Aku tak tahu nak mulakan tulisan ni macam mana, tapi aku cuma nak kongsikan apa yang aku rasa ketika berusia 24 tahun. 24 tahun aku mungkin tak sama dengan 24 tahun orang lain ada yang lebih baik dari aku atau ada yang lebih teruk. Ye pada mulanya aku seorang yang bersemangat nak jadi seorang entrepreneur yang berjaya, yang komited, konsisten, tapi setelah setahun berlalu, progress menjadi perlahan, semangat aku kian pudar, lalu aku tersedar dari lena dari angan angan yang aku mungkin hanya seorang manusia normal, manusia biasa yang hanya mahu hidup seperti orang lain, hidup normal.
Punyai rasa insecure melihat sahabat handai, sepupu yang lebih muda sudah mendirikan rumah tangga, ada juga yang dah ada anak, punyai kehidupan yang stabil, tapi aku masih lagi tercari cari tujuan aku hidup dekat dunia ni, masih lost. Ye aku seorang graduan Ijazah sudah lebih kurang setahun aku menamatkan pengajian ijazah aku.
Di sini aku tak mahu cerita berkenaan sukar mencari kerja atau tidak, aku cuma mahu berkongsi apa yang aku rasa menjelang umur 24 tahun, oh ye aku seorang lelaki. Ada masa aku keliru, ada masa aku depress, aku lost, ada beberapa kali aku stress duduk rumah aku pergi masjid berdekatan tidur di sana semata mata nak hilangkan tekanan, hilangkan stress.
Ye aku tahu perkataan klise seperti “ sabar masa kau akan tiba, allah nak uji kau tu” “ala Trump pun jadi Presiden umur dia berapa compare dengan Obama“ “trek larian setiap orang berbeza jangan compare dengan diri kau“ , tapi sebagai manusia normal yang ada perasaan kau tak boleh tipu diri sendiri, kadang kau rasa diri kau loser sangat, rasa macam tak nak hidup pun ada, kadang kadang tu bila aku depress aku akan banyak tidur, mungkin tidur dapat menghilangkan sedikit perasaan tu.
Tapi aku percaya ini mungkin salah satu fasa kehidupan menuju ke fasa yang lebih baik, walau apa yang sedang berlaku dekat aku sekarang ni, di hati kecil aku masih ada lagi ruang positif, aku selalu cakap dalam hati “ takpe, sabar **** masa kau akan tiba “ , setiap hari aku berkata begitu diri aku ni.
Orang selalu cakap setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya, tapi benda yang paling sukar untuk menerimanya adalah dengan mencari apa hikmahnya. Aku cuma berharap rakan rakan yang berusia 24 tahun sama macam aku mempunyai kehidupan lebih baik dari aku, tiada tekanan, tidak lost, sebab tidak seronok mempunyai perasaan seperti ini, sentiasa rasa low self esteem.
Semoga kehidupan kalian lebih dari aku, terima kasih jika admin menyiarkan cerita ini.
– Ahmad (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit