REPLY: Jerawat Ini Salah Aku Ke

Salam hi Puteri. Nama akak (memandangkan saya lagi tua dari Puteri, haha), June. Akak ada baca post dari Puteri https://iiumc.com/jerawat-ini-salah-aku-ke/.

Untuk pengetahuan, akak pernah post juga, masalah yang sama

https://iiumc.com/jerawat-penerimaan-suami/

https://iiumc.com/jerawat-dan-penerimaan-suami-ii/

Tapi alhamdulillah masalah akak dah selesai. Cuma nak share, mungkin dalam keluarga akak, kalau perempuan, akan ada masalah jerawat bila nak membesar, masalah hormone.

Benda ni terbukti bila anak buah akak yang umur 17 tahun pun dah lalui fasa berjerawat teruk dari umur 14 tahun.

Benda sama yang jadi pada akak masa 14 tahun, membawa sampai dah umur 20 lebih. Cumanya dulu akak tak peka dengan masalah jerawat sebab kami dulu, mana lah ada kawan kawan yang nak kecam kecam kita.

Budak budak sekarang memang advance sikit kan pasal kecantikan, jadi tu yang awak pun jadi concern sangat. Disebabkan mulut mulut orang keliling.

Mak ayah akak pun tak ada knowledge dalam bab bab jerawat ni, tak tahu apa yang diorang perlu buat. Mungkin diorang rasa jerawat tu akan membaik sendiri.

Bukan salah diorang pun, sebab mak ayah akak berasal dari luar bandar jadi tak advance sangat in this area.

Berbalik pasal Puteri, kiranya Puteri ni lebih kurang umur anak buah akak. Puteri tahu tak, anak buah akak tu dah okay dah muka dia. Dulu, berjerawat sangat teruk dan berminyak.

Dari knowledge yang akak ada, muka dia jadi lagi teruk bila dia guna terlalu banyak product. Cuba macam macam, dalam waktu yang pendek.

Puteri, seeloknya, Puteri stop pakai semua skincare kecuali pencuci muka dan moisturizer je. Nak keluar rumah, pakai sunblock. 3 ni je, jangan pakai serum, jangai pakai toner ke apa ke.

Pagi pagi bangun tidur, cuci muka. Muka akan makin berminyak kalau lepas waktu pagi, kita tak cuci muka. Ini penting untuk muka yang berminyak, kena kerap cuci muka waktu pagi, malam dan lepas exercise/masak.

Puteri pergi Watson, cari product COSRX kalau boleh. Ada range untuk acne.

Bukan nak promote, tapi akak yang struggle dengan acne for years, COSRX ni lah penyelamat. Dan salah akak dulu, akak banyak guna product yang contain oil/minyak.

Untuk oily skin, elakkan product yang ada bahan boleh sumbatkan pori contohnya macam, cocoa butter, coconut oil, petroleum jelly, silicone, alcohol based product dan segala jenis mak nenek oil/minyak tu jangan letak dekat muka.

My personal suggestion untuk basic sahaja:

1. COSRX Calming Foam cleanser – Ada Centella (known for calming the skin), Salicylic Acid (which is very good for acne, tapi perlu pakai moisturiser selalu takut kulit kering but good for oily skin)

2. COSRX Lightweight Soothing Moisturiser – Ni moisturiser yang paling best saya pernah guna. Sangat ringan dan oil-free / non-comedogenic (takkan menyumbat pori).

Cari dekat watson, selalu nya yang dalam mall, ada je. Kalau nak murah, beli online dekat Shopee. tapi lambat sikit je lah sampai, dalam seminggu sebab dari Korea.

Tu je akak boleh bantu, harap apa yang akak tulis ni dapat tolong Puteri sedikit sebanyak. Suami akak pernah cakap, “it takes times, jangan risau”.

Dan betul apa dia cakap, dengan kepercayaan dan usaha, jerawat kita akan hilang jugak :)

You’re beautiful no matter what okay, Puteri!

– June (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *