3 Kriteria Sebelum Berkahwin

Assalamualaikum wbt. Sejak akhir-akhir ini aku perasan banyak confession tentang masalah perkahwinan, yang kebanyakannya ditulis oleh perempuan.

Selaku lelaki, aku terpanggil untuk beri sedikit pendapat. Confession aku ni pendek je, tak rugi korang baca.

Kepada perempuan yang ingin berkahwin, pastikan bakal suami korang ada 3 kriteria ini :

1. Kerja yang stabil

Suami wajib beri nafkah, zahir & batin. Full stop. Yang batin tu aku rasa semua bagus, cuma nafkah zahir berbentuk duit tu yang aku rasa ada suami yang gagal. Nak bagi nafkah kena ada duit. Nak bagi duit kena ada kerja.

Jadi pastikan bakal suami anda mempunyai kerja. Kalau boleh pergi tengok/ selidik tempat dia kerja sebelum korang kahwin, supaya tak kena tipu. Aku tahu ramai isteri yang bela biawak hidup, suami yang tak bekerja dan pemalas, hanya mengharapkan duit isteri.

2. Mempunyai rumah sewa

Lepas kahwin, janganlah duduk rumah mertua. Jangan jangan jangan ada banyak konflik nanti. Sebelum kahwin, pastikan bakal suami korang ada rumah sewa. Lepas kahwin nanti, korang akan duduk rumah sewa. Bukan duduk rumah mertua.

Kalau suami korang anak mak, nak berkepit duduk dengan mak dia, atau guna alasan nak jimat, baik korang cari calon suami lain. Jangan menambah masalah hidup korang dengan tinggal dengan mertua.

Sebelum kahwin, bincang dengan bakal suami, lepas kahwin nanti nak duduk mana. Kalau suami cakap duduk rumah mak dia, baik korang angkat kaki.

3. Tidak suruh berhenti kerja

Sebelum kahwin, bincang dengan bakal suami yang anda ingin terus bekerja selepas kahwin nanti. Kalau bakal suami suruh korang berhenti kerja lepas kahwin, baik korang angkat kaki, cari calon suami lain.

Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Kalau suami mati awal? Kalau suami kahwin dua? Jadi, lebih baik korang berjaga-jaga. Teruskan bekerja. Jangan berhenti kerja.

Kalau nak berhenti kerja jugak, boleh, tapi letak syarat, suami kena bagi nafkah at least RM1000 sebulan, 500 untuk diri sendiri, dan lagi 500 untuk anak/ rumah. Kalau bakal suami tak mampu bagi 1k sebulan, baik korang terus bekerja.

Kepada lelaki, ini 3 nasihat aku untuk korang.

1. Cari kerja yang stabil

Bila dah kahwin, korang bertanggungjawab jaga isteri korang. Jaga baik-baik. Jangan ambil kesempatan pada mereka. Ni ada yang target nak cari isteri kerja kerajaan sebab nak buat loan. Jangan susahkan isteri korang.

Kalau pemalas nak kerja, tak payah kahwin. Duduk dengan mak ayah korang sampai bila-bila.

2. Cari rumah sewa

Tanggungjawab suami untuk beri tempat tinggal yang selesa untuk isteri. Sediakan rumah untuk isteri. Jangan tinggal dengan mak ayah sebab nanti banyak konflik. Fikirkan hati dan perasaan isteri.

Kalau mak korang nak korang tinggal sekali, korang tak payah kahwin. Korang duduklah dengan mak korang sampai bila-bila.

3. Biarkan isteri bekerja

Kita hidup tahun 2020, bukan tahun 1820. Kalau korang teringin isteri suri rumah, boleh. Tapi sebulan at least bagi 1k dekat isteri. 500 untuk isteri, lagi 500 untuk anak/ rumah.

Kalau rasa tak mampu, biarkan isteri korang kerja. Isteri pun perlu duit untuk beri pada mak ayah dia, keluarga dia.

Alamak, panjang pulak aku tulis…

Bagi aku hidup ni simple je. Kita hidup untuk bahagia, bukan derita. Kalau dengan berkahwin korang bahagia, maka berkahwinlah. Kalau dengan hidup single korang bahagia, maka hidup single lah. Hidup ni sekejap je, jadi carilah kebahagiaan hidup.

– Mad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *