Assalamualaikum semua, nama aku Mariam bukan nama sebenar. Sedikit ringkasan tentang diri aku, sudah berkahwin hampir 2 tahun, masih belum dikurniakan rezeki anak, dan seorang wanita bekerjaya.
Cerita aku, bukan untuk orang lain tetapi tentang diri aku sendiri. Aku harap, kepada sesiapa yang membaca luahan hati aku ini, atau pernah berada dalam situasi aku, aku perlukan bantuan. Aku minta nasihat.
Aku pernah terfikir, untuk mencari kaunselor tetapi, sentiasa ada saja halangan atas urusan kerja dan batasan waktu.
Sebelum aku berkahwin dengan suami, aku pernah mengalami dua kali depressi di tempat kerja dan ketika aku berada di dalam toxic relationship bersama ex boyfriend aku.
Ya, jiwa aku memang dah banyak terluka dengan cacian makian, perbandingan manusia terhadap diri aku. Sehingga aku rasa kurang keyakinan diri. Aku menolak semua orang yang cuma mendekati aku.
Aku selalu fikir, aku salah dalam semua perkara dan sampai menganggap aku tak berguna walaupun hakikatnya bukan masalah besar pun yang aku lakukan.
Cuma, aku rasa berdebar dan trigger apabila aku terima rejection by rejection by rejection dari orang.
Hidup aku di dalam keluarga sendiri juga, tidaklah begitu baik. Keluarga sendiri juga sering merendahkan aku, mempertikaikan kebolehan aku, mengutuk aku sehingga aku jadi pendiam dan 2 tahun aku susah nak ketawa.
Memang boleh kira juga, berapa patah perkataan sahaja aku bercakap dengan orang, sebab aku rasa takut. Aku takut kalau aku salah cakap, orang judge aku. Aku tak suka apabila orang cuba ingin rapat dengan aku, aku tidak selesa.
Aku tidak suka orang. Orang selalu menyakitkan hati aku. Sebab orang, hidup aku yang dahulunya seorang yang sayang diri sendiri, percaya dengan diri sendiri..hancur.
Aku selalu rasa, pujian yang orang berikan pada aku cuma penipuan semata-mata. Ada udang disebalik batu. Puji aku bersebab. Hati aku jadi kering. Setiap malam, aku susah tidur sebab aku terlalu banyak memikir.
Aku cuba, aku banyak kali cuba untuk stop dari berpikir tentang orang lain. Stop pikir apa yang orang pikir tentang aku tapi makin aku cuba, makin bising kepala aku.
Sewaktu aku di tempat kerja dahulu, Aku pernah dipulaukan. Aku pernah ditikam belakang. Aku pernah rasa diejek dimaki tanpa sebab.
Aku pernah rasa, dibuli. Aku pernah rasa dijolokkan dengan nama yang buruk, tanpa aku tahu kenapa mereka buat macam tu pada aku, sedangkan waktu itu aku baru sahaja fresh grad yang baru mencuba hidup dalam dunia korporat.
Ketika aku berada dalam toxic relationship bersama ex boyfriend aku pula, setiap perincian pakaian atau kelakuan aku di hadapan dia, dia komplain. Tak pernah dipuji. Selalu komplain dan bandingkan aku dengan orang lain.
Sehingga aku tidak tahulah. Aku tak kenal diri aku. Dalam keluarga sendiri juga begitu, akulah yang terbodoh. Aku lah yang paling tak tahu apa-apa. Semua yang buruk semua adalah aku.
Sehingga suatu hari, aku berjumpa suami aku. Hidup aku berubah kerana dia. Dia banyak positivekan aku dan menjadikan insan yang lebih baik.
Aku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Setelah berkahwin dengan suami, baru aku kenal perangai keluarga mertua aku.
Ikut kata hati aku dahulu, aku tahu dah keluarga suami red flag dalam hidup aku. Cuma, aku abaikan, mungkin itu sangkaan aku sahaja.
2 tahun lebih aku bernikah dengan suami, aku tak pernah sekali rasa aku sebahagian dari keluarga.
Masa awal-awal dahulu aku abaikan sahaja perasaan aku ini. Aku diam. Aku diam je, tengok lauk aku masak kena buang macamtu dalam tong sampah. Aku diam je bila aku masak tak de sape nak makan.
Aku diam je bila aku kena marah tanpa sebab dengan mertua aku. Aku diam je bila mertua buat muka dengan aku tanpa aku pastikan sebab apa.
Aku diam je bila aku datang rumah keluarga suami aku dipulau. Ya, aku diam je. Aku faham je, bila mertua bagi ayat perli dekat aku, tapi aku diam je..
Macam buat-buat bodoh tak paham. Aku diam, aku masih ketepikan sangkaan aku walaupun aku rasa sakit sangat-sangat dalam hati aku.
Aku cuba mengadu pada suami, cuma kadang-kadang suami tak membantu heal perasaan aku. Aku selalu menangis sampai tertidur sebab hati aku pedih.
Tapi, aku masih berbaik dengan mertua. Ya lah, mertua keluarga suami kan?
Walaupun, aku tak pernah berada dalam ingatan dia dalam setiap perkara, tapi aku sentiasa ingat dia.Aku ingat dia, bila dia sakit. Aku carikan ubat untuk dia, walaupun lepastu dia kata dia buang ubat aku cari tu.
Aku ingat dia, bila dia duduk seorang dirumah bila pak metua aku outstation walaupun, bila suami aku outstation tak de siapa peduli hidup mati aku duduk rumah sorang diri.
Dan walaupun, ketika keadaan aku yang baru je gugur kandungan 2 bulan, dan tak de seorang pun yang ambil peduli tentang aku.
Aku berpantang seorang, masak masakan pantang seorang diri, semua lah sendiri. 8 hari emosi aku tak stabil, aku nangis aku sakit hati aku geram aku penat dengan mertua aku. Haih. Siapa lagi yang perlu aku harapkan? Mertua saja yang aku ada yang paling dekat dengan aku.
Suami aku kerja offshore, bukan selalu ada dirumah. Lalu, bermula satu titik dihati aku, aku rasa penat. Penat lah asyik nak fikir perasaan orang.
Kalau orang dah tak nak kita, tak payah nak berier sangat pun lah. Aku je yang sibuk pikir pasal orang, tapi orang dont give a sh*t pun pasal kita.
Sekarang, aku rasa tak boleh nak tengok muka mertua aku. Aku jadi stress. Aku jadi trigger dengan semua benda buruk / toxic yang aku rasa sebelum ni.
Tapi itulah aku nak buang, itu family suami aku. Aku dah cuba kurangkan jumpa dorang. Tapi, kalau boleh aku rasa tak nak jumpa langsung.
Aku tak nak ada kaitan dengan dorang. Aku dah rasa tak ikhlas dengan dorang. Aku memang dah delete dorang dalam ingatan aku. Aku tak boleh maafkan dorang.
Tapi itu keluarga suami aku. Semalam, aku jumpa doktor, sebab aku dah dekat 1 bulan asyik rasa sakit kepala. Doktor kata aku tengah alami fasa hypertension. Aku terlalu banyak fikir, terlalu banyak stress.
Macam mana aku nak hilangkan rasa tak suka aku nak dekatkan diri aku dengan keluarga mertua? Macam mana nak telan semua yang aku rasa dan cuba ikhlas demi suami aku ?Aku rasa memang cukup tawar hati dengan mereka.
Aku memang dah tak boleh terima mereka. Tapi itulah, kesian suami aku dilema nak jaga hati aku dan keluarga.
Jujur aku memang dah tak mahu dekat dengan keluarga suami tapi aku tahu, buruk macamana dorang tetap keluarga suami.
Macamana ya untuk aku jadi ikhlas semula? Aku minta nasihat.
– Mariam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit