Tolong Dengari & Fahami Aku

Assalamualaikum. Hai. Aku seorang gadis berumur 26 tahun.

Aku ingin berkongsi cerita hidup aku. Aku cuma mahu pembaca berikan aku kata nasihat dan doakan aku.

Untuk sekali sahaja seumur hidup, aku ingin didengari dan difahami. Tetapi tiada manusia setia disisi.

Sepanjang 26 tahun hidup ini. Bermacam perkara telah aku lalui dan tempuhi. Di awal usia kanak-kanak, keluarga aku diuji dengan perpisahan mak dan ayah aku.

Ya. Aku masih kanak-kanak. Belum cukup faham segala hal orang dewasa. Aku dan 7 orang adik beradik tinggal dengan mak sebab ayah aku kahwin lain.

Bayangkan keretakan rumahtangga keluarga aku. Aku dan adik beradik aku perlu hadap sikap mak dan ayah aku. Kahwin sebab suka sama suka. Akhirnya berakhir juga.

Mak aku separuh mati menangis merayu cinta demi anak-anak kepada ayah aku. Ayah aku?

Mabuk cinta dengan mak tiri aku. Konon nya mak tiri aku pandai serba serbi. Pandai masak, pandai layan suami, pandai bergaul dengan jiran-jiran dan disukai keluarga ayah aku.

Apa yang aku dan adik beradik aku faham? Mak aku menangis merayu. Belum cerita naik turun rumah ayah aku 3-4 pagi sebab minta duit sekolah lah minta duit dapur lah. Aku pun tak faham kenapa ayah aku sengkek sangat lepas kahwin lain walhal ayah aku kerja syarikat minyak.

Semua orang kenal ayah aku. Dia dihormati dan sentiasa naik turun kapal terbang. Bayangkan 7 orang anak. Mak aku struggle nak besarkan kami.

Dulu mak aku baik, sejak berpisah. Mak aku dah lain. Kata ja apa ayat tak keluar dekat mulut dia? Haiwan? Maki? Sumpah? Semua lah.

Mak aku buat macam-macam kerja. Sebab nak bagi makan 7 mulut ni. Ayah aku? Bagi duit. Tapi ala kadar lah. Asyik tak ada duit lah gaji kena potong la OT tak ada lah. Gitu lah.

Dipendekkan cerita, keluarga aku memang porak peranda habis lah. Biasalah bila keluarga bermasalah ni semua sisihkan. Mana ada kawan.

Nak kawan kena sekolah jauh-jauh luar negeri. Ya. Jadi aku ni walaupun bukan anak sulong. Aku juga struggle sangat. Dekat sekolah aku bukan budak pandai pun. Bukan juga budak kelas belakang. Tengah-tengah.

Adik beradik aku ada yang bawa diri duduk jauh dari keluarga. Ada yang jarang balik rumah. Ada juga yang kedekut bagi duit dekat mak aku. Kenapa?

Sebab sikap mak aku lah. Dia berubah selepas perpisahan dulu. Suka maki hamun suka marah-marah. Silap sikit pukul lah maki lah. Lama-lama semua adik beradik aku buat hal sendiri ja. Habis sekolah masing-masing kerja dan bina haluan hidup sendiri.

Aku? Aku masih tinggal dengan mak aku. Dengan keluarga aku. Mak aku macam tu lah. Cuma sekarang ada penyakit dan dah tua lah. Mulut sama juga. Cuma dah tak pukul lah.

Mak aku torture mental plak. Aku meluat tinggal sekali. Sebab kenangkan sakit mak aku. Aku masih bertahan. Cuma entah sampai bila. Aku dah terfikir nak bunuh…. supaya hidup aku aman.

Siapa ja tahan perangai mak macam ni. Mak aku tak pernah berkasih sayang dengan aku. Aku dilayan seperti anak lelaki . Ayah aku? Ayah aku langsung tidak tahu berkasih sayang.

Sudah lah masa belajar tak tanggung aku. Aku kerja part time nak sara hidup aku. Konon nya kena sara adik beradik lain. Aku pula baru dapat tahu mak aku support semua anak-anak kesayangan dia .

Jadi mereka hidup senanglah. Aku je tak. Tapi bila sudah bekerja mereka bawak haluan masing2. Aku? Aku juga kena tanggung mak & keluarga aku. Aku belum kahwin.

Memang kalau beranak anak ramai kena ada anak2 kesayangan? Anak-anak kesayangan lah akan dapat macam-macam kelebihan. Kalau makan, mereka saja dapat tambah lauk. Aku? Nak aku cakap takpa la bagi mereka, mereka lapar. Aku takpa makan sikit. Ya. Aku makan sikit.

Sebab? Aku didik diri aku makan sikit. Sebab dari kecil aku tak berpeluang tambah lauk bila makan. Aku faham saja bila adik beradik ramai kena mengalah. Tapi bukan sekali dua berlaku. Aku pendam saja.

Aku sudah penat dengan hidup ini. Sudah la aku ketika belajar suram. Tiada kawan rapat. Selalu kena tikam belakang. Ada kawan baik tapi kawan baik kahwin dengan tunang aku. Aku menangis macam orang bodoh. Aku percaya mereka berdua.

Bodoh nya aku. Hari kahwin baru tahu kawan baik aku kahwin dengan tunang aku. Hari-hari seterusnya berlalu. Itu satu2 kawan baik aku rapat dan sayang sangat. Dan itu juga satu2 tunang paling aku sayang.

Rupanya mereka sudah lama kenal sebelum bertemu aku. Aku? Cuma object mainan.

Kemudian tahun demi tahun berlalu. Aku dipertemukan dengan Zack( bukan nama sebenar). Zack yang mengorat aku. Zack yang bagi harapan. Zack yang mula kan semua perasaan. Sekali lagi aku tertipu. Dia tipu aku selama ini. Dia kahwin dengan wanita lain baru kenal.

Aku? Sekali lagi aku menangis. Kalau tiada niat menjadikan aku isteri kenapa main kan hati aku? Lelaki dewasa bukan kanak-kanak tadika.

Hari ini pula, lelaki yang aku confess perasaan beberapa bulan yang lalu menyatakan ingin berkahwin. Berkahwin dengan perempuan lain.

Sekali lagi. Hati aku menjerit. Aku cuma mengucapkan tahniah. Rupanya dia suruh aku gapai cita-cita dahulu sebab dia belum bersedia untuk berkahwin katanya. Dia hanya tidak bersedia berkahwin dengan aku.

Betul lah apa orang cakap. Lelaki hanya akan bersedia jika bertemu wanita idaman mereka. Aku tiada perasaan pada dia, tetapi dia lelaki yang bertanggungjawab. Susah hendak bertemu lelaki sebegini. Tetapi bukan aku yang dipilihnya.

Aku memukul-mukul diri aku. Aku menjerit didalam bilik air, air sengaja aku buka deras. Aku teramat sedih. Teramat kecewa. Apa lagi yang perlu aku lakukan? Aku sudah ke spa dapatkan rawatan muka.

Aku juga ubah penampilan aku. Aku juga ubah segala identiti aku. Sampaikan orang sekeliling mengatakan aku berbeza. Ya. Aku buat semua itu. Aku tertekan. Kenapa aku sering menjadi tempat persinggahan?

Hari ini aku sedih mengenang nasib diri. Apa kah hidup ini terlalu malang? Kenapa tiada orang sudi sayang aku? Aku cuma ingin sekali sahaja dikatakan sayang . Kenapa aku sering bertemu manusia yang mahu mempermainkan hati aku? Apa aku terlalu naif?

Aku sudah bekerja. Tetapi gaji aku cukup makan sahaja. Aku minta kerja part time,tak pernah dapat. Jadi nya aku balik kerja duduk dalam rumah bersama ahli keluarga aku. Sedih aku hanya aku sahaja tahu. Susah aku ikat perut pun sama. Semua aku sahaja yang tahu.

Aku nak reward diri sendiri pun hanya mampu berangan saja.Kadang tuu aku beli juga cuma aku kesian dekat adik beradik aku yang lain.

Aku perlu bayar komitment keluarga aku. Adik beradik aku yang lain? Selfish lah tanggung diri sendiri lah. Jadi nak tak nak aku lah hadap segala bil.

Kadang aku rasa nak free hair nak jadi liar nak maki hamun orang tak nak solat nak jadi jahat.

Aku nak balas dendam kepada semua orang yang pernah sakit kan hati aku. Aku nak hidup mereka menderita. Aku nak mereka rasa setiap air mata aku. Tapi niat ini jauh ke dasar hati.

Aku penat. Aku menangis. Aku sedih orang buat aku macam ini. Tapi aku baik tak buat apa-apa kepada diorang. Aku siap doakan kebahagian dan kesembuhan jiwa diorang. Jadi adil kah? .Aku rasa bodoh.

Tolong doakan aku kuat. Tolong aku jadi tabah.Tolong beritahu aku penting walau sekali. Aku selalu menangis atas sejadah selepas solat.

Aku mengadu macam-macam dekat ALLAH. Aku tahu Allah uji sebab sayang aku.

Aku sedar aku kuat sebab tu aku mampu hadap semua dugaan &ujian ini. Cuma aku sudah penat. Aku ingin mengadu. Aku ingin didengari.

Aku ingin dikasihi. Aku ingin dianggap penting. Tiada siapa beritahu aku penting. Aku tak dihargai. Aku cuma objek untuk bermain.

Aku doakan semoga setiap yang mendoakan aku, berbalik semula doa kepada kalian.

– Zahra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *