dimohon ditaja oleh Tok2 Pondok mengikut giliran.

Yang sering kali menjadi bualan adalah duit yang dipinta oleh pihak pengurusan adalah tidak selari dengan yang dibayar kepada pihak katering saban tahun.

Justeru timbul isu ‘adakah pengurusan makan duit tersebut?’

Beratus-ratus ringgit setiap hari dikutip ‘extra’. Untuk apakah duit extra tersebut?? Bukankah duit itu adalah amanah Si Pemberi yang bersedekah untuk menaja berbuka puasa?

2) Pokok dan tanaman Tok Pondok disekitar rumah pondok yang dibeli mereka dimusnahkan oleh pihak pengurusan,

Ianya atas alasan tanaman tersebut mengganggu ekosistem longkang dan sebagainya tetapi tanaman Ustazah A tidak pula dihapuskan walhal tanamannya seperti kebun bunga di tepi rumahnya yang diwakafkan.

Segala tanaman seperti buahan, ulaman serta sayuran ditanam oleh tok pondok untuk dinikmati bersama kerana mereka mempunyai kekangan untuk keluar membeli bahan mentah kerana sudah tua dan tinggal sendiri berseorangan.

3) Perkara baik yang dilakukan penghuni pondok seperti ingin mewakafkan sejadah di surau dan lain-lain sering kali mendapat tentangan daripada Ustazah A.

Akhirnya mereka lebih gemar membuat baik/ menolong/ bersedekah/ berwakaf kepada masjid dan surau diluar.

4) Ini isu terbaru! PONDOK DITUTUP SELAMA SEBULAN LEBIH.

Ya pondok ditutup untuk tempoh yang panjang dan berlaku diakhir ramadan sehingga bulan syawal. Penghuni Pondok kesemuanya dipaksa keluar oleh pihak pengurusan.

Perkara ini telah mendapat tumpuan lantas menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak. Masakan tok pondok semua dipaksa keluar dari rumah pondok yang mereka beli sendiri.

Ada diantara mereka tidak mempunyai rumah lain dan tiada waris, lantas kemana mereka harus pergi selama sebulan lebih ini?

Dan ada diantara mereka yang mempunya waris diluar negeri. Dengan larangan merentas negeri sekarang, isu ini amatlah mengganggu emosi penghuni pondok dan waris mereka. Jatuh air mata tidak berkesudahan.

Umpama sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah tidak dapat beraya bersama anak cucu yang dikejauhan, mereka seolah dihalau pula dari kediaman mereka sendiri. Pihak pengurusan memberi memo katanya arahan berwajib ini dikeluarkan oleh pejabat agama.

Telah saya hubungi pejabat agama daerah terbabit untuk mengetahui isu sebetulnya dan ustaz yang bertugas memberitahu itu adalah saranan sahaja bukan wajib demi membendung daripada wabak covid 19 menular dalam kalangan asrama.

Ok kita faham langkah ini lebih tertumpu kepada pelajar tahfiz yang ditinggal di asrama, tetapi kenapa penghuni pondok yang lain yang mempunyai rumah pondok sebuah setiap orang juga perlu keluar dan pondok ditutup sepenuhnya?

Bukan mereka duduk beramai2. Sorang 1 pondok. Masing2 ada ruangan masing2.

Dan telah saya bercakap dgn Ustaz B yang turut mengajar di pondok itu (nombor diberikan oleh pejabat agama untuk dihubungi) akan isu ini,

Kata beliau sebetulnya pondok ini hendak ditutup kerana nak menghalang kesesakan anak cucu menziarahi orang tua mereka pada hari raya nanti.

Bagi saya, jika perkara tersebut yang hendak dicegah, cukuplah sekadar pondok ditutup daripada orang luar tanpa perlu menghalau tok pondok ni semua keluar dari pondok mereka.

Selain itu penduduk dan waris bagai disiram minyak panas apabila mengetahuni yang ustaz A dan ustazah A tetap terus tinggal di pondok tersebut dan tidak pula perlu meninggalkan pondok tersebut seperti penghuni lain walhal rumah warisnya hanya berada di taman sebelah.

Tok pondok dihalau dari rumah pondok yang dibeli mereka sendiri tetapi Ustaz Ustazah A tidak pula perlu keluar dari rumah pondok yang mereka diami secara wakaf

(Tuan rumah betul kena halau dari rumah yang mereka beli, tapi orang yang duduk rumah wakaf tak perlu pula keluar. Walhal bukan rumah mereka. Dimanakan keadilan?).

Pejabat agama daerah memberitahu isu ini diluar bidang kuasa mereka tetapi pihak pengurusan pondok berkata ianya arahan daripada mereka. Dimanakah kebenaran?

Dimanakah harus saya mendapatkan keadilan atas kebajikan semua penghuni pondok ini?

Bagai mengharapkan pagar, pagar makan padi, pihak pengurusan pondok mahupun pejabat agama daerah semua bersikap bagai melepaskan batok di tangga.

Saya ceritakan apa yang berlaku yang saya tahu sahaja. Cerita lebih dalam wallahuallam…

Semoga mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab secara telus, adil dan saksama dan tiada penyelewengan kuasa atau keculasan amanah berlaku disini.

Tetapi saya ingin pihak berwajib menyiasat/ meneliti kembali pengurusan pondok ini demi menjaga kebajikan semua penghuni dan agama Islam..

Kemana patut saya buat report?

Sekian terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca coretan saya ini sehingga habis.

– Waris yang mencari kebenaran (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *