Sepupu aku (aku panggil dia Bunga) pernah terpedaya dengan family Influencer (Kaktus).
Kaktus adalah bekas jiran kepada Bunga sebenarnya. Family Kaktus pernah menyewa bersebelahan rumah Bunga suatu ketika dahulu. Jadi kisah Kaktus dan family dia sebelum dia bergelar influencer, banyak yang Bunga tau.
Dulu masa Kaktus sekolah rendah, diorang ni agak susah. Kaktus dengan kakak dia memang selalu datang rumah Bunga lepas waktu sekolah. (Mereka junior Bunga, kira macam adik-adik angkat lah)
Siap makan minum segala sebab diorang selalu cerita kesusahan diaorang so mak Bunga memang simpati, walaupun mak Kaktus ni jenis kuat bergaduh dengan jiran. Suka menyampai, suka melaga-lagakan jiran. Senang cakap BATU API.
Cuma dengan mak Bunga dia segan sebab selain pendiam, mak Bunga ni lah selalu pinjamkan mak Kaktus duit.
Sampailah usia Kaktus 15 tahun, mereka terpaksa berpindah atas sebab Kaktus tut…(Ni aib Kaktus ok, so tak payahlah cerita)
Bunga masih berhubung dengan Kaktus di social media sampailah Kaktus ni bergelar influencer. So diorang tetap rapat cuma jarang berjumpa.
Aku follow Kaktus juga sebab content dia dulu santai-santai dan kelakar. Bila dah jadi follower, biasalah semua benda yang dia jual memang aku support,
Sebab Bunga cakap sejak bergelar Kaktus memang Kaktus lah yang menanggung lebih daripada separuh keperluan keluarga sebab bapa, mak dan kakak dia tiada kerja tetap. Bunga pun memang selalu support dia. Kadang-kadang bagi gift.
Kalau buat live tu memang lama. Aku kagum kat dia sebab muda-muda dah berkorban untuk keluarga. Kalau buat live tu kadang-kadang mak Kaktus dan kakak Kaktus akan join sekali.
Cuma satu aku perasan, bila followers Kaktus makin bertambah, kalau buat live suka sangat body shaming. Bila bergaduh atau tak puas hati dengan seseorang atau tak setuju dengan nasihat/komen follower, habislah live malam tu akan penuh dengan umpatan dan kejian.
Gelar orang gemuk macam badak sumbu. Kutuk muka orang macam babi. Ada je rupa paras orang yang nak dikutuk dan dipersenda. Macam diorang sempurna sangat.
Yang pelik banyak pulak dapat gift. Tu yang makin menjadi-jadi terutama mak Kaktus, kalau dapat gift dah macam ulat bulu. Mengelitat sangat.
Sampailah satu hari, Kaktus ajak Bunga join satu pelaburan tapi dia tak benarkan transfer, dia suruh bayar cash masa tu sebab bank Kaktus ada problem. Bunga percaya bulat-bulat. Kawan lama kan.
Sampailah satu masa Bunga nak withdraw pelaburan dia. Kaktus boleh marah. Dengan Mak Kaktus sekali marah-marah. Kata diorang, biarlah simpan lama sikit. Bunga pulak memang perlukan duit sangat-sangat masa tu sampai cakap, rugi pun takpe.
Diorang berkeras tak nak bagi. Jadi Bunga macam angin lah so dia terlepas cakap lebih kurang macam ni ‘duit Kak Bunga ada ke tak sebenarnya?’
Korang tau apa family ni buat? Seperti biasa, malam tu diorang buat LIVE dan menghina Bunga.. mulut masing-masing Ya Rabbi terutama kakak Kaktus lah.
Aku tak lupa salah satu ayat yang kakak Kaktus cakap masa LIVE tu.
“Payah sungguh berurusan dengan orang MISKIN ni. Setakat 4k engkau tu tahi gigi kitaorang je lah. Cuma gigi kitaorang tak jongang macam kau. Jangan sampai aku campak duit kat muka engkau, ke dalam terus gigi jongang kau tu nanti’
Lepas tu Kaktus sambut, ‘Dah tak payah pakai braces’
Mak Kaktus sambung, “Boleh jual braces tu second hand. Tapi ada ke yang nak? Mesti mulut busuk”
Lepas tu masing-masing tergelak macam setan.
Aku yang tengok ni pun mendidih darah. Apatah lagi Bunga.
(Tak sedar diri, dulu diaorang tu yang miskin. Senang sikit terus lupa asal usul.)
FYI, sampai sekarang diorang tak bayar duit tu. Dia siap fitnah Bunga macam-macam.
Pelik tapi benar ye. Ada followers ni macam kena ‘pukau’. Apa yang influencer kesayangan mereka cakap tak kira lah betul atau salah, percaya sungguh. Taat. Menurut perintah.
Bunga sampai trauma, tutup akaun social media sebab pentaksub Kaktus dok serang maki hamun kat account dia. Kemurungan sekejap dia masa tu. Sampai masuk hospital. Duit tak dapat. Kena hina, keji. Sumpah, aku sedih tengok kazen aku macam tu.
Bila family Kaktus dapat tahu Bunga masuk hospital, apalagi, Buat Live dan menganjing lagi. Siap cakap kifarah. Eh lahanat sungguh. Kenapalah engkau bertiga ni dilahirkan sebagai manusia? Kan lebih baik……
Rupa-rupanya bukan Bunga sorang je mangsa. Orang kampung (sebelah bapa) Kaktus pun ada yang jadi mangsa. Bukan sikit-sikit ye. Berbelas ribu Mak Kaktus scam.
Modus operandi yang sama. Cash. No transfer sebab yang ditipunya tu semua orang tua. Tu yang aku marah sangat kat Bunga. Muda pun boleh kena tipu.
Bukan itu sahaja. Mak Kaktus ni pernah menipu wang kawannya sendiri sebanyak 9k. Kawan mak Kaktus ni minta tolong jualkan barang-barang perniagaan (sebab tutup kedai). Barang terjual tapi duit sesen pun tak diberi kepada pemilik. Nak lapor polis pun tak boleh sebab tiada hitam putih.
Aku harap sangat confession aku ni sampai kepada family Kaktus. Aku nak pesan khusus kat mak Kaktus, jangan bangga diri sangat.
Makcik ingat tak Makcik cakap apa kat orang kampung yang mintak duit diorang semula?
“Anak aku influencer lah. Report lah, kitaorang tetap menang. Ramai yang berdiri di belakang anak aku”
Memanglah boleh menang, sebab makcik licik. Takde sebarang bukti transaksi. Mesti makcik suka layan cerita Tamil kan? Tu yang pandai buat jenayah terancang.
Aku pernah dm Kaktus, suruh pulangkan duit Bunga, dia cakap aku buat fitnah. Mak Kaktus terus dm aku, minta no telefon aku.
Aku ingat dia nak settle la kan, rupa-rupanya dia maki hamun. Siap ugut nak saman aku sebab konon-kononnya mengganggu anak dia. Banyak sangat kata-kata keji dia pada aku. Sampai sekarang aku tak boleh lupa walaupun dah hampir setahun berlaku.
Satu keluarga memang suka aniaya orang.
Tapi Makcik jangan lupa tau. Bunga kenal makcik masa anak makcik belum jadi influencer. Aib makcik anak beranak banyak pada dia. Kalau dia jahat, dah lama dia reveal.
Bukan dia seorang je tau makcik. Satu lorong tu tahu perihal makcik dan anak-anak makcik yang ‘cheap sale’ tu. Hanya sebab anak makcik dah jadi influencer, terus lupa sejarah silam.
Satu lagi, sedarlah yang makcik tu dah tua. Setakat sulam bedak dan eyelashes extensions tu tak mampu nak tutup usia makcik, makcik. Tak payahlah nak bergelek, buat memek muka menggoda kat TikTok tu. Geli makcik.
Biarlah anak makcik je yang ‘menjual’. Makcik duduk je lah ‘diam-diam’ macam dulukala. Makan ‘hasil’ sudah. Ke makcik pun nak ‘try market?’
Makcik memang tak pernah ajar anak-anak makcik tentang ADAB ke? Sebab saya tengok makcik bukan main ketawa mengilai bagaikan pontianak bila anak-anak makcik maki orang babi, sial, bodoh dalam live.
Janganlah disebabkan anak makcik influencer, ramai follower, makcik ingat undang-undang ni makcik yang punya.
Sebelum meninggal, pergilah bayar HUTANG dan MINTA MAAF pada orang-orang yang makcik satu family dah zalimi tu.
Dan sampai sekarang ye family Kaktus ni tetap juga suka bergaduh, aniaya/fitnah orang. Tapi bila buat content/Live merekalah yang terpaling tersakiti. Teraniaya. Terpaling dicemburui, Terpaling orang nak jatuhkan. (Eeh, kau siapa???)
Maka berbondong-bondong lah followers memberi kata-kata semangat, turut sama mengumpat. Menghina dan menyerang ‘musuh’ influencer kesayangan. Melemparkan kata-kata keji.
Korang semua dapat apa? Dapat dosa kering je sobat.
SO PLEASE! Jadilah followers yang bijak. Sebab adanya followers yang minat membabi buta macam ni lah, golongan influencer yang tak bermanfaat begini akan semakin MEMBIAK dan jadi BESAR KEPALA!
Sekali lagi, kepada mak Kaktus, bertaubatlah. Tak penat ke dari dulu suka porak perandakan hidup orang lain. Mengadu domba. Boleh pulak dibawaknya perangai tu ke media sosial.
Aku tahu punca rezeki engkau semua memang bergantung pada social media tapi berkat ke rezeki kau bila buat Live mengumpat/memfitnah semata-semata untuk meraih views, likes dan gift?
(Oh ye, influencer yang aku cerita ni tak sepopular Khairul Aming ye. Mak Kaktus je terasa anak dia terpaling femes di bumi yang bulat ni. Masa anugerah TikTok pun dia memang tak ada.
Tahun depan kalau TikTok buat anugerah ‘Best Pengadu domba Of The Year”! Confirm menang. Saya vote makcik. Eh?)
– Aku bukan siapa-siapa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
curious pula dengan teh tumpah ni… takpe sis, kalau di pihak yang benar, kebenaran tu akan terbongkar biarlah macam mana pun. kalau dah selalu buat niaya dekat orang, ada la tu masa masa nya jatuh. doa orang teraniaya ni makbul tau, doa banyak banyak biar kebenaran terbongkar.