Assalamualaikum dan salam sejahtera… Apa khabar semua?? Jadi harini aku nak cerita sesuatu yang sangat sangat memberi kesan yang mendalam kepada aku.
Aku tak tahu nak cerita dekat siapa.. Dah lama aku pendam sendiri. Tanpa membuang masa, ayuh kita teruskan.
Aku merupakan anak sulung dari 3 orang adik – beradik. Adik aku seorang lelaki, seorang lagi perempuan.
Yang sangat sangat menguji kesabaran aku ialah yang lelaki ni. Pemalas, kuat melawan, biadap aku tak tahu nak cakap macam mana.
Hidup dia dari pagi sampai ke malam main phone dan makan. Best kan?? Satu kerja pon tak buat… Senang hidup dia.. Goyang kaki saja.. Tiba waktu makan, orang jemput makan.
Kejadian yang ini, aku paling mendidih.. Aku rasa nak hentak saja dia pakai kasut tapi kena sabar.. Dia bising – bising dalam kereta, tak cukup dengan tu dia berjoget ke apa ntah aku tak tau.
(Masa tu aku duduk bahagian passenger depan, aku tak jeling ke belakang la, aku malas nak tegur sebab nnti aku tau aku juga yang kena marah nanti) sampai kereta tu bergoyang- goyang..
Aku dah cuba tahan… Last2 aku pekik dekat dia aku suruh dia senyap. Kau tau dia buat apa?? Dia tunjuk jari tengah dekat aku dia tendang tendang seat aku.
Bila mak aku masuk kereta balik ( lupa nak cakap mak aku keluar singgah kedai) aku bagitau la mak aku… dia dah takut kan.. Dia cakap aku yang cakap bab* dekat dia dulu..
Aku bersumpah aku tak cakap pon benda tu. Aku cuma suruh dia senyap saja takde pon aku tambah cakap bab* ke b***h dsb.
Dia pernah saja bertekak dengan aku banyak kali hanya disebabkan aku tegur silap dia. Tapi faham2 saja lah kan.. Dia sorang saja anak lelaki kan benda yang bukan salah aku pon aku yang kena tanggung.
Aku lama sangat dah sabar, yang aku tak boleh nak brain kan ada orang ni suruh aku jaga hati dia, nanti lama lama dia stress.. Aku macam terpaku… Habistu aku tak stress ke dah kalau aku cakap apa2 mesti ada aje benda dia nak melawan.
Kulit aku agak gelap berbanding semua orang dalam family aku jadi you know the drill. Budak tu jadikan aku bahan ‘lawak’, ejek skin tone aku.. Tapi ada aku kisah??
Aku tak tahu la apa jadi dengan aku… Aku sabar dengan perangai dia ni sampai satu saat, aku akan visualize apa yang aku nak buat dekat dia tapi tak terbuat.. Faham tak??
Aku tahan diri dari pukul dia.. Jadi dalam kepala aku, aku akan bayangkan yang aku pukul dia teruk2.
Yang aku tak boleh terima, bila dia buat salah ke menjawab ke semua butakan mata pekakkan telinga. Kalau dia buat auto tak salah.. Tapi kalau orang lain dalam family aku buat uish teruk kena.
Oh.. 1 lagi.. Pernah mak cik aku ceramah aku.. Cakap aku ni pemutus silatur rahim, aku ni ahli neraka.. Oh okay
Aku memang membisukan diri dari bercakap dengan dia. Buat apa aku cakap ngan dia?? Aku cakap apa pon dia melawan.. Jadi lantak dia lah nak buat apa.. Aku tak nak ambik kisah 1 benda pon pasal dia.
Akhir sekali, aku nak minta maaf kepada semua atas cara penyampaian aku yang agak berterabur… Aku tak tahu nak luahkan pada siapa…
Bukannya aku tak pernah luah.. Banyak kali dah aku cakap dengan family aku pasal ni..
Alih2 aku yang kena silent treatment.. Lagi, dituduhnya aku ni busuk hati dengan budak tu.
Jujur la aku cakap, dari lubuk hati paling dalam sekelumit rasa cemburu dekat budak tu. tak pernah wujud dalam hati aku. Aku cuma nak dia tak melawan, tak biadap tu saja.
Aku dah cakap slow2 dalam erti kata lain tegur dengan lembut semua aku dah buat.. Tapi biadap juga cara balasnya..
Akhirnya, setelah ‘ berbincang’ pasal ni pon tak jumpa jalan keluar, aku pon pendam sendiri.
Rasa nak bunuh diri tu ada saja selalu dalam kepala aku. Takde siapa yang sudi dengar apa yang aku hadap selama ni. Aku pernah buat cubaan juga tapi tu la panjang umur kan.. Hidup lagi sampai harini.. Alhamdulillah
Bila benda2 macam ni jadi aku rasa terasing sangat. Dalam rumah ni aku rasa terkurung. Terkurung tu maksud aku, bila aku meluah pasal perangai budak tu contohnya, bukan diorang nak tegur budak tu..
Alih2 aku lak kena marah..’ Biasalah budak’ katanya.. Lagi aku mendidih ada la.. Sekarang dah terlambat.. Memang selamanya la perangai budak tu macam tu.. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya.
Aku jadi malas nak balik rumah family aku sebab ni la. Aku rindu sangat dengan family aku tapi bila balik benda macam ni la yang nak kena hadap..
Aku nak jugak macam orang lain, dapat spend time dengan family happy2. Entahlah.. Mungkin aku ni tak layak nak rasa bahagia macam orang lain.
Aku rindu sangat dengan arwah atok aku.. Arwah atok aku la satu satunya manusia yang faham aku.
Sejak atok aku takde ni, hidup aku ni macam tak bermakna dah.. Kosong saja aku rasa.. Kalau atok aku ada, mesti aku tak payah nak hadap semua ni.
Akhir kata, sekali lagi aku nak minta maaf atas segalanya. Terlalu banyak yang aku nak luah.. Tak terkeluar dibuatnya…
Terima kasih juga buat admin..
Terima kasih semua sudi baca, jaga diri dan Assalamualaikum, bye bye.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit