27 Tahun dan Hutang RM100,000

Assalamualaikum wbt…

Terima kasih admin kerana sudi untuk menyiarkan coretan saya yang sadis ini. Semoga saya dapat manfaat daripada komen-komen para pembaca.

Saya tertarik untuk confess disini setelah membaca “23 tahun dan Rm100k”. Tapi saya bertentangan dengan gadis 23 tahun itu. Ya. Seperti yang dinyatakan di dalam tajuk, saya berumur 27 tahun dan saya mempunya hutang RM100 000.

Terkejut? Sedih? Namun sekarang saya redha dengan ketentuan ini dan saya banyak belajar daripada kesilapan saya yang lampau.

Saya bekas pelajar luar negara, salah sebuah universiti di UK. Kepada kawan-kawan yang mengenali saya, harap tidak menghebah-hebahkan hal ini kepada yang tidak tahu ye. It takes me a mountain to actually confess this. Sama seperti confessor 23 tahun itu, saya juga bekas pelajar engineering. Saya gadis luar bandar yang agak naif semasa awal dewasa, tidak pandai berbahasa english tetapi sangat bersemangat dalam mencapai sesuatu yang mana, to cut the story short, berjaya melanjutkan pelajaran ke UK melalui result SPM yang cemerlang dan keputusan ketika belajar di pusat persediaan yang alhamdulillah melepasi cut off point yang dikehendaki.

Namun, mungkin kerana English language competency saya tidak begitu bagus pada awal 2 tahun yang pertama, dan dengan subjek yang semakin susah menganjak ke tahun 2 belajar di sana, membuatkan saya hampir hampir mengalami depression, saya sering gagal setiap semester. Saya bangun dan terus berusaha, lulus dan gagal lagi di semester lain, dan akhirnya walaupun berjaya menginjak ke tahun akhir, saya gagal lagi dan saya tidak boleh meneruskan pelajaran lantaran penaja tidak lagi boleh menanggung saya dan saya membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia ketika umur 22 tahun.

Dan seperti tertera di dalam kontrak, saya menanggung hutang bayaran gantirugi kerana tidak menghabiskan pengajian di sana.

Setelah membuat rayuan dan surat menyurat, saya mendapat pengurangan bayaran ganti rugi dan jumlah yang saya perlu bayar adalah sebanyak RM86 000.

Belum cukup lagi RM100k.

Atas dorongan keluarga, saya dikehendaki untuk menyambung pelajaran di Malaysia dan memandangkan ibu bapa saya bukan lah orang yang berada, saya membuat pinjaman ptptn sebanyak RM20 000 plus (saya tidak ingat exact amount). Maka jadi lah jumlah hutang saya RM100 000 lebih.

Kepada pembaca, jika anda curious macam mana saya boleh banyak kali gagal, dan adakah saya berusaha atau tidak, boleh request untuk saya bercerita lebih lanjut dalam confession yang lain. Harap tiada membuat sebarang andaian yang menyedihkan saya. Terima kasih.

Kepada pembaca yang lain, jika anda tertanya tanya adakah saya menyesal akan kejadian ini, saya alhamdulillah dengan yakinnya mahu memberitahu ini adalah hadiah terbaik yang Allah bagi lantaran Dia membuka mata hati saya sebesar besar alam akan yang mana kaca, yang mana permata, baik dalam perhubungan sesama manusia dan perhubungan saya dengan Allah.

Persoalan utama saya sekarang, bolehkah para pembaca membantu saya bagaimana saya boleh melangsaikan hutang saya ini dengan kadar yang cepat? Sekarang saya sudah bekerja setelah tamat belajar, awal tahun ini di salah sebuah universiti awam dan sedang bekerja di stesen petrol minyak sementara mencari pekerjaan tetap yang lain. Saya tidak mempunyai duit simpanan yang banyak melainkan hanya RM1800 didalam akaun bank.

Untuk pengetahuan semua, saya secara konsisten membuat bayaran ptptn dan penaja saya yang dulu tu. Saya tidak mempunya kereta atau pun motosikal dan sedang menyewa bilik yang berdekatan.

Gaji basic saya setiap bulan adalah RM1300, dan dengan gaji itu bagi emak RM150, bayar kepada bekas penaja RM300, ptptn RM100(tgh fikir jika saya perlu minta buat penangguhan), sewa bilik RM180, dan belanja belanja lain. Saya juga menggunakan duit itu untuk job hunting. Saya baru sempat kerja selama 4 bulan sebab semasa awal-awal habis belajar, ayah saya tidak sihat jadi saya tumpukan sepenuhnya perhatian di rumah dan tidak bekerja.

Saya tidak boleh membuat perjaan online memandangkan saya tidak mempunyai transport. Saya tidak lagi tinggal bersama ibu bapa kerana rumah jauh daripada tempat kerja dan saya tinggal di bandar besar.

Begitu lah secara terperinci keadaan kewangan saya, jika itu dapat memberi gambaran kepada para pembaca dan membantu dalam memberi jalan terbaik untuk saya menjelas kan hutang-hutang saya dengan cepat, sebelum saya mati, dan sebolehnya agar saya dapat menunaikan haji tanpa hutang yang belum selesai.

Terima kasih.

– Hani

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *