Flashback Total Kehidupan Dunia : 7 Saat

Assalamualaikum dan salam lebaran gais. Aku Tesla berumur 20an. Matang dan hingusan at the same time.

Aku nak cakap tentang kehidupan. Kehidupan yang kita lalui ni sebenarnya akhirnya 7 saat je Allah bagi untuk flashback segala momen kehidupan waktu dah hampir2 nyawa ditarik sepenuhnya.

Kat situ, bahagian otak ada yang masih hidup sikit2. Boleh gugel dan cerita orang puteh ‘Nightmare On Elm Street’ pun ada cakap tentang ni gak.

Waktu tu, macam kau dah tahu laa, nampak amalan soleh je yang lalu, Insya Allah pengakhiran yang baik laa maksudnyaa dan sebaliknya, Nauzubillah.

Tu apa yang aku belajar time kelas Bio dulu la, selingan keagamaan u rohani aku y rongak ni. Alhamdulillah, masih ingat dan antara sandaran kehidupan aku untuk jadi hidup supaya tak terlalu tersasar jauh.

Bila dewasa ni, tengok ada yang masih tengah belajar, ada dah settle down kawin semua dan tak lupa juga kepada yang dah meninggal.

Aku rasa kadang aku kufur nikmat, Allah bagi nikmat kepandaian,peluang dan ruang untuk study elok2 aku duk bising kawan2 dah settle down semua la apa la.

Bukan semua dapat peluang tu, pendidikan memang bukan segalanya sebab zaman dah berubah. More to content creator, affiliate semua.

Maksud aku kerja-kerja yang no longer based on education yang makan masa bertahun untuk jadi real professional macam doktor etc.

Zaman sekarang tawar kita banyak peluang untuk cungkil bakat dalam diri, untuk buat keputusan first step kita dalam jana second income by taking risk untuk kehidupan yang lebih baik.

Tapi berbalik semula pada pendidikan, nak tak nak pendidikan always still a good backup.

Kepada muda – mudi luar sana, kalau ada peluang, ruang dan financial support sambungla belajar, belajar banyak bahasa.

Expose diri dengan semua orang dan ambik pengalaman tu untuk bina emotional intelligence (Kecerdikan Emosi)- boleh gugel Daniel Goleman ye. Pengasas teori ni.

Aku ringkaskan, dunia ni tak semestinya yang pandai je boleh hidup. Aku maksudkan pandai on academic secara naturalist tu. Yang Allah bagi otak cair daripada kecil.

Tu laluan hidup kau yang nampak straight je. Boleh sambung academic journey tinggi-tinggi. Dapat payslip bulanan yang gah tu, tu rezeki engko.

Rezeki tu kan beza ngan gaji, rezeki tu boleh jadi orang2 baik yang kita jumpa, lapang dada, kesihatan semua laa.

Untuk orang-orang yang sangat terkial- kial matematik macam aku ni, yang kene banyak usaha. Kene betul2 hafal sifir etc.

Nampak kan kene sedikit proses di situ. Tak smooth, kalau give up, end up aku cop diri aku bodoh math. Walhal kalau aku usaha, masih nampak la sinar-sinar tu.

The good thing tentang pendidikan ialah pendidikan tu sendiri peluang. Peluang untuk kau bangunkan diri kau, kesabaran kau.

Kalau tak takdenya budak2 kelas pertengahan or kelas belakang yang jadi phd holder. Sebab diaorang belajar dari kesilapan, pujuk diri jangan putus semangat.

Buat apa yang patut buat. Tu laa proses bangunkan diri yang aku maksudkan. Kita berevolusi kan, orang zaman batu pun boleh survive walau takde duit and etc macam kita. Tapi diaorang survive dengan jayanya dan kita sendiri hari ni banyak belajar daripada diaorg.

Golongan ketiga, orang-orang natural talented, boleh berseni, suara sedap yang kita katakan dengan bakat tu dia survive. Walhal, pencapaian akademik 50-50 je, or +- tu la rezeki. Dengan tu, kehidupan jadi balance dengan ketiga2 golongan ni.

Bagi aku la kan, kita kenal dan boleh letakkan diri kita kat mana, usaha improve diri sungguh-sungguh. Sebab kalau kita memang bukan orang yang natural talented and cerdik semula jadi tu, kita kene banyak usaha.

Pendidikan la untuk menaikkan harga diri kita, ubah diri dan nasib keluarga dan orang-orang sekeliling kita.

Putaran ganas kemiskinan tu, kita boleh ubah. Mentaliti kita kalau jadi content creator kaya segera, boleh nak kejar, tapi nasihat aku usahakan la pendidikan/ilmu tu dulu.

Niatkan betul-betul nak dapat ilmu dan memberi – menyampaikan kat orang ramai.

Zaman scrolling-scrolling ni dah buat kita hilang ketenangan, tengok rich2 dubai ngan duit kepuk2. Masya Allah dahsyat rezeki kekayaan diaorg.

Tapi kita back to reality, usahakan penambahbaikan dalam diri kita sebagai hamba Allah, ahli masyarakat dan sebagainya la tugas hakiki kita yang pasti dipersoalkan.

Kita akan balek kat Tuhan. Tak selamanya hidup kat sini, even secebis zarah perasaaan sombong pun akan ditanya.Nak ingatkan jugak, konsep dosa pahala, jangan la buat main. Sebab Allah tak bayar cash rasa okey buat dosa2.

Dosa2 kecil tu pun jangan buat. Jangan kecewakan Allah yang terlalu baik bagi kita rasa sekecil-kecil nikmat kehidupan dalam diri kita. Kalau Allah nak tarik,sekejap sangat je. Time tu memang kita dah takde pape dah.

Kita berevolusi, kita belajar dari kejadian-kejadian yang berlaku semalam. Yang pernah berlaku tu be it pahit ke manis tulah yang membentuk diri kita.

Setiap hari adalah hari yang Allah bukakan kita peluang untuk bertaubat atas masa lalu, jadi orang yang bermanfaat dan sebagainya.

Aku 20an dan lost jugak. Most of time masa tido je, tak buat apa-apa improvement untuk agama aku, pendidikan aku or apa2 jelah kepincangan yang aku patut baiki dalam diri aku.

Nak habaq, pendidikan tu asset yang semua org wajib miliki, aku tak kata apa laa yang mungkin ada kekangan tu. Tapi guys, pendidikan la yang utama+ attitude ya.

Bagi perempuan, bila kau belajar tinggi peluang untuk jumpa lelaki yang sama level dengan kau tu tinggi. Sebab katanya tok Aba (Dr Fadzilah Kamsah)- link connection jodoh termasuklah orang yang kita selalu jumpa, one of them ye. Byk lagi.

Dan untuk tahu kita sedia ke tak sedia nak ke alam perkahwinan, tengok kita dengan roommate kita. Lepas tak kita dengan ujian tu. Sebab roommate dah macam half kehidupan yang kita kongsi.

Jangan sentuh barang aku, do not cross the line /limit ke apa. Tu pun salah satu pesanan yang aku dapat. Tengok ujian kita dengan romate kita lepas ke tak?

Macam tulah ye kehidupan kita. Kadang kita mencemuh panas tapi bila Allah datangkan curahan hujan kita rasa damai dan tenang. Macam magik kan. Letakkan harapan dan kepercayaan ssungguh2 kat Allah, nanti kau tengok la keajaiban tu.

Perlu cari lebih banyak benda yang boleh buat kita tenang dan bersyukur dengan nikmat Tuhan. Sebab apa yang kau ada tu, Allah yang bagi, kalau Allah tak bagi takdenya. Kita bukan pemilik kekal, Allah yang pinjamkan semua.

Kalau hari semalam dah berlalu, noktah. Masa depan even sesaat lepas ni belum tentu milik kita, banyakkan la doa sebab doa tu yang mengawal apa yang kita takboleh kawal, dengan kita mohon Allah mudakan segala urusan.

So, apa yang tinggal? Hari ni kan, haah hari ni je yang ada. Buat la yang terbaik. Memang 3 hari je perjalanan hidup kita sebenarnya kalau ikut psikologi.

Dunia sekejap je awak2 semua, dari kita alam roh, kepada alam Rahim, sekarang kita dah di fasa ketiga: alam dunia, next alam barzah. Sekejap sangat je.

Apapun muhasabah. Maafkan aku andai berterabur, kurang jelas dan fakta yang samar-samar. Maafkan aku, aku main type je ni.

Kepada hamba Allah yang baca ni, doakan yang saling memperingati aku kerana agama dipermudahkan urusan dan rezeki.

– Bakal Owner Tesla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *