Assalamualaikum wbt. Izinkan aku berkongsi beberapa pengalaman aku setelah disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.
Beberapa hari sebelum disahkan positif C19, aku rasa penat yang amat. Kebetulan minggu tu aku sangat busy dengan meeting back to back, tambah lagi dengan beban kerja yang terlampau banyak,
Dan kebetulan kena pula dengan timing datang bulan, jadi aku assume itu adalah penat biasa. So, hari Jumaat tu aku nekad ambil MC.
Hari Ahad & Isnin dah start selsema & batuk sikit. Selasa, time tengah siap nak pergi kerja tiba-tiba aku perasan yang deria bau dah tak ada. Time ni dah tak selsema dah.
Aku rasa tak sedap hati, so aku inform HR and decide untuk buat swab test pcr. Esoknya result keluar & aku confirm positif.
Aku pelik. Aku bukan jenis keluar jalan-jalan. Even lunch pun aku order delivery atau bawa bekal. Life aku pergi balik kerja, selebihnya dok terperuk kat rumah.
Cuma hujung minggu sebelum tu, aku ada seminar dekat satu institusi. Inform organiser, organiser cakap tak ada yang positif, yang seminar sekali dengan aku. Alhamdulillah semua kontak rapat aku negatif.
OK berbalik pada tajuk, sebab dalam PKRC tu punya bosan, aku pun interview lah orang dalam tu.
1. Makcik Ani. Positif C19, dapat dari anak & menantu yang join satu gym ni. Marah betul makcik ni dengan anak menantunya.
Yang aku tahu, gym ni sampai jadi kluster. Bermula dengan trainer sampai ke ‘anak muridnya’ . Dalam PKRC ni pun ramai yang dari kluster ni. Aku punya curious, aku pun google lah gym ni.
Ya ampun, gym yang kecik tu penuh dengan basikal berderet. Aku tak tahulah SOP tempat tu. 1 session ada limit orang ke tak. Setiap session ada sanitise ke tak. Apetah lagi nak check kalau ada individu yang bergejala yang datang join kelas tu.
Yang aku pelik, ada jugak orang nak join benda-benda ni time pandemik ni kan?
Bersukan dalam ruangan tertutup dengan ramai orang? Dah tentu kalau bersukan tak ada nya nak pakai mask (mau putus nafas senam sambil pakai mask). Korang rasa?
2. Makcik Bedah. Dapat C19 dari kumpulan yasin & qasidah. Anak-anak dah banyak kali nasihatkan maknye jangan aktif sangat time pandemik ni.
Tapi tulah tu. Makcik ni pun cakap, lepas kena C19 ni baru dia rasa menyesal. Kalau tak dia cakap, aktiviti dia penuh dengan kumpulan yasin & qasidah nya. SOP tak yah cakap lah.
Dia tunjuk gambar-gambar aktiviti dia pergi. tak ada mask, tak ada penjarakan sosial, siap peluk-peluk lagi. Nak buat macam mana, memang adat melayu ni kalau jumpa ke nak berpisah ke selalunya ada sesi salam peluk cium segala.
Bila pandemik datang tiba-tiba, nak ubah kepada norma baru untuk makcik pakcik ni agak susah sebenarnya. Harapkan anak-anak untuk terangkan betapa bahayanya pandemik ni.
3. Makcik Dian. Satu keluarga positif C19. Bermula dengan suami pergi ke masjid di kawasan kampung. Masjid tak patuh SOP, tak ada daftar MySejahtera apetah lagi check suhu.
Ada jemaah tetap ‘foreigner’ yang datang tak pakai mask. Ada majlis makan-makan di masjid lagi. Sudahnya satu family yang duduk serumah positif C19.
4. Adik Fatin. Baru pulang atas urusan kerja dan melawat family di kawasan red zone. Balik ke rumah di yellow zone, positif C19.
Mujur, keluarga di kawasan yellow zone semua negatif, cuma perlu kuarantin. Tapi keluarga yang di red zone kebanyakannnya positif. Masa di red zone, sangat aktif keluar jumpa kawan-kawan, makan & shopping. Kemungkinan dapat C19 dari keluarga yang pergi mesyuarat politik.
5. Adik Hanis. Dapat dari sekolah. Kemungkinan dari guru kelas lain yang datang melawat kelas ke kelas. Ada beberapa orang pelajar dari lain-lain kelas serta beberapa orang guru yang lain turut positif.
Nasib kurang menyebelahi adik Hanis, ada ahli keluarga yang turut positif. Berbeza dengan adik Intan, dari sekolah yang sama tapi kelas yang lain. Adik Intan seorang sahaja positif manakala ahli keluarga yang lain negatif.
6. Makcik Jue. Sukarelawan NGO, aktif merentas negeri untuk aktiviti NGO. Kalau ikut apa yang Makcik Jue cakap, organisasi NGO dia sangat pentingkan SOP ketika di pejabat dan ketika aktiviti bagi bantuan.
Cumanya, ada beberapa aktiviti lain yang agak loose SOP contohnya kalau ada orang nak belanja makan, atau ada majlis-majlis solat hajat dsb.
Dekat suku jugak dari ahli NGO yang positif. Yang sedihnya, ada yang satu geng dengan Makcik Jue, dah ada simptom tapi taknak buat swab. Kita namakan dia Makcik Ita lah ye. Banyak kali Makcik Jue nasihatkan akhirnya Makcik Jue kena block dengan Makcik Ita.
At last, Makcik Ita ni masuk ICU sebabkan C19 and lambat detect, virus dah sampai ke paru-paru. Kesiannya Makcik Ita ni, dia maybe tak ada yang nak educate pasal C19 ni. Duduk sorang-sorang, anak duduk lain negeri.
So, bila Makcik Jue ni nasihat suruh buat swab, dia anggap Makcik Jue ni nak dia sama-sama sakit. Even ada simptom pun, dia still dok kat ‘in denial stage’.
7. Kak Kiah. Kerja di satu institusi X. Dapat C19 dari family. Dah 2 hari dok dalam PKRC baru dia tahu ada beberapa jemaah masjid yang positif sebelum family dia.
Nak dijadikan cerita, antara yang positif tu yang sediakan juadah berbuka untuk jemaah. Kebetulan dia dan suami memang jemaah masjid. So, sekarang 1 family dia pulak positif.
8. Limah. Kerja di institusi X jugak tapi lain bangunan. Limah sebelum tu BDR, nak dijadikan cerita ofis panggil dia masuk pejabat. Tup tup dia positif C19. Dia pun confius dapat dari mana.
Bila dah positif, baru dia tahu ada dekat 10 orang staf yang positif dari bangunan yang sama tapi lain jabatan.
Bangunan ni tak lah besar mana & common area macam toilet, cafe jenis sharing dengan jabatan lain & even visitors pun pakai sama jugak. Ingat tak aku cakap aku ada seminar before kena C19.
Dan ya, seminar ni kat bangunan yang sama. Aku ni lepas tau aku positif, aku ada lah buat kira-kira, tolak campur tempoh inkubasi virus dengan first day aku dapat simptom. Match pulak dengan hari aku pergi seminar.
Tapi sebab organiser cakap tak ada yang positif selain aku, then owner bangunan pun sanitise bangunan before and after seminar so aku tak jadi syak aku dapat dari situ. Nak dijadikan cerita boleh pulak ditakdirkan aku jumpa dengan Limah dalam tu.
Kalau ikut kata Limah, tak ada buat sanitisation pun (staf selalu dimaklumkan before buat sanitise), dia pun geram sebab management tak ada inform pun ada staf yang positif, kalau dia tau ada yang positif, better dia BDR jek dia cakap.
Tapi tu lah kan, dah takdir. Kak Kiah pun cakap, sebenarnya ramai staf dekat X yang positif cumanya management tak bagi hebohkan.
Kalau lah betul aku dapat dari seminar tu, tak adalah aku nak salahkan organiser, sebab dia cuma sewa tempat jek. Cuma aku rasa X ni tak bertanggungjawab lah.
Patutnya lepas dapat tau ada staf positif, dia patut tutup bangunan tu untuk tiga hari ke bagi ruang untuk sanitise. Takpelah benda nak jadi & dah jadik pun.
9. Kak Minah dapat masa berurusan dengan pegawai kerajaan, kita namakan dia Kak Leha. Kak Leha ni pulak dapat dari gym yang sama dengan no 1 kat atas nuh. Kawan-kawan satu ofis dengan Kak Leha pun kena jugak.
10. Kak Nani, Kak Oja, Kak Peah dapat dari sekolah. Kak Nani & Kak Oja nasib baik sebab family yang lain negatif. Kak Peah, husband & anak-anak positif. Makcik Semah, dapat dari anaknya Azman yang datang berbuka puasa di rumah.
Azman ni satu sekolah dengan Kak Nani, Kak Oja & Kak Peah. Sekarang ni, Makcik Semah satu family yang duduk serumah semua positif.
11. Adik Nab dan adik Nad. Adik beradik. Kemungkinan dapat dari Ayah nya tapi ayah pun tak tahu dapat dari mana. Actually satu family dah demam seminggu sebelum masuk PKRC. Tapi tak check. At last, bila hilang deria batu check & betul positif C19.
12. Makcik Nora. Dapat dari masjid hasil daripada makan berdulang di masjid. Akhirnya 20 orang dari ahli jemaah positif C19. Ahli keluarganya pun banyak yangvpositif.
Sebenarnya bukan masjid dekat tempat makcik Nora je. Lepas aku keluar, banyak yang aku dengar kluster-kluster dari masjid/surau ni hasil daripada makan berdulang time berbuka puasa.
Nampak tak? Faham tak apa yang aku cuba sampaikan? Aku tahu, ramai yang salahkan kerajaan bila kes naik. Aku tak nafikan. Aku pun marah bila kes naik lepas PRN Sabah.
Tapi PRN Sabah tu bulan 9 tahun lepas kalau tak salah aku lah. Dah lebih setengah tahun berlalu. Hakikatnya, ramai yang ambil mudah ambil ringan bab C19.
Kita semua mungkin ramai yang jaga SOP. Tapi dalam kita tak sedar, masih ramai lagi yang tak patuh SOP. Itu belum lagi yang cakap C19 ni satu konspirasi politik. C19 hanya demam biasa jek? Benda tak jadi dekat diri sendiri, memang mudah nak cakap. Fitnah dajal lah apelah…..
Kalau tengok pesakit C19 yang macam aku, jenis sihat tak ada simptom teruk mungkin lah orang akan cakap C19 ni tak bahaya. Tapi, orang yang berisiko tinggi, mak ayah kita yang dah tua tu?
Tau tak, sepanjang aku dok dalam tu 8 hari, adalah beberapa orang yang sempat aku interview. Tau tak ada yang family dalam ICU ditidurkan.
Ada yang harini masuk PKRC harini jugak ayahnya kat kampung meninggal sebab C19. Ada yang mak dalam ICU elok jek masuk boleh video call berbual macam biasa. Tuptup esoknya meninggal sebab ada komplikasi kencing manis.
Ada yang sebabkan lambat detect, virus dah serang paru-paru ditidurkan sebab oksigen rendah, terus tidur selamanya beberapa hari lepas tu. Time aku tulis ni, baru dapat berita suami makcik Nora meninggal sebabkan C19.
Celah mana yang C19 propaganda politik? Itu belum lagi kalau tengok kat page KKM yang bagi icon gelak dekat semua info termasuk info kematian.
Yang komen memperlekehkan usaha KKM, yang cakap KKM tipu data. Aku saksi, dalam PKRC tu KKM yang tak sampai 10 orang satu shift kena layan kerenah beratus-ratus orang dalam satu PKRC.
Kitorang siap boleh jadi tukang tilik lagi hari ni kes rendah ke tinggi. Kalau banyak ambulance masuk haritu, kes tinggi lah maksudnya tu. Belum lagi tengok ambulance yang sama buat 2 – 3 trip satu hari merentas daerah yang 2-3 jam sekali perjalanan.
Untuk orang macam aku yang jenis patuh SOP, yang jenis stay at home, keluar bila perlu jek, memang triggered bila jadik macam ni.
Belum lagi tengok yang bersesak masuk shopping mall, bazar ramadhan, bazar raya. Frust tau tak.. Frust sangat. Penat. Tapi aku tau, bila aku kena C19 ni aku pun ada salahnya jugak.
Maybe ada time yang aku terleka, time terleka tulah virus tu menyerang. Nanti aku cerita lagi part ni. Tapi aku tau, sepenat mana pun aku, penat lagi para frontliners. Aku pun ada parents yang dah tua. Kalau dorang kena C19 sebabkan aku, aku tau aku takkan dapat maafkan diri aku.
So korang semua, percayalah C19 ni wujud. Berapa ramai aku jumpa dalam PKRC tu yang lepas kena, dah rasa sakitnya kena, baru percaya yang C19 tu wujud.
Jangan ikut perangai kayangan yang banyak duit yang jenis semua benda nak langgar. Biarkan diorang, dia sakit dia ada duit nak upah doktor peribadi ke apa.
Korang yang tak ada duit, selalulah ingatkan diri yang kita ni golongan marhaen. Sekarang ni katil ICU banyak dah penuh, PKRC pun penuh. Ramai yang kena kuarantin kat rumah.
Aku ingatkan lagi, kalau jenis yang tak ada simptom macam aku insyaAllah selamat. Jenis yang berisiko atau yang tak tahu sebenarnya dia berisiko? Ramai dah kecundang. Ingat tu!
Nanti ada masa aku share lagi pengalaman aku. Korang nak baca ke tak nak tak kisahlah. Cumanya aku rasa tu tanggungjawab aku nak share. Bukan semua orang dapat rasa (dan tak kan ada yang mengharapakan untuk rasa pun) pengalaman macam aku ni…. hahaha…
Take care, stay safe & stay at home…!!
– ads (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit