Salam semua. Aku tak nak intro panjang, tak guna pun. Korang bukan kenal aku. Tapi aku nak cerita 3 kisah kepada pembaca kat sini semua.
Apa yang baik, korang jadikan teladan. Mana yang tak baik. Jangan ikut dan jauhkan.
Dua kisah pertama ni, berlaku dalam waktu yang beza. Kisah pertama, zaman aku sekolah. Kisah kedua, berlaku sekarang. Tapi sedikitnya ada kaitan.
Kisah pertama.
Aku sekolah menengah di sekolah kawasan luar bandar. Dalam setengah jam baru sampai bandar. Tapi bukan lah kawasan kampung atau pendalaman. Cuma luar bandar sikit sahaja. Sekolah aku campur lelaki dan perempuan.
Start tingkatan dua, aku jadi pengawas percubaan setahun. Masa tu aku dah aktif kat sekolah, sukan hoki perempuan, bola baling, kawad kaki kadet polis dan macam² pertandingan aku join.
Jadi, dari situ aku dah banyak kenal cikgu² sebab mereka banyak asuh dan train aku dalam sukan dan competition.
Sebab aktif sukan jugalah aku selalu naik pejabat sebab nak minta kebenaran GPK Koko aku untuk barang² stor, duit makan nak pergi training dan macam2 lagi.
Nama GPK Koko aku, Cikgu A. Dia ni baik je. Tapi jenis tak cakap banyak, muka garang dan orangnya memang tinggi dan fit. Banyak atlet sukan yang berjaya sampai ke peringkat negeri masa dia ada di sekolah tu. Salah seorangnya aku.
Dan disebabkan aku selalu keluar sekolah untuk join pertandingan, selalu juga aku bergilir naik kereta cikgu PJ, cikgu² lain dan termasuklah cikgu A ni ke tempat pertandingan. Aku dah kenal lah mana satu kereta cikgu² kat sekolah tu.
Kereta bini cikgu A pun aku kenal sebab cikgu A selalu bawa kereta C** ke sekolah. Tapi bila bawa budak² pergi sukan kat luar, dia bawa kereta A***** isteri dia. Aku ingat la kereta tu, nombor plate kereta semua aku cam sebab aku selalu naik.
Masa tingkatan 4, aku rapat dengan cikgu aku, dia cikgu yang sama ajar aku masa tingkatan 2&3. Nama dia Cikgu N. Dia baik sangat. Orangnya macam pelakon dan penyanyi Amy Mastura tu. Kecil molek dan putih. Dia bertudung labuh.
Selalu juga bila ada hari sukan, hari kantin sekolah atau aktiviti hujung minggu dia akan bawa 3 orang anak dia. Kecil² lagi.
Masa tingkatan 4, dia selalu tak datang kelas dan ada cikgu ganti. Bila dah banyak kali sangat, kitorang tanya la cikgu ganti, mana cikgu N? Lamanya tak nampak.
Dia pun kata, cikgu N cuti sebab kena jaga suami dia sakit. Tak lama lepas tu, kami dapat tahu suami Cikgu N meninggal dunia. Sedih kami satu kelas. Sebab cikgu tu sangat baik. Kami nak bising dalam kelas pun tak sampai hati sebab dia baik sangat.
Bila tahu suami dia meninggal, kitorang terfikir lah, cikgu N akan pindah ke? Balik kampung mak dia ke? Mana tahu kan, bila suami tak ada. Dia anak² kecil lagi. Mungkin nak duduk dekat dengan keluarga.
Lepas tu, cikgu N balik semula ke sekolah dan mengajar macam biasa.
Setahun lepas tu, masa aku tingkatan 5, ada gosip kat sekolah bagitahu Cikgu A kahwin dengan Cikgu N. Aku macam, takkan lah. Bini cikgu A lawa. Anak² dah besar. Takkan laaaaaaaa.
Sampai satu hari tu, aku jaga pagar sekolah belah pagi. Aku nampak kereta isteri Cikgu A masuk pagar sekolah. Aku cam la kereta tu, aku selalu naik pergi merata tempat nak latih atau lawan sukan.
Tapi pagi tu, first time aku tengok isteri cikgu A masuk pagar drive kereta dia. Tapi bukan Cikgu A kat sebelah. Cikgu N.
Masa tu, aku dengan pengawas sorang lagi yang jaga pagar nampak. Kami kata, sah la. Memang betul la kot gosip sekolah tu. Tapi masa tu, aku rasa amazed lah. Cikgu N dengan isteri Cikgu A masuk sekolah satu kereta, macam isteri cikgu A yang tolong hantar. Sweet kan?
Lepas tu, aku tak ambik kisah dah la sebab nak SPM. Aku pulun nak jawab exam je. Setahun lepas SPM, aku masuk form 6 dan sambung ijazah SM pendidikan kat U**.
Masa cuti sem tahun kedua, aku datang ke sekolah dan jumpa cikgu. Aku memang cari Cikgu N dulu. Dia pun seronok jumpa aku, sebab kami memang rapat. Dari form 2 kami dah kenal. Dia pun selalu tolong aku kalau ada masalah apa².
Masa borak kat kantin sekolah, macam² kami sembangkan. Termasuklah soalan “dah ada boyfriend belum.”
Mula² topik tu, sembang punya sembang, aku pun tanya dia, betul ke pasal dia dengan Cikgu A tu? Lepas tu, dia gelak. Dia kata, lama dah. Awak memang tak tahu ke?
Aku cakap lah, dengar je tapi takut nak tanya haha. Pastu dia sendiri yang sahkan. Betul. Aku tanya lagi, macam mana dia boleh kahwin dengan Cikgu A?
Dia pun bercerita, kata Cikgu N, dia kahwin dengan Cikgu A tu betul² lebih kurang 3 bulan selepas edah dia habis. Masa lepas edah, dalam sebulan, Cikgu A datang melawat dengan isteri dia.
Cikgu N ni pelik la, kenapa datang melawat lagi? Bukan hari tu dah melawat ke ramai² dengan orang sekolah? Pastu dia pun dah balik mengajar.
Cikgu N kata, isteri cikgu A tanya khabar dia. Minta bawa keluar anak² semua. Masa tu anak sulong umur 13, anak no dua 9 tahun dan anak no 3 umur 3 tahun. Arwah suami cikgu N meninggal dunia sebab sakit barah hati. Sakit sekejap lepas tu meninggal.
Jadinya, cikgu N ni ikut sahaja lah apa yang isteri Cikgu A ni minta. Dia fikir, cikgu A dengan isteri nak ambil anak² dia jadi anak angkat la kot. Tapi cikgu A dengan isteri rupanya nak anak makan pizza hut. Balik tu, cikgu A dengan isteri dia ajak sembang bertiga sahaja.
Tiba² isteri cikgu A macam merisik cikgu N kalau boleh nak kahwinkan dengan Cikgu A. Cikgu N memang terkejut sebab tak ada apa² boleh pula ajak kahwin.
Dia tanya balik, kenapa? Kenapa nak ajak bermadu?
Cikgu A dan isteri dia pun terangkan. Mereka bagitahu la, sebab pertama, anak² kecil lagi dan mereka dah membesar dengan ayah. Tapi ayah pendek umur dan mereka mungkin terkejut juga sebab cepat sangat “figure” ayah tu hilang dalam kehidupan harian mereka.
Kedua, Cikgu N masa tu muda lagi. Ketiga, isteri cikgu A memang nak madu sebab dia nak ada kawan dan teman yang dia boleh buat baik dan jadi support system dia juga selain suami dan anak².
Lagipun anak mereka yang sulung dah umur 17 masa tu dan no 2, 16 tahun. Masing² duduk asrama. Jadi dia tak ada kawan kat rumah. Dia nak dengar suara budak-budak kat rumah.
Keempat, Cikgu N kata, mereka bukan simpati tapi lebih kepada rasa nak bantu dan sama² sokong cikgu N mulakan hidup baru tanpa area suami.
Lagipun satu sekolah tahu, cikgu N tak drive. Memang suami dia je yang hantarkan pagi² naik kereta. Balik kadang² tumpang cikgu yang duduk satu taman.
Lepas dekat sebulan fikir, Cikgu N pun kata setuju. Maka kahwin lah mereka berdua.
Tapiiiiii, cikgu N cerita kat aku, masa cikgu A datang dengan isteri dia tu. Isteri dia dah bagi syarat awal². Dia dah bagi signal yang jelas bahawasanya,
”yer, saya bagi awak kahwin dengan suami saya. Tapi dia tetap suami saya dulu baru suami awak.
Awak akan ikut giliran yang saya buat tapi jangan risau akan adil. Masa nak keluar pergi beli lauk, barang dapur. Suami saya akan ikut dan bawa awak.
Anak² suami saya akan uruskan juga. Bagi mereka kasih sayang. Barang2 rumah nak baiki atau beli baru, boleh bagitahu. Kita Sama2 usaha tolong cari orang baiki.
Bila bukan giliran awal, tapi awak takut tidur kat rumah dengan anak2. Boleh datang rumah saya. Saya alukan datang. Tapi jangan buat apa2 keputusan tanpa pengetahuan dan persetujuan saya dulu.”
Jadi, Cikgu N kata bila dah jelas macam tu. Dia rasa yakin sikit. Sebab dia tahu kedudukan dia kat mana. Dia pun cakap kat aku, dia tak kisah benda² dalam bilik tidur masa tu. Tapi dia fikirkan anak²
Bila duduk bincang dengan anak sulung dan anak no 2, mereka susah nak terima. Tapi lama² mereka macam boleh sesuaikan diri dengan “ayah baru”
Sampai situ sahaja lah aku sempat sembang dengan cikgu N pasal dia dengan Cikgu A. Aku tak jumpa cikgu A masa tu sebab rush nak jumpa cikgu lain pula.
Kisah kedua.
Tahun 2018, aku masa tu dah umur 30+ tahun dan bujang. Aku tak pursue dalam mengajar. Aku mengajar sekejap dalam 2 tahun + dalam KPM. Lepas tu aku sambung belajar di Beijing. Lepas tu aku mengajar kat sana sambil belajar.
Habis master aku balik ke Malaysia dan kerja dengan satu research institute dalam polisi pendidikan. Aku makin sibuk belajar dan bina kerjaya sampai aku tolak semua peluang dan ruang orang nak kenal dekat dengan aku.
Kemudian, aku kerja dengan satu institute luar negara dan mereka sokong aku dapatkan biasiswa di luar. Lepas buat phd 3 tahun aku balik ke Malaysia dan kerja dengan sebuah sekolah international di KL dan lead small group of teachers yang mengajar bahasa Mandarin dan jepun.
Sedar tak sedar, aku makin sibuk dengan kerja. Duit ada tapi tak tahu nak spend sangat sebab rasa macam apa yang aku nak semua dah ada. Rumah alhamdulillah. Ala kadar pun, cukup la untuk aku meneduh. Kereta pun takde la H tapi setiap bulan tak pernah sangkut.
Aku hidup dengan naik cara aku. Tapi aku tak boleh tipu diri sendiri, jauh dalam sudut hari aku. Aku memang rasa nak kahwin dan berpasangan cuma aku malas nak mencari. tak sempat dan rimas takut terikat.
Tapi aku juga tak pernah putus asa berdoa. Tak sampai satu tahun, aku rasa yakin aku dan jumpa sesorang yang aku nak. Cumanya, dia suami orang dan dah ada 4 orang anak.
Aku panggil dia, Abang G. Kami kenal sebab salah sebuah club di sekolah buat event dan panggil p**** datang ke sekolah.
Dia pegawai p**** yang datang, dan aku masa tu antara yang uruskan senarai jemputan. Aku mula² berurusan dengan dia untuk minta pasukan dia buat demo sikit untuk persembahan dan advokasi masa event tu.
Tapi lepas event, aku perasan dia add kat FB. Aku approved sahaja. Dia pun tak ada kacau aku, PM atau komen² post. Tak ada langsung.
Dan hampir setiap hari aku asyik stalk FB dia. Tengok keluarga dia. Masa tu lah aku tahu wife dia suri rumah. Pernah kerja kejap dengan kat Selangor kejap pastu berhenti. Anak² pun kecil lagi sebab mereka pun muda lagi lebih kurang aku. Muda aku sikit je.
Aku pun tak cakap banyak, aku beranikan diri text Abang G minta jumpa. Dia datang lah ingat nak bincang apa² nak buat kerjasama dengan sekolah ke atau apa. Tapi aku bagitahu perasaan dan niat aku nak jadi isteri dia. Aku cerita A to Z apa niat aku.
Dia dengar dan dia respon satu je. Jumpa isteri saya. Bagitahu dia. Apa isteri saya kata, itulah jawapan saya. Sebab apa yang awak nak ni tak menguntungkan saya pun. Tapi lebih bawa manfaat kepada isteri saya dan anak-anak.
4 hari lepas tu, aku jumpa mereka berdua kat area sekolah rendah anak mereka. Awal pukul 9 pagi macam tu. Aku minta nak bercakap dengan isteri dia sahaja masa tu, dia pun bangun tunggu dalam kereta.
Aku jumpa dengan isteri dia. Aku duduk sebelah dia, bukan depan² ya. Aku duduk sebelah dia, aku pegang tangan dia, dia nampak cuak. Dia duk sebut, eh kenapa ni. Banyak kali.
Aku cakap saya minta maaf sangat-sangat sebab ajak jumpa macam ni. Tapi saya memang nak bercakap dengan Puan. Saya nak jadi madu Puan. Dia terus macam nak marah la. Tapi dia tak marah aku. Dia marah laki dia haha.
Aku pun terus potong. Aku kata, bukan salah Tuan G. Saya tak pernah goda dia, dia pun tak pernah nak mengayat saya. Tak pernah.
Tapi saya jatuh cinta kat keluarga Puan. Puan jaga suami dengan baik. Anak-anak pun nampak sihat, ceria dan cerdas elok. Saya nak sebahagian dari keluarga Puan.
Dia terdiam bila dengar aku cakap macam tu. Dia suruh aku pergi bayar air kitorang minum tu dan balik ke rumah dia bincang. Sebab dia tak paham apa jadi.
Sampai di rumah, aku sambung balik. Depan² suami dia la aku cakap. Aku perjelas satu persatu.
Aku kata kat dia, saya tak akan ganggu Puan dan suami. Saya tahu tu memang suami puan. Puan yang punya. Saya tak akan minta masa bergilir. Cuma hasrat saya, saya nak suami akan ada masa tertentu sahaja.
Masa saya nak pergi beli barang dapur. Nak keluar bayar² bil ke, atau servis kereta. Carikan saya barang² elektrik kat rumah dah rosak. Teman saya kat rumah masa orang baiki² barang kat bilik air.
Masa Puan dengan suami, saya tak akan kacau. Kalau ada hari Pun bagi suami bermalam dengan saya, itu rezeki dan bonus untuk saya.
Ada masa Puan rasa nak rehat, keluar dengan suami. Anak-anak Puan hantar lah rumah saya. Saya cikgu sekolah. Hari² saya bersama dengan anak-anak besar tu. InshaAllah saya mampu nak jaga dan beri kasih sayang. Saya akan anggap anak² Puan macam anak² saya sendiri.
Kalau puan nak datang rumah saya hari saya cuti, datang lah. Boleh saya jadi kawan puan juga. Itu sahaja niat saya.
Sebab aku bagitahu dia, aku busy dan aku suka dengan apa yang aku buat sekarang. Aku cuma nak kan teman masa² tertentu. Tapi aku mahu dalam cara elok, halal dan sah dalam agama. Bukan mencari entah siapa² lepas tu bersekedudukan. Aku tak rela macam tu.
Aku bagitahu lagi kat dia, andai kata dia tolak dan tak terima tawaran ikhlas aku tu. Aku akan stop kat situ dan tak ganggu mereka lagi. And aku pun akan letak titik dalam pencarian aku lah.
Aku pun redha masa tu, tak kahwin pun takpe la. InshaAllah, kalau takdir tu yang aku pilih tuhan akan jaga aku juga.
Kemudian, dia lama fikir. Dia diam je. Aku pun nak minta diri balik sebab rumah mereka jauh dengan rumah aku dekat 47km juga. Sebelum balik, dia bagitahu aku untuk bagi dia masa nak fikir.
Sampai sekarang aku masih ingat, aku jumpa dia masa tu hari jumaat, hari Rabu minggu depannya, dia text aku dan bagitahu dia nak pertimbang apa yang aku cakap tu sebab dia kata,
Apa yang aku cakap tu tak timbulkan keresahan, marah atau melenting dalam jiwa dia. Tapi sebaliknya dia rasa tenang. Dia cakap mungkin itu petanda baik yang Allah nak bagi.
Tapi dia ada satu permintaan, dia nak buat tempoh percubaan dulu. Nak keluar dengan aku untuk kenal aku lebih dekat. Nak bagi anak² luang masa dengan aku juga. Biar mereka kenal aku ni siapa dan selepas ni kalau jadi, aku ni siapa pula.
Alhamdulillah, aku terima. Kami banyak keluar minum petang bersama. Aku pernah bawa dia datang melawat pejabat kat sekolah aku.
Bila nak spend masa dengan anak-anak, dia akan bawa Abang G sekali sebab nak tengok juga macam mana aku dengan laki dia. Ada keserasian ke tidak.
Aku tak banyak cakap dengan Abang G mula² tu sebab rasa kekok. Puan yang banyak main peranan supaya kami sama-sama bagi ruang untuk kenal hati budi masing-masing.
Lepas beberapa bulan, aku bawa balik Abang G dan keluarga ke rumah family aku di kampung. Aku terangkan A to Z. Mak aku marah. Ayah aku diam. Kak long aku marah. Aku je buat poker face. Tapi lama kelamaan lepas tengok aku makin happy, mereka terima.
Kami melangsungkan perkahwinan pada awal tahun 2019. Tak ada bersanding. Nikah sahaja di rumah Abang G dan Puan. Anak-anak pun ada jadi bridesmaid dengan baju sedondon. Lelaki pakai baju melayu.
Lepas kahwin, cuti 3 hari, anak² ponteng sekolah sehari ikut mama baru pergi bercuti di Sabah.
Sebelum kahwin, aku jumpa dengan cikgu N. Aku minta nasihat dia tentang situasi aku. Dia terkejut dengan pilihan yang aku buat. Tapi aku bagitahu dia, dia dan cikgu A lah jadi inspirasi aku untuk pilih takdir ni. Dia pun dalam berat hati, relakan juga lah apa yang aku buat tu.
Dia pesan kat aku, bila Puan tu dah bagi restu dia sendiri sebagai isteri. Peganglah budi baiknya tu sampai aku masuk kubur. Hormat dia. Hormat perasaan dan kedudukan dia sebagai isteri.
Apa² bincang dengan dia dulu lepas tu tanya pendapat suami dan kebenaran suami. Jangan melangkah step tu.
Anak² layan macam anak sendiri. Tak akan ada ruginya bila layan budak-budak dengan baik. Mereka akan ingat jasa dan budi kita.
Lepas tu satu yang aku paling ingat sampai sekarang, jangan sesekali sampai tahap madu kita minta tolong, agak² rasa dia perlukan bantuan terus offer. Tak kisahlah kita ni boleh buat ke tak boleh tolong ke, offer dulu sebab adab kita.
Banyakkan puji suami sebab dia. Contoh, lawa baju abang pakai pandai Puan pilih. Makin buncit abang ni, mesti puan masak sedap sangat.
Banyak yang dia ajar aku hari tu. Walaupun aku dah habis sekolah, dah jadi cikgu juga. cikgu N tetap guru dalam hidup aku. Dia sentiasa mendidik aku sampai sekarang.
Alhamdulillah, dah beberapa tahun aku kahwin dengan Abang G, kami tak pernah ada masalah. Gaduh tak pernah. Dia pun tak pernah tegur aku apa² sebab kami jarang jumpa. Seminggu sekali pun jarang sebab aku banyak ke luar negara melawat sekolah, program sekolah dan sebagainya.
Sebulan adalah 2-3x dia datang dan teman aku. Kami banyak berbual, bergosip itu ini pasal tempat kerja dia, tempat kerja aku. Sampaikan isteri pertama pun tak kuasa dah nak layan gosip tempat kerja dia. Dia suruh suami dia mari bercerita kat aku. Aku melayan je lah.
Kami banyak join kelas² agama sama² kat surau rumah baru mereka kat S**** A***. Dekat dengan surau dan banyak kuliah. Ada hari aku free dan ada masa untuk spend, aku akan utamakan untuk kumpul dan pergi ke sana.
Di surau, ada lah orang² surau tanya aku ni duduk di mana aku bagitahu aku duduk di sekian sekian tempat. Mereka pelik, eh kenapa datang sini jauh juga.
Aku bagitahu lah, aku datang rumah suami. Mereka tanya lagi, suami siapa? Aku pun jawab lah sekian sekian nama. Mereka pun terkejut.
Ouh, madu Puan ke? Padahal isteri tua kat sebelah aku je. Setiap kali pergi mesti ada yang tanya dan masa tu juga la aku paling sebab tengok reaksi muka memasing haha
Sampai sekarang aku masih panggil madu aku, Puan. Aku tak panggil kak. Tak panggil akak. Walaupun ya, walaupunnnnnnn dia bahasakan diri dia “kak” “akak” tapi aku tak pernah tukar panggilan tu. Mungkin belum buat masa ni. Dalam telefon pun aku letak nama Puan.
Ramai kawan-kawan aku kata macam awkward je, tak pun.
“Hello Assalamualaikum Puan, ada rumah ke hari ni? I nak datang. Bawa pizza ni kat anak-anak.”
“Puan, jom kita me time bulan depan pergi Indonesia. Anak-anak bagi abang G jaga”
“Puan, jadi tak nak dinner sama kat KL esok?”
Dah bertahun aku bercakap dengan dia macam tu. Tak ada kekoknya. Dia selalu suruh aku panggil dia kak. Tapi aku belum lagi boleh.
Bagi aku, dia tetap perempuan yang baik yang aku jumpa kat kedai makan tahun 2018. Wanita yang bagi aku peluang dan ruang untuk berteman dengan cara aku.
Sehingga kini, aku tak rasa menyesal kahwin macam ni sebab aku awalnya tak nak ada.pasangan sebab akan terikat. Tapi dengan takdir yang pilih ni, aku dapat rasa bahagianya berkasih sayang pada masa sama aku masih ada ruang dan masa untuk diri aku sendiri.
Abang G tak pernah cuai dalam tanggungjawab dia nak jaga aku, makan minum aku, nafkah aku walaupun jarang berjumpa.
Anak-anak pun dan pandai, request datang rumah aku setiap hujung minggu sebab dapat jalan² mama dia bawa merata. Asal minta sahaja dapat.
Puan pun selalu datang bermalam kat rumah dan kami dah selalu tidur bersama depan tv dengan anak² bila Abang G ada operasi dan balik lewat.
Puan pun dapat timbang kasih sayang mak aku sebab mak dia dah lama meninggal dunia masa dia sek men lagi.
Dia dengan mak aku sangat rapat. Raya sahaja tak pernah lagi gaduh nak balik kampung sebab Abang G kampung negeri sembilan, rumah mak aku kat Tangkak. Tak sampai 2 jam dah sampai.
Harapnya hubungan yang kami bina dengan jalan ini sentiasa dalam berkat dan rahmat Allah.
Next, cerita ketiga. Takut dah lebih limit words. Kita sambung next post okay.
Takpe lah, macam boleh masuk lagi ni short story kat sini haha.
Kisah ketiga pula, berlaku kepada orang yang aku kenal. Mak sepupu aku.
Dulu masa kecik² kita tak ambil tahu la sebab kita pun kecil lagi. Makin membesar tu, ada la dengar² orang tua bersembang jadi terjebak la tahu.
Minta maaf aku kata, aib lah cerita ni kalau nak cerita kat orang. Tapi sebab aku nak cerita adalah, aku nak kita selagi mana boleh elak. Tolonglah jangan jadi macam kes mak sepupu aku ni. Peringatan dan pengajaran juga untuk aku.
Mak sepupu aku ni aku panggil Cik I*** (bukanlah nama sebenar). Cik I*** ni masa umur dia 19 tahun, berkenan dengan seorang lelaki kat kampung belah ayah dia sebab kerja² kontrak nak bangunkan resort kat situ.
Dia berkenan sungguh dengan lelaki tu nama R**** (bukan nama sebenar). Dan hakikatnya memang ramai anak-anak dara kampung yang suka dengan supervisor site tu sebab hensem sangat. Tinggi, putih melepak dan rambut sedikit warna perang gelap datang pula dari KL.
Cik I*** ni pula, anak samseng kampung. Ayahnya memang orang “kuat” kampung dan semua orang tak berani dengan bapanya sebab segala jenis kabel bapanya pegang.
Polis nak cari orang yang bermasalah kat kampung tu pun jumpa dia dulu sebab dia tahu selok belok kawasan tu mana orang menyorok dan lain-lain isu la.
Peristiwa ni berlaku awal tahun 90an atau hujung 80an. Mak aku masa tu masih sekolah menengah dan dia saksikan apa yang berlaku la.
Nak jadi cerita, ada masalah kat site tu. Duit tak jalan jadi pekerja rehat dulu dari buat resort.
Mereka pun melepaklah di rumah-rumah kongsi yang dibina kat tepi² tu. Termasuklah di R**** ni. Anak² dara pula sibuk la lalu situ hari² sebab abang² hensem dan tak hensem semua kumpul situ.
Termasuklah juga cik Imah. Lebih extreme dia yang pergi kat rumah² kongsi tu sebab nak tunggu R****. Padahal R**** tak nak pun kat dia.
Lama kelamaan, orang pun tahu yang R**** ni dah kahwin pun, isterinya nurse hospital swasta di KL. Sebab tu dia tak melayan anak-anak dara kat situ.
Bila projek tak jalan, pekerja dah berani keluar dari rumah kongsi dan cari anak² dara. Ada anak dara yang kantoi lepas tu kena paksa kahwin dengan imam kampung.
Ada juga pekerja yang baik² mula keluar dari rumah kongsi dan kerja kat kawasan kampung lepas tu goda anak dara orang, kena report polis konon rogol. Macam² lah.
Masa tu lah cik Imah ni dapat idea. Dia bagitahu ayahnya yang R**** ni bawa masuk dia kat rumah kongsi dan “buat” dia. Bila bapanya dengar, marah lah. Siap bawa polis sendiri datang cari R**** kat rumah kongsi.
Dia ugut, kalau tak nak kahwin dengan Cik I*** esok, dia nak report polis atas dakwaan rogol. Sebelum jawab tu dah kena pukul dulu dengan orang kampung. Disebabkan takut tu, dia pun setuju.
Dah kahwin, balik lah KL. Cik I*** ni memang tak akan beralah. Siap ikut nak pergi KL. Sedangkan R**** dah ada isteri. Bila isteri dapat tahu, dengar pula cerita macam tu. Terus lah minta cerai sedangkan anak baru seorang, umur tak sampai 2 tahun.
Lepas tu, terus lah menetap di KL. Ada dah 2 orang, anak no 2 masuk darjah 4, R**** jumpa bekas tunang yang tak jadi kahwin. Dah jatuh cinta semula. Cik I*** tak tahu.
Cik I*** yang aku kenal memang nampak dengan jelas, dia seorang anak yang manja. Mungkin zaman mudanya, bapanya pembela segala hal yang berlaku sampaikan personalitinya kurang disenangi orang sekeliling.
Dia cakap lepas, mulut celupar, cerewet dan suka mengamuk dan marah² apabila orang tak ikut apa.yang dia mahukan.
Bila dah terkantoi ada madu, masa tu dah terlambat. Kahwin pun dah nak masuk 5 tahun. R**** pandai sembunyikan hal itu sebab dia kerja sendiri.
Jadi masa dia keluar kerja adalah masa untuk dia pergi rumah isteri kedua. Bila outstation, dia akan tambah beberapa hari untuk bermalam di rumah isteri kedua.
Bila cik Imah dapat tahu, dia jadi super marah dan tak boleh terima diduakan. R**** dah cadang cara berdamai dengan minta cik Imah supaya jadi lebih bersabar, hormati suami, fokus sayang anak². Tapi cik Imah tetap salahkan R****. R**** yang tak betul dan sebagainya
Bila cerita ni dapat kat bapa cik Imah, dia marah. Dia antara penyumbang modal utama dalam bisnes R****. Kereta R**** pun dia yang bagi. Pejabat R**** tak bayar bulan² sebab kawan “kabel” dia punya kedai sewa. Mereka bagi guna free sahaja
Marah dengan keadaan itu, anaknya pula meluah macam-macam kepada si bapa. Akhirnya, semua kena tarik balik dan R**** kena struggle sendiri. Anak2 masih nak sekolah. Anak dengan isteri muda lagi kecil dan perlu banyak duit nak beli keperluan.
Bila jadi susah, kerja kena tambah. Badan jadi makin lemah. Bila dapat slip disc, tak boleh kerja. Isteri tua tak pernah hidup susah, tak nak jaga suami. Isteri muda berikan sepenuhnya tumpuan jaga suami sampai berhenti kerja.
Anak-anak tengok ayah sakit, berpihak kepada mak tiri dan duduk dengan mak tiri sebab mak bantu kerja rumah.
Cik I*** pun dibiarkan dan diabaikan. Walaupun dah dipujuk R**** untuk berbaik dengan anak2 dan dia sendiri dah maafkan kesalahannya, cik Imah tetap dengan pendirian dia tidak bersalah dan orang yang jahat terhadapnya ialah R****.
Lama kelamaan, cik Imah jatuh sakit sebab diabetes yang teruk. Badannya makan membusuk sebab tak jaga pemakanan dan ubat. Dia keluar masih hospital sendirian sebab tak ada sesiapa yang tahu kehidupan dia selepas ayahnya meninggal dunia.
Masa di hospital, doktor cuba jejak waris dah hubungi anaknya. Anaknya pergi dan janji nak jaga dia dengan syarat dia minta maaf kepada R**** dan jangan sakiti hati ibu tiri.
Sekali lagi Cik I*** melenting dan menuduh anaknya derhaka. Dia keluar dari hospital, tak tahu mana nak pergi
Hujung pintu hospital, dia nampak anaknya, suaminya atas kerusi roda dan isteri muda berjalan masuk mencarinya.
Dia masih berdegil dan tak mahu ikut balik. Tak ada cara lain, anak sulung contact rumah kebajikan sosial swasta dan tempatkan dia di rumah orang tua. Bila keadaan dia makin teruk, mereka minta ambil balik ke rumah.
Di rumah, isteri muda yang menyantuni dia dan menjaganya sehingga la dia rasa kembali semangat untuk hidup.
Sekarang Imah dah tak ada. R**** lah yang bercerita kisah ini waktu melawat dia raya puasa tahun lepas.
Walaupun Cik I*** dah pergi, R**** tak pernah lupakan jasa isteri pertama yang melahirkan dua orang anak lelaki penyambung zuriatnya.
Walaupun keadaan Cik I*** yang penuh dengan dendam dan amarah, di hujung hayatnya, dia sempat mohon ampun dan berterima kasih kepada madunya. Bukan sebab jaga dia.
Tapi sebab jadi mak yang baik untuk dua orang anaknya dan isteri yang baik untuk R****. Dia mengaku dapatkan R**** dengan cara tak elok. Dan dia dah ada peluang untuk balas balik salah dia dengan jadi isteri yang taat tapi dia tak buat.
Itulah 3 kisah yang aku boleh kongsikan. Mana yang baik semuanya hikmah dari Allah. Moga dijadikan teladan.
Mana yang tak baik, semuanya datang dari aku, hamba yang hina. Mohon jauhkan dan doakan aku dapat petunjuk agar menjadi lebih baik. Aamin YRA.
– Madam M (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit