29 September Hari Bahagia Aku

Assalamualaikum. Aku nak cerita tentang tentang si dia yakni A. Aku kenal A melalui mutual friend (Nana) kami dan along the way. Aku mula taruh hati dekat dia tapi aku tak pernah luahkan sebab aku tahu dia tak nak ada perhubungan (Ni dia sendiri yang kata). Kami teruskan berkawan sampai aku perasan mesej kami tak seperti dulu. Bila berborak pun dia akan katakan ayat-ayat manis like “we should get married, we’re perfect for each other”. “Maybe aku syok sendiri” Itu yang aku selalu katakan to myself.

One day, dia terus terang yang dia juga sukakan aku. Aku gembira. Tapi dia nak rahsiakan this relationship daripada semua orang especially Nana. Dia nak mak ayah aku tahu dahulu. Kami meneruskan relationship kami dalam rahsia sampai aku pergi umrah (bulan 2). Dia ambil cuti untuk menghantar aku. Sumpah terharu. Ini adalah perhubungan aku yang pertama (Tolak 1 cerita monyet yang lasted for a week LOL). I thought to myself “He’s the one”. Lelaki lain tak pernah layan aku begini.

Semasa umrah, hubungan yang kami rahsiakan kantoi dengan Nana. I cried masa dekat mekah because lets face it , She’s my best friend and We lied to her. Aku tipu kawan baik 4 tahun aku untuk lelaki yang baru aku kenal 2 bulan. Mungkin aku terlalu naïf. A kata “This is our rights as a couple” dan him being my first real Boyfriend sepanjang 20++ tahun ni buat aku akur dengan keputusan dia untuk merahsiakannya.

Sebab aku ada dekat mekah. Aku minta tolong A untuk jadi orang tengah. But Sebulan telah berlalu and we are still not okay. It took nearly 2 months to berbaik but we were never the same. And I understand why, your best friend lied depan mata kau. Masa hari terakhir umrah, I decided to tell my parents about A and they said “ Dah agak dah “. I guess sebab personality aku yang obvious sangat sayang dekat A ni.

A layan aku dengan baik. Sampai je Malaysia. Aku dapat tahu dia ambil cuti sebab sangat rindukan aku. Tapi malangnya aku demam jadi aku tak dapat keluar dengan dia. Dia sangat risaukan aku to a point dia masakkan bubur untuk aku. Malang lagi sekali, family aku dah masakkan bubur untuk aku jadi bubur yang dia masakkan tak sempat bagi kat aku. A few days later aku cukup pulih untuk keluar dengan dia dan dia bawa aku ke rumah Nana to clear things up. Nana was glad to see me and so was I. Tapi agak awkward pada mulanya.

Aku bersyukur sangat time tu. Alhamdulillah ada A yang tolong aku untuk perbaiki relationship aku dan Nana. Then, aku dapat tahu yang A dah simpan duit untuk pernikahan kami. Dia siap carikan rumah untuk kami. Serius, dari mana lelaki ni datang? Setiap hari dia kata dia sayang aku. Aku agak berisi, dia siap offer untuk bayar yuran Gym untuk aku. Tapi aku tolak sebab aku tahu keadaan kewangan dia. Ada sekali tu dia buat aku terharu sangat. Waktu tu aku menganggur dan dia sanggup hantarkan resume aku sampai ke Mid Valley sebab aku tak dapat ke Expo pekerjaan. Baik kan A?

Kitorang dah bercinta 6 bulan bila aku perasan A dah berubah. Bila bergaduh, dia banyak diam. Padahal dia yang selalu emphasize the importance of “COMMUNICATION”. Dia selalu kata to never hurt your partner by words tapi dia selalu kata benda-benda yang kasar mcm “awak ni lembab”. One time aku rasa stress and macam kearah depress and dia kata “awak ni gila eh, awak ada keluarga yang functional kot”. Ya alhamdulillah, family aku fills me with love and he’s family is quite the opposite. Tapi aku tak berhak ke rasa stress?.

Dia selalu cakap tentang berat badan aku yang tidak turun-turun. AKu overweight. Dia pula kurus. Dia selalu suruh aku kurus tapi lepas kena weight plateu (Boleh google). Susah untuk aku turunkan berat ni. Tapi dia tak faham. Dia ingat berat ni boleh turun 5kg per month dengan mudahnya. Aku dah banyak cuba untuk kurus. Tapi aku tak dapat turunkan.

Waktu ni Bulan 7 menandakan 7 bulan we were in a relationship. Lepas hampir sebulan tak jumpa. Dia beritahu aku yang dia tak sayangkan aku macam dulu lagi. Dia beritahu aku yang rasa tu masih ada tapi tak seperti dulu. Persoalan aku selama ni akhirnya dah terjawab dan dengan perasaan sayang yang ada aku fight for our relationship. Dia maybe dah tak sayang aku macam dulu tapi aku masih rasa sayang dekat dia macam dulu. Sikit pun tak berubah. Sekali lagi dia naikkan isu berat badan aku. Dia risau sebab aku ada cyst dulu. Kalau aku tak kurus, ada kemungkinan untuk aku tak ada anak. FYI, cyst aku tak membesar dan menurut kata Doktor, IT IS HARMLESS. Walaupun kau dah layan aku teruk time ni tapi aku selalu yakinkan diri aku yang kau tak sengaja sebab waktu-waktu ni pun kau ada family problem and kau selalu kata kau stress dengan hidup kau.

Aku boleh Nampak effort dia untuk rasa sayang seperti dulu tapi kenyataannya effort dia “asal ada” kind of thing je. Tapi takpe aku appreciate it a lot. Bulan 8 aku dah Nampak improvement sebab dia mula kata dia sayangkan aku. Dia kata maaf sebab dia dah taken me for granted. “I love you sayang”. Sumpah time tu aku gembira sangat. Dia mula kata nak ke kursus kahwin. Dan aku pun pergilah carikan untuk dia. Siap date semua aku dah sediakan.

Bulan 8 ni jugalah bulan dia nak start cari kerja baru. Dia kata dia nak lari dari perempuan yang dia pernah tolong dulu. Jadi aku pun tolong. Resume dan CV dia aku buatkan. Akaun Jobstreet dia aku yang handlekan. Aku set up kan akaun LinkedIn dan Indeed untuk dia. Ayat-ayat pitching aku karangkan. Tapi it was never enough for him. Dia nak aku sendkan resume hari-hari untuk dia. Tapi aku pun bekerja. Kadang kala aku ada event dan “some me” time. Tapi aku gagahkan diri untuk hantar at least 1 resume.

Lagi-lagi bila dia pernah marah and kata “ awak memang nak saya terseksa dekat company ni kan?”. Aku rasa bersalah. Terus aku carikan. Tidur pukul 1 tu no hal ah demi orang yang kita sayang kan? Waktu ni juga, kereta dia kena service dan perbelanjaan A tak cukup. Jadi dia minta duit sikit dekat aku. And aku bagi sebab kesian. Tapi lusanya aku dapat tahu dia main futsal. Aku bersangka baik lagi . Maybe ada orang belanja.

Awal bulan 9, A masih belum dapat job offer walaupun dah dapat several interview. Aku pun masih gigih carikan kerja untuk dia. Masa ni juga kawan aku kahwin dan aku decided to go with Nana sebab dah terlalu lama tak jumpa dan sebab aku nak hubungan kami lebih pulih. Waktu ni juga aku Tanya si A “awak nak bertunang tak?, lepas mak ayah saya balik umrah. Jom bertunang”. And dia kata dia nak tapi tak boleh sebab kakaknya baru bercerai dan ibunya tak bagi dia bertunang. Lagipun duit simpanan dia belum cukup.

Aku pun redha. Aku faham sebab aku pun baru je mengumpul duit. Hubungan kami agak tegang bulan ni sebab bila kami ada masalah. Dia bluetick aku sampai berhari-hari. AKu dah start confuse. Dia perempuan ke aku yang perempuan. Then aku perasan dia start hide IG story dia dari aku. Tapi dia kata ter hide. Tak perasan. Aku Tanya dia. Dia nak break ke? Dia kata tak nak. Okay, kami pun teruskan hubungan kami.

Then one day dia start buat “counting days”. Aku pun Tanya dia “awak count days untuk apa? Ada apa 29 hb ni?” Dia kata 29 September hari bahagia aku. Aku mula gembira. Dia nak merisik aku ke? Berhari-hari aku happy tapi aku rasa serba tak kena bila dia salah panggil nama aku. Nama perempuan tu R. AKu Tanya, siapa R? then dia kata yang dia tersilap panggil. R ni perempuan yang dia nak lari tempoh hari. Rakan sekerja dia. Dari aku fikir baik. AKu start fikir buruk. Then tiba-tiba dia kata 29 hb tu si R bertunang. Dia mula buka cerita pasal R. R ni dah bercinta 8 tahun dan dalam 8 tahun tu R kuat curang sampai teman lelaki dia jadi agak abusive.

Barulah aku tahu yang si A ni dah lama tolong si R larikan diri dari teman lelaki dia. Si A sambung cerita lagi. Dia kata lepas R putus dengan teman lelaki dia. Ada lelaki lain pinang dia and R said yes. So 29hb ni dia akan tunang. Okay cerita dia … Apa kaitan R tunang dengan hari bahagia aku?. Aku Tanya si A. Awak ke bertunang dengan dia ? Si A ni boleh pula marah kata aku ni suka speculate. Jadi aku pun minta maaf dan berhenti push dia. Tapi sumpah. Kenapa aku rasa tak sedap hati? Tak logic kalau A bertunang dengan R. Tak logic kan?

Birthday si A ni 19hb September dan waktu ni aku offer nak datang Subang Jaya dari Salak tinggi untuk belanja dia makan. Kami ke Tony Roma’s dan aku spend RM80 untuk makan dia sebab aku dah tetap bajet RM 100 nak belanja buah hati aku ni. Masa birthday aku pun dia set bajet yang sama. So why not aku do the same kan? Then dia tahu ada baki RM 20 lagi, dia minta aku belanja benda lain yang harga RM 20. And I did sebab malam tu bagi aku best. Dia yang start ambil gambar dengan aku then dia Tanya bila nak kahwin esc. Aku happy malam tu. Aku balik rumah sewa dalam keadaan yang sangat bahagia tau. Then aku hantar si A balik rumah sewa dia sebab dia tak bawa kereta malam tu. Dah hantar dia, aku terus balik Salak Tinggi. Aku balik dengan hati berbunga-bunga.

Beberapa hari berlalu dan kami bergaduh sebab aku bagi quote “Say thanks instead of sorry” kat si A. Dia merajuk. I said my sorry and aku biarkan sebab dia memang tak nak bagi aku chance untuk make it better. Seharian kami tak contact and dia call aku malam tu. Happy wehhh sebab aku ingat dia nak berbaik. Tapi dia call untuk kata “kita mungkin takkan okay lagi” and dia start cakap how I didn’t lose enough weight from January and this proves I have no discipline and tak boleh jaga anak or a family.

Then, dia tutup handphone sebab waktu tu dia ada event and he said he will call me after the event is settle. Aku terus menangis. Terduduk. Ramai orang yang gemuk tapi mereka boleh je jaga anak. Jaga family. Kenapa dia kata macam ni ? Malam tu, aku buat keputusan to end this toxic relationship sebab bagi aku alas an dia tak munasabah. Aku beritahu Nana apa yang terjadi dan baru aku tahu, dia ada mesej Nana sebelum call aku malam tu yang dia memang nak break it off with me malam tu juga. Tahniah A, awak Berjaya.

Kelakar tau sebab dia reply mesej aku and kata okay. Kalau itu yang aku nak. WOW, mesti dia happy kan? And this event take place 2 hari sebelum 29 September. Masa 29 September, I got a call from Nana saying that A dah tunang. I was so shocked. Sebelum ni dia kata dia bukan tunang R. Waktu tu aku rebah, aku menangis di pangkuan mak aku. Adik aku menangis tengok aku yang tak tentu arah. A broke me . Petang tu aku tak sangka A berani call aku. Bukan untuk minta maaf tapi untuk beritahu all the things dia tak puas hati pasal aku.

Dia kata dia ada expectation terhadap aku and aku tak Berjaya fulfilled expectations dia. Aku pun ada expectations untuk A tapi aku turunkan expectation sebab aku tahu ada waktu A tak sedar yang dia layan aku teruk (MAYBE LAH). Tapi aku tak menangis time A call sebab aku nak dengar pasal dia tunang dari mulut dia sendiri. Akhirnya aku gagahkan diri untuk Tanya A “Apa yang awak nak cerita dekat saya, ada apa 29 September ni?”. A balas dia tunang harini. Aku tak sedih time tu. Aku marah sebab A kata R tak tahu pasal aku. “Kenapa kau tergamak mainkan dua perempuan ?”. Aku terus tutup telefon. Kecewa sebab A ni SETAN bertopengkan manusia.

Lepas tu aku terus buang semua benda berkaitan dengan A. Aku tukar semua password aku dan aku sempat log in dalam akaun indeed dan linkedin yang aku dah buatkan untuk A dan buang semua benda. Again, aku tekankan. Aku yang carikan kerja untuk dia. Aku tahu aku je yang buat semua kerja sebab akaun-akaun Jobstreet esc langsung dia tak sentuh (I do have his password kan) .Patutlah A tak dapat kerja. A gunakan aku untuk dapat kan kerja je. Dari bulan 8 rupanya A memang dah rancang nak bertunang. Tapi A tak lepaskan aku elok-elok . Masa birthday dia, dia boleh lepaskan aku but still A biarkan aku berharap yang dia akan kahwin dengan aku. Dia biarkan aku cari kursus kahwin tapi bukan untuk kahwin dengan aku. Tapi dengan R. If you build a relationship based on lies, THEN YOU WILL NOT LAST LONG. That what happen to us. And maybe to him soon? Wallahu’alam tapi aku percaya Kifarah tu ada A.

Dalam seminggu dua juga aku tak ada selera. Sekali sehari je makan. Memang 5 kg hilang dengan begitu mudah. Sepupu aku cakap. The best revenge is to be slimmer and aku mula channel all that anger into my diet. Aku jumpa dietician and dia tolong aku untuk kuruskan badan. Alhamdulillah aku dah hilang lebih dari 5kg dan continues to lose weight secara sihat. Tapi aku tak buat demi A. Aku buat demi aku. Aku nak rasa gembira dengan diri aku. Aku tak nak rasa diri aku loser, tak ada disiplin, dan tak lawa like how A selalu cakap. Dia tanamkan ayat-ayat untuk buat aku rasa down and ya aku percaya. I found out how he did it though. Dia guna method gaslighting. Orang macam ni memang pandai manipulate orang. Aku yang pandai ni pun boleh rasa bodoh sebab dia. Licik juga A ni.

Aku paling tak puas hati sebab A kata kat orang aku yang nak putuskan tapi dia memang dah berniat nak putuskan dulu. A siap kata dia tak akan sangkut dengan R kalau aku tak carikan lagi banyak kerja untuk dia ? Then A kata ni semua tuntutan family?. Ayat A belit-belit. Allah je boleh bagi balasan setimpal sebab I AM DONE wanting you. Ya aku bodoh sebab percayakan A. Sebab sayang sangat. Tapi tak apa sebab semua yang terjadi ni merapatkan aku dengan Allah. Now I know “Lelaki baik untuk perempuan baik”. A hadir sebagai pengajaran dalam hidup aku. Aku kuat kerana pengajaran yang A tinggalkan. “Bagaimana nak mengaku beriman kalau tak diuji kan?”.

Oh ya. Minggu lepas aku jumpa R dekat Bangi Sentral. I guess A’s wedding might be sooner than I thought. Aku harap yang baik-baik sahaja. Aku percaya Allah akan tolong R macammana Allah tolong aku. Aku tak boleh beritahu yang sebenar dekat R sebab aku tahu tak baik untuk masuk urusan tunang. Aku harap A menyesal and who knows one day A akan rasa nak minta maaf secara baik dengan aku. Aku tak pernah lagi dapat that apology from him. Tapi kawan aku kata, kadang-kadang kita kena face the fact yang ada orang tak rasa bersalah dan tak akan minta maaf.

Semoga Allah lapangkan dada aku untuk meredhakan segala yang kau telah lakukan kepada aku. Aku sangat bersyukur sekarang sebab aku ada support system yang sangat besar. One of them is Nana yang maafkan aku dan had always support me. Aku dapat kawan aku balik dan family aku support me now more than ever. Aku sangat bersyukur. I am healthier. My skin, hair and body is healthier. I still have my breakdowns now and then tapi not as frequent. Time will heal. Aku percaya tu. Doakan aku lebih bahagia. Tamat.

– Tidak cukup kurus

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *