Assalammualaikum. Aku terbaca reply seseorang to confession “Isteri Tidak Perawan” di sini, (https://iiumc.com/reply-syukur-ditakdirkan/).
Aku tak tahulah kalau kisah ni pun boleh bagi kau inspirasi. But, aku harap kau never give up. InshaAllah, ada jodoh kau somewhere.
Oke, aku pun macam kau juga. Cuma, twistnya di mana aku sendiri consent untuk “bersama” dengan bf aku atas alasan aku takut hilang dia.
Aku sendiri trick dia untuk ambil dara aku. Aku ingat kalau aku buat macam tu, dia tak akan lari. Tapi, entahlah. Aku sendiri tak paham kenapa aku boleh ada idea bodoh macam tu.
Tapi, turns out that bila dia curang, aku jadi hilang akal. Aku jadi pemarah, aku mula keluar malam, aku hisap rokok dan mula ambil benda2 lain lagi.
Aku rasa kotor sangat hinggakan bila mandi pun aku rasa badan aku ni macam daki tebal dan air yang mencurah ke badan rasa macam dicurah ke daun keladi. Aku rasa jijik sangat.
Ya, aku memang menangis semahunya bila tika aku solat. Kadang aku ok, kadang aku rasa sedih dan kotor.
Nak dijadikan cerita, aku jumpa suami masa aku mula2 sambung belajar. Aku memang niat nak jadikan suami macam transit perasaan aku aje. Tak ada niat nak serius langsung pun.
Tapi bila tengok dia begitu telus dan jujur nak kawan dengan aku hinggakan ajak aku kahwin masa awal2 belajar, aku macam… “eh gila dia ni”.
Tapi gila-gila dia, sampai habis degree, kami masih bersama susah senang. Walhal dia tahu kisah aku A-Z. Tapi dia tidak ambil kesempatan.
Tahun ke 14 kami kenal, which is kami telah pun beberapa tahun berkahwin dan ada anak 4 orang, aku tanya suami, kenapa suami terima aku dulu.
Jawapannya, semua orang buat silap. Dan dia percaya aku pernah dan telah bersungguh-sungguh bertaubat.
Dan kalau diberi pilihan untuk ubah keadaan pun, jangan pernah ubah. Sebab apa yang berlaku masa dulu yang menjadikan kita sekarang.
Menjadikan matangnya pemikiran dan judgement kita hari ini.
Kalau tak jadi benda tu, kemungkinan akan jadi di masa akan datang, atau even worse. Yang penting, taubat dan move on LillahiTaala. Itu kata suami.
Sebab dia pun walaupun ada banyak regrets, tapi dia kata satu pun tak akan dia ubah. Itu adalah perjalanan hidup dia yang telah Allah tulis.
Yang penting, kita jangan ulang.
Obviously masa aku jumpa suami, aku bukanlah seorang yang “baik”. Tapi, boleh aku katakan Allah SWT jodohkan aku dengan seorang yg sesuai untuk seadanya aku. Suami aku teruna. Dia kata hidup dia dulu untuk gaduh dan game.
Bukan kaki game ye, tapi game macam basketball game, hockey game, dll. Sports semata. Ramai perempuan kejar dia, tapi gitulah.
Dia kata dia layan saja sebab perempuan2 tu suka bagi hadiah la, ambilkan makanan la. Tak tahulah betul ke tak, atau pun dia exagerrate nak kasi aku jeles.
Sampai hari ni, aku masih percaya dia teruna. Tahun ke 14 kami kenal, suami masih orang yang sama aku kenal. Perangainya tak pernah berubah. Tak pernah ungkit kisah silam, tak pernah tanya.
Tujuan aku sanggup karang pukul 2 pagi ni adalah untuk kongsi kisah aku sendiri untuk bagitahu kepada kawan2 perempuan di luar sana bahawa bukan semua lelaki teruk dan masih ada yang baik2 di luar sana.
Jangan disebabkan hal macam ni, ada yang cuba berjinak-jinak dengan partner perempuan pula. Ya Allah minta jauhlah.
Aturan Allah SWT ni tiada siapa yang tahu, tapi percayalah ia semata-mata sebab Allah sayang kita dan nak kita balik padaNya dengan bertaubat dan berazam tak akan ulanginya lagi.
Semoga kisah ini mampu beri pengajaran, motivasi dan semangat untuk kawan2.
– Bunga Orked (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit