Masalah Dalaman Manusia (Cyst, Fibroid, Endometriosis, PCOS)

Assalamualaikum pembaca dan admin. Terima kasih kerana menyiarkan confession ini.

Aku pernah menulis satu confession bertajuk “Penyakit Dalaman Wanita (cyst, fibroid, endometriosis dan PCOS)”.

Link: https://iiumc.com/masalah-dalaman-wanita-cyst-fibroid-endometriosis-pcos/

Aku buat pembedahan buang cyst ovari sebelah kanan sebesar 8 cm, dan fibroid di uterus yang masih kecil bersaiz 3 cm di KPJ Perda Penang pada september tahun lepas secara laparoskopi.

Aku masuk wad selama 4 hari 3 malam dan MC selama 1 bulan. Aku merupakan kakitangan hospital kerajaan.

Aku menulis bukan untuk promot kad perubatan Prubsn, BUKAN.

Aku hanya mahu ceritakan pengalaman aku kena penyakit dalaman dan menggunakan kad perubatan untuk pembedahan. Mana yang positif, kalian jadikan lah iktibar.

Dalam confession sebelum ni aku lupa nk sebut pasal Prubsn. Aku hanya sebut kad perubatan takaful. Tapi komen-komen di bawah ada yang meneka mungkin aku ambil takaful prubsn yang add on khas untuk masalah wanita. BUKAN.

Aku carum kad perubatan Prubsn plan biasa yang cover kos perubatan tahunan RM100 ribu dan maksimum rm1 juta seumur hidup (smartsaver300) tu. Dalam polisi memang ada untuk buang cyst dan masalah wanita ni.

Cuma tak cover untuk rawatan kesuburan seperti IUI, IVF dan seangkatannya. Mana-mana plan pun setahu aku memang tak cover rawatan kesuburan untuk dapatkan anak ni.

Aku ambil baru 2 tahun 6 bulan masa aku buat pembedahan tu.

Selain itu, semua duit kita yang keluar masa cek up dalam tempoh 3 bulan sebelum masuk wad di klinik klinik dan hospital panel yang lain atas penyakit yang sama juga boleh dituntut semula.

Kalau ada cek up selepas pembedahan juga boleh dituntut semula dalam masa 3 bulan selepas masuk wad. Yang ni kena rujuk agen.

Biasanya agen yang mainkan peranan dalam urusan tuntutan yang ni.

Jumlah yang berjaya aku tuntut semula hampir rm3k. Semua dapat. 1 sen pun tak kurang. Alhamdulillah. Terima kasih Prubsn.

Kos pembedahan termasuk bil bil hospital berjumlah RM30k. Yang ni pihak hospital yang uruskan. Bila doktor cadangkan kita buat pembedahan, doktor akan tanya kita ada kad perubatan atau tidak.

Kalau ada, doktor dan pihak hospital yang uruskan sampai pihak takaful bersetuju untuk cover kes kita. Bila kes kita dah dapat persetujuan pihak takaful, baru lah pihak hospital bagitahu kita dan pembedahan boleh diteruskan.

Kat sini agen tak terlibat. Masuk hospital hanya bayar rm300, sebab aku punya smartsaver300. Hanya bayar RM300 dari keseluruhan bil hospital.

Ini adalah kali pertama aku guna kad perubatan yang selama ini aku anggap macam membazir saja bayar setiap bulan. Hampir aku terminate.

Itu lah, kita tak pernah tahu bila kita akan sakit. Aku tak pernah sangka kena masalah ni.

Selama ni duk sangka aku ni sihat. Makan macam-macam, terlalu kerap makan fast food. Makan ayam. Aku ambil kad perubatan ni masa mula-mula kerja, aku memang cari kad perubatan ni.

Bukan sebab kawan promot. Masa dapat gaji pertama, kad perubatan dan hibah yang aku cari dulu. Aku pilih untuk beli kereta terpakai viva saja sebab aku nak ambil takaful.

Oh ya, agen aku adalah kawan sekampung. Aku kenal dia dan segala urusan sangat mudah.

Antara tips nak ambil takaful kena pandai pilih agen ye. Plan yang aku ambil ni hanya RM165 sebulan. Masa ambil takaful ni aku dalam keadaan sihat walafiat. Aku tak pernah ada sebarang penyakit.

Bila sakit, gigih cari hospital swasta juga sebab hospital kerajaan kena tunggu giliran yang sangat lama.

Kadang kenapa kita perlu pilih hospital swasta bukan kerana kualiti perkhidmatannya yang terbaik, tapi kerana nak cepat.

Hospital kerajaan juga menyediakan perkhidmatan yang terbaik, peralatan yang canggih, pakar yang ramai. Tapi que menunggu terlalu panjang dan lama.

Masa aku dapat kesan cyst dan fibroid yang langsung tak ada symptom tu, cyst tu dah 8cm.

Hampir berpintal. Cyst ovari adalah ketumbuhan bukan kanser. Tapi ia bahaya sebab risiko untuk ovari rosak sangat tinggi.

Selain itu, kesan dari pembedahan tu, telur aku tak membesar kat sebelah kanan tu. Mungkin kesan dari pembedahan doktor kata.

Aku hanya ada telur sebelah kiri. Itu lah kesan bila kita ada masalah ni. Sekarang aku hanya bergantung pada telur sebelah kiri ni saja untuk mengandung.

Aku belum punya anak setelah masuk tahum ke 5 perkahwinan. Doakan aku dan suami dikurniakan zuriat tak lama lagi ye.

Oleh itu nasihat aku kepada yang masih sihat, kalau mampu, ambil lah kad perubatan dari mana-mana syarikat yang kalian rasa selesa.

Selain itu nasihat aku jaga pemakanan, boleh rujuk confession aku yang sebelum ni tentang pemakanan.

Kalian juga perlu tahu kolagen sangat bahaya bagi yang ada masalah dalaman wanita dan bagi yang sihat juga. Jangan sembarangan makan supliment. Makan real food.

Contoh kalau kalian mahu dapatkan khasiat delima, sila makan buah delima. BUKAN pati delima. Aku nasihat sebab aku sayangkan kalian wahai wanita-wanita. Jaga aset kita, jaga kesihatan kita. Sekian.

– Serikandi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *