Assalamualaikum. Aku seorang wanita berusia 36 tahun. Aku masih belum berkahwin, dan bukan kerana tidak mahu, tetapi kerana belum bertemu jodoh yang sesuai.
Aku berdoa dan berusaha setiap hari, namun aku percaya jodoh itu adalah ketentuan Allah dan masanya belum tiba.
Walaupun begitu, aku sesekali berdepan tekanan, terutama dari masyarakat dan keluarga yang terus bertanya soal perkahwinan.
Dan bilamana ada majlis2 keramaian tertentu, aku mula rasa gelisah dan gemuruh untuk hadir dan berdepan dengan orang hanya kerana status bujang ku.
Baru2 ni, ibu secara terbuka membangkitkan isu ini di depan ahli keluarga. Tambahan pula adik perempuan bongsu ku bakal berkahwin dalam tempoh 3 minggu lagi.
Jadi ibu seolah-olah menyalahkan aku kerana sering ditanya oleh orang lain tentang hal ini.
Aku rasa terhina, marah, dan kecewa. Hakikatnya, aku sendiri memikul beban emosi ini secara senyap kerana jauh di şudut hatiku aku juga mahu berkahwin, tapi belum jumpa jodoh yang sesuai.
Waktu kejadian, sepanjang hari aku menangis, terasa lelah fizikal dan emosi.
Aku tertanya-tanya, adakah aku yang terlalu beremosi dan berlebih-lebihan dengan apa yang berlaku, atau adakah reaksi ibu aku memang toksik dan tidak sensitif?
Aku tak tahu bagaimana lagi hendak memikul beban perasaan ini saban hari.
Ibu seperti menyalahkan aku kerana aku pernah menolak untuk berkenalan dengan beberapa lelaki yang dia pernah cuba untuk kenalkan.
Jadi ibu rasakan yang aku tidak sedar diri kerana masih lagi mahu memilih di kala usia ku makin makin lanjut. Tapi hati ku tidak terbuka untuk berkenalan dengan lelaki lelaki tersebut.
Sampai tahap aku pasrah sekiranya aku memang tidak ditakdirkan untuk bertemu jodoh atas dunia ini.
Aku pernah terbaca luahan seorang perempuan usia linkungan aku juga yang pernah mengatakan di usia kami sebegini sudah tidak ramai lagi lelaki yang ingin mendekati dan berkenalan.
Jadi aku harus berdamai dengan takdir dan hanya mampu berserah kepada Tuhan.
Di sini juga aku ingin tahu dengan jujur pandangan para pembaca, apa pandangan anda sebenarnya terhadap golongan perempuan bujang terlajak seperti aku?
Adakah anda fikir ada perkara yang tidak kena dengan kami yang membuatkan kami belum berkahwin di usia lanjut dan juga memandang rendah terhadap golongan seperti kami ini hanya kerana tidak mencapai status kahwin di usia yang sepatutnya?
Jika ada yang pernah melalui situasi sama, aku sangat hargai nasihat dan pandangan anda.
Doakan juga aku bertemu jodoh pada tahun 2025. Terima kasih kerana sudi membaca dan selamat tahun baru 2025 buat semua.
Yang masih sendiri,
– Wahida (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Your feeling is valid wahida. Jangan putus berdoa & stay open. I’m older than you and never been in a relationship before. Perkenalan tak pernah mampu ke fasa lebih daripada itu. Tipulah kalau rasa ok sentiasa. Ada masa rasa loser juga,ada masa menangis bengkak mata berhari juga. It’s ok untuk rasa begitu tapi jangan sampai rasa tu buat kita hilang diri kita. Focus pada perkara dalam kawalan kita sahaja. Bumi tuhan ini luas dan ada banyak nikmat dan keindahan yang kita boleh teroka. Define your own happiness.. belajar bahagia dengan cara kita. Doa banyak2 Dan biarkan tuhan buat bahagianNya. Hug for you sis🫂
Semoga Allah pertemukan jodoh yg terbaik utk sis kalau bukan skrg mungkin suatu hari nnti Aamiin