Hi Readers. Nama aku Dahlia (bukan nama sebenar).
Aku terpanggil untuk mengulas sedikit isu berkaitan dengan LELAKI MELAYU yang mempunyai 3rd class mentality tentang wanita yang berkahwin/ berpasangan dengan LELAKI NON MUSLIM atau LELAKI BERBANGSA ASING.
Oklah, aku cuma mahu bertanya apakah yang ada dalam fikiran lelaki melayu yang kebanyakan beranggapan wanita yang berkahwin/ berpasangan dengan lelaki non muslim/ berbangsa asing ni adalah kerana nafsu/ kemewahan semata-mata?
Kadangkala aku melihat terlalu banyak cercaan dan hinaan yang dilemparkan kepada wanita yang berkahwin dengan lelaki non muslim atau bangsa asing. Lebih-lebih lagi apabila ada penceraian berlaku.
Maka datanglah segerombolan manusia yang bernama lelaki melayu (minda kelas ke3) memperli dan mengatakan bahawa wanita2 ini layak ditinggalkan kerana memilih,
Dalam erti kata lain, wanita ini memandang rendah atau tidak berkenan dengan lelaki melayu. Adakah itu yang diajar oleh Islam?
Tidakkah mereka tahu itu semua adalah kehendak Yang Maha Esa? Manakah perginya iman lelaki ni apabila berkata-kata ibarat merekalah LELAKI MELAYU YANG PALING BAGUS DI DALAM DUNIA.
Islamkah anda apabila anda cuba mempertikaikan seusatu yang dah ditakdirkan? Aku tak pastilah andai ada lelaki melayu yang freethinker atau bukan beragama Islam.
Pada ketika ini, aku lihat ramai je lelaki melayu yang berkahwin dengan wanita non Muslim/ berbangsa asing. Kenapa harus ada diskriminasi?
Bila lelaki melayu berkahwin dengan pasangan non Muslim atau berbangsa asing, ya ampun… Bersorak mereka memberi ucapan tahniah. Berbakul-bakul.
Sehinggakan ada yang meminta tips bagaimana untuk mengurat wanita berbangsa asing lebih2 lagi andai wanita2 tersebut dari kalangan bangsa berkulit putih.
Wahhhh… Semangat masing2 meminta tips. Adakah lelaki2 ini juga dikategorikan sebagai memilih?
Nafsu? Wanita bangsa asing lebih cantik dari wanita melayu? Boleh tak andai kami sebagai wanita cuba diskriminasikan pilihan anda? Apa yang akan anda jawab? Wanita melayu jealous.
Itu jelah ayat yang mampu keluar dari mulut lelaki melayu 3rd class ni. Pada lelaki melayu yang cerdik akal, tak perlulah triggered okay.
Luahan aku lebih kepada lelaki melayu yang mentalitinya low class.
Aku pertikaikan, bukanlah kerana aku ni berpasangan dengan lelaki bangsa asing atau non Muslim. Aku dah bersuami (PURE MALAY GUY, NO MIXED BLOOD okay),
Aku cuba pertikaikan kerana ini adalah tidak adil pada wanita. Kenapa masih ada lagi manusia yang bersikap macam ni ye?
Tahun 2022 dah guys, kenapa masih beranggapan wanita yang berkahwing dengan bangsa asing ni memilih untuk kepuasan nafsu/ kemewahan semata2?
Lebih2 lagi bila wanita tersebut berkahwin dengan lelaki berbangsa kulit hitam. Hina sangat ke? Buruk sangat ke?
Guys, wake up. Open your eyes… What I’m trying to say is, tolong jangan diskriminasikan golongan wanita yang berkahwin dengan lelaki berbangsa asing atau non Muslim,
Sebab u don’t even know at the end their life, mungkin kehidupan meraka jauh lebih Islam, jauh lebih bahagia dari korang lelaki yang bermulut loji ni.
Kun Fa Ya Kun… Bila mana Allah berkehendak, maka jadilah ia. Readers, berilah pendapat anda semua. Adakah ini adil bagi para wanita?
Kita cuba raikan pendapat berbeza…
– Dahlia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit