365 Hari Yang Bermakna

Sebenarnya aku tak tahu apa tajuk yang sesuai tapi aku memang nak cerita pasal diri aku sepanjang tahun 2016 ni. Ringkas pasal aku, nama aku Su, umur 24, bujang dan merantau untuk mencari rezeki. Oh ye, aku perempuan.

Aku memang pembaca setia kat page ni terutama kalau perkara tuh berkaitan dengan perempuan jadi kisah aku ni memang ada kena mengena dengan segelintir post dalam page ni.

1. Perigi Cari Timba.
Ha3 aku pun tak tahu bagaimanakah aku boleh terjebak dengan perkara macam ni. Alkisahnya, aku baru bekerja kat satu Syarikat ni, nama pun merantau jadi memang aku pergi kerja balik kerja tak dok kawan, staff dalam pejabat pun aku kenal berapa kerat je. Aku bukan sombong tp aku overload, nanti aku cerita pasal kerja aku ni. So nama dia Farhan. Nak dijadikan cerita since kita orang 1 team jadi apa-apa masalah dia akan cari aku, aku masa tu sibuk jadi aku suruh dia tinggalkan nombor nanti dah settle aku call. Dia ni pergi bagi personal number dia pula padahal Syarikat ada je sediakan phone untuk dia. Dekat sini lah kisahnya bermula, jengjengjeng. Ha3 oleh sebab aku pun dah 3 bulan bekerja tapi kawan pun tak dok so aku decide untuk berkawan dengan dia lagipun kan 1 team so senang aku nak tanya pasal operation. Makanya aku lah yang mulakan conversation bagai tuh. Oh yee dia Supervisor. Dari dalam pejabat sampai lah ke luar pejabat hubungan kita orang ni. Hari-hari lah wassap sampai lah timbul perasaan pada diri aku. Kawan dah hampir setengah tahun tapi dia tak pernah bagitahu aku dia ada GF ke tak tapi yelah aku pun nak tahu juga apa perasaan dia. Jadi oleh sebab aku ni hanya insan yang lemah gilos so aku selalu berdoa mohon pada ALLAH. Memang aku 100% harapkan ALLAH, Itu je caranya.

Masa pun terus berlalu kami masih berkawan macam biasa sampailah ujian paling dahsyat berlaku pada aku. Whereby ada 1 guy kat pejabat aku propose untuk jadikan aku isteri nombor DUA dia, nombor DUA weyh, siap dah plan nak beli rumah lagi dua tahun nak suruh aku duduk situ dan alasannya DIA MAMPU. Kemon lah kan, tak kan lah aku nak terima, aku masih waras lagi. Tapi this guy mendesak aku, hari-hari kacau aku sampai aku rasa naik rimas, dah lah satu pejabat cuma bahagian lain. This guy selalu cakap pada aku “ini takdir” tp bagi aku “itu ujian”. Ha3 so aku pun solat Istikharah, aku tak mimpi apa-apa pun, tak dok petunjuk dan itu lah kali pertama dan terakhir aku buat.

Entah mana datang keberanian boboboi kuasa 24 tu aku pun wassap propose si Farhan, aku cuma nak tahu perasaan dia. aish malu tuh tak boleh nak ukur dah tapi yang penting aku cuba Jelah, at least aku mencuba yedok. Guess what ? Heee dia pun kata sebenarnya dia dah lama ada perasaan pada aku cuma dia ada sebab tak nak bagi tahu aku, eh pengecut ke ? Haa nanti aku bagitahu kenapa oke. Sebenarnya aku berani sebab aku pernah terbaca pasal kita sebagai perempuan kena pilih bakal suami dan ayah yang terbaik. Selain agama, penting bagi aku cara pemikiran seseorang lelaki tuh (haruslah 10KM kehadapan) dan semestinya dia mesti lah kena ada matlamat hidup. Bukan apa lah, aku ni umur je 24 tapi seumur hidup aku baru dua kali aku bercinta itu pun tak lama sebab mak ayah aku tak restu, well ex aku tuh fresh tapi tak usaha cari kerja, tunggu kerja datang kat dia dan lagi satu tu sebab attitude problem. So aku pun move on lah, restu tuh memang penting lah bagi aku.

Beberapa bulan lepas aku bawa lah Farhan jumpa family aku, alhamdullilah positif. Parent aku oke. Risau juga aku kalau parent aku tak setuju ke kan, umur aku dah 24 kalau mak ayah aku tak suka memang aku nekad nak fokus pada kerjaya aku je. Jadi baru-baru ni turn aku pula jumpa parent dia dan alhamdullilah positif juga. Jadi dia terus bagitahu niat dia nak ikat aku kat mak dia tahun depan, In Shaa ALLAH. Setakat ni semuanya nampak smooth, tapi Aku tak kan putus berdoa pada ALLAH.

Aku punya doa macam ni “Ya ALLAH, jika sipolan ini jodohku jagakanlah hatinya untuk diriku, satukanlah hati kami, jika dia bukan untukku, temukanlah aku dengan seseorang yang dapat membimbingku ke jalanmu Ya ALLAH”. Aku ni iman up down up down jadi memang penting bagi aku memilih bakal suami yang terbaik.

2. Umur lebih muda.
Ini lah sebenarnya yang Farhan takut sangat nak bagitahu aku, guess umur dia berapa ? 21 weyh, aku pun terkejut beruk masa tuh. Kisahnya berlaku sebab aku sebenarnya lupa bila birthday dia, he3. Yang dia pula bukan main teruja nak celebrate birthday aku, seminggu dah booked aku. Jadi aku pun guna kuasa aku untuk check IC dia dalam sistem. Perghh memang hampir koma aku masa tuh bila tengok tahun 1995. Aku tengok dia tak lhaa nampak macam 21 sebab dia ni tinggi, muka memang tak nampak 21. Silap aku juga tak tanya umur dia , aku guess umur dia 25/26.

Masa ni pun aku dah huru hara fikir, aku tak pernah ada pengalaman macam ni lagi-lagi bila hubungan ni dah lebih serius hingga ke perkahwinan kan. Aku banyak membaca dan minta pandangan makcik, kawan-kawan dan sesiapa je lah. Aku nak tahu pandangan dorang. So simple je jawapannya “kematangan seseorang tak bergantung pada umurnya”. Bila aku fikir betul lah juga, ex aku tuh umur 25/26 tapi kerja pun on off on off, aku pun jadi tak yakin kalau nak kahwin.

Aku pun bagi hint kat mak ayah aku since akak aku pun pernah berkawan dengan lelaki bawah umur dia dan mak ayah aku kecam so kali ni aku slow talk dengan penuh sopan santun. Ha3 ayah aku siap bagi contoh Siti Khadijah dengan Nabi Muhammad lagi. Jadi aku pun mula terima pasal umur tuh. Nasib baik lah depa setuju. Part parent Farhan pun sama, mak dia banyak nasihat aku lah. So settle part umur.

3. Hantaran adalah harga seorang perempuan.
Part ni lah paling sensatif kan, kadang kita sebagai perempuan nak buat simple je tapi “nanti apa kata orang” haa ni yang buat otak kau jadi benak seketika. Nak jaga perasaan orang punya pasal. Aku dari dulu memang impikan majlis sesimple alam je, Jumaat : Nikah + Jamuan makan + Photoshoot. Settle. Jadi mesti lah Farhan ni akan tanya aku kan berapa hantaran yang aku / parent aku nak. Aku cuma jawab “ikut kemampuan dia”. Dia ingat aku main-main jadi aku pun cerita majlis pernikahan impian aku tu.

Aku ni pemalu sikit jadi aku tak suka kalau masa tu semua mata tertumpu kat diri aku, aku boleh bertukar jadi pasu bunga. Ha3 jadi aku memang berniat nak buat ringkas macam tuh. Plan ni mestilah aku kena bagitahu mak ayah aku dulu walaupun mula-mula dorang macam tak setuju tapi aku cuba yakin kan dorang sampai dorang setuju. Since ini pun baru planning jadi aku harap sangat lah belah aku dan belah Farhan setuju.

Berbalik pada jumlah hantaran, Farhan tanya aku masa kakak aku berapa nilai. Aku pun kata 10K so Farhan pun decide untuk bagi aku 10K, itu pun dia tanya aku cukup ke tak. Aku kata kalau ikut plan aku memang lebih daripada cukup. Jadi kat sini oleh sebab aku nak jaga “nanti apa orang kata” so aku pun plan dengan si Farhan ni aku kata kalau orang tanya berapa nilai hantaran tolong bagitahu 12K. Aku sendiri yang akan tambah 2K since aku pun nak jaga maruah Farhan ni dari mulut-mulut orang. Farhan bantah, dia kata dia mampu bagi aku 12K.

So begitulah, aku pun akan guna seminima duit hantaran tu sebab yang selebihnya aku nak tolong dia beli barang-barang dalam rumah. Aku tak kesah orang nak kata majlis aku nanti cikai ke apa tapi jenis aku, aku tak kan perabiskan berpuluh K untuk satu Hari tu, baik duit lebih tu kita orang guna untuk pergi umrah.

Farhan beritahu aku, dia start dari kawan dengan aku dia dah mula menyimpan sebab dia tak nak pasal hantaran ini jadi isu. Dan biasa kita dengar orang tunang setahun sebab dalam tempoh itu lah lelaki akan kumpul duit hantaran kan ? Tapi dia ni lain, dia kata sebelum tunang dia dah boleh bagi duit hantaran pada aku cuma dia perlukan setahun lagi untuk kumpul duit deposit rumah. Dia tak nak aku rasa susah nanti. Pemikiran dia ni buat aku tak fikir pasal umur dia pun.

Istimewanya dia pada mata aku sebab utama ialah dia hormat aku sebagai seorang perempuan. Selama 365Hari aku kenal dia, dia tak pernah cuba untuk amek kesempatan kat aku nak sentuh tangan ke langsung tak ada. Kalau duduk kat kerusi panjang pun jarak sampai tiga orang boleh duduk. Sebab itu lah aku selesa kawan dengan dia, dia tak cuba heret aku masuk Neraka. Berkenaan dating ni kita orang jarang lah berjumpa sebab waktu kerja berbeza. Aku office hours yang dia night shift, aku cuti Sabtu Ahad, dia cuti tak menentu tapi benda ni tak pernah lah jadi isu sebab masing-masing masih boleh belanja masa. Biasa hari sabtu kita orang sarapan sama-sama. Itu je.

Berkenaan aku cuma kenal beberapa kerat je staff kat Syarikat aku tuh sebabnya aku overload gilos dengan kerja aku, aku balik tak kerja tak menentu sebab kerja aku agak macam sampah lah bagi aku, aku pernah datang pejabat 0630am dan aku pun selalu bawa balik kerja aku ke rumah ni semua gara-gara overload. Aku tahu lah kemampuan diri aku bila aku beritahu HOD aku masalah aku dia boleh kata “kalau macam tu I tambah lagi sorang staff tolong U tapi gaji U pun I kena bahagi dua “. Perghhh memang aku rasa macam kuli betul,gaji aku RM2K tak ada elaun dan OT pun dia rasa macam dah besar sangat.

Aku tak kisah gaji aku sikit tapi work-life aku nak balance, aku pun ada life bukan aku born to work work work. Tapi aku dah berhenti dah kat situ sebab dapat offer lagi bagus, kerja lebih santai sambil boleh makan kerepek. Tapi sebelum berhenti tu aku bertekak dengan HOD aku. Aku tak suka lah kalau nak marah aku tapi pergi menjerit sampai 1 level tuh tahu aku kena marah. Macam sakai. So memang aku out spoken semua masa tu dan sampai sekarang tempat aku tuh ada je orang baru tapi check in check out. Kesian. Ha3

Kesimpulannya, ini lah kisah hidup aku sepanjang 2016 ni, aku tahu umur-umur macam aku ni masing-masing dah risau fikir pasal jodoh, kawan-kawan lain semua dah tunang dah berkahwin yang dah beranak pinak 3-4 pun ada. Kau pun sentap kan. Bagi aku kau tak nak ke capai cita-cita kau dulu ? Contohnya mungkin jadi seorang officer ? Ada Master ke ? Hu3 aku beritahu je.

So last,
Letak ALLAH nombor 1 ,bercinta dengan ALLAH, letak sepenuh pengharapan kepada ALLAH, ALLAH dengar semua doa-doa kita. Jodoh ni ada dua samada jodoh dengan manusia atau ajal. Berdoa lah, itu je kekuatan kita sebagai orang islam. Selamat berusaha untuk rezeki masing-masing !

– Cik Susu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit