Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca
Banyak sebenarnya yang aku baca dalam mana-mana kisah yang menyatakan diorang tak suka apa yang orang lain buat pada diorang. Sama la jugak dengan kisah-kisah apa yang orang lain buat kat korang tapi korang tak suka.
Aku bagi contoh ye :
– Budak IPT yang bawak kereta ke campus tapi asik dipergunakan ke sana sini macam kuli, orang guna kereta sampai x pernah ada kunci di tangan sendiri
– Orang datang rumah dengan waktu tak kena, gunakan barang-barang sesuka hati
– Terpaksa tolong buatkan sesuatu tanpa kerelaan, macam buatkan sesuatu kerja yang pada mulanya ikhlas tapi sampai jadi tak ikhlas
– Tak rela dengan sesuatu benda yang dibuat tapi kena terima dalam keterpaksaan dalam tempoh masa yang lama
– Join MLM, sanggup bayar beribu-ribu RM walaupun korang tau ade berapa sen jer untuk makan semester tu. Sampai sanggup pinjam gadai semua nak masuk MLM
Pada pendapat aku, keadaan ni sebenarnya korang sendiri yang wujudkan, korang sendiri yang benarkan. Contoh paling mudah, korang yang bagi kunci kereta dan benarkan kawan-kawan guna sesuka hati. Contoh lagi, korang yang paksa diri untuk buat sesuatu yang korang tak redho – ambilkan sesuatu setiap hari, belikan sesuatu setiap hari. Pendek kata korang yang benarkan keadaan ni berlaku.
Kita sebenarnya kena berani katakan “TIDAK”. Aku nak buka mata dan hati korang, supaya berani untuk menolak sesuatu yang korang rasa korang tak patut atau x redho buat. Tapi mesti la dengan cara dan bahasa yang betul, dan tentunya dengan tegas.
Aku bagi contoh, dulu sebenarnya aku banyak kali kena approach dengan geng MLM. Suruh masuk kena bayar ribu-ribu. Tapi aku tolak dengan bahasa yang baik “Minta maaf sangat korang, aku tak akan join skim korang ni. Aku minta maaf yer, jangan korang terasa pulak ngan aku yer, kita masih kawan ok?”. Bagi reason dan sebutkan kita tak akan join, minta maaf. Tolak dengan tegas dan penuh berhikmah.
Sama jugak dengan keadaan lain, korang look into their eyes, katakan dengan tegas, yakin dan jujur kenapa korang terpaksa tolak. Yang tadi tu contoh masa belajar, ni pulak contoh masa kerja. Korang akan ade keadaan bila akan diapproach sedara mara untuk jadi penjamin ke, atau tolong buatkan personal loan. Masa ni korang akan rasa serba salah.
Ini tips aku untuk tolak dengan baik kalau korang rasa korang takut untuk ambik risiko atau sebab-sebab lain :
1. Masa diorang hubungi atau datang rumah tu, korang dengar je dulu. Jangan gelabah, jangan rasa serba salah.
2. Susun ayat paling baik dan berhikmah tapi tegas menyatakan korang akan fikir dulu.
3. Kalau korang tau korang nak tolak permintaan diorang, korang kena bagi sebab yang betul2 kukuh. Atau just tolak je sebab peribadi (pikir la sendiri, jangan menipu).
4. Tengok mata, pegang tangan (kalau sama jantina). Cakap dengan lembut bahawa korang memang x dpt bantu, minta maaf.
Ingatlah, apa pun keadaan sebenarnya kita yang mengawal daripada berlakunya perkara tu. Ingat juga bila kita dah tolak atau elak sesuatu keadaan tu, orang-orang yang approach kita ni akan jauhkan diri daripada kita atau mungkin membenci kita. Sabar je lah dan move on. Lama-lama diorang ok lah nanti.
Itu sajalah tips daripada aku. Mudah2an dapat korang kekuatan untuk katakan “TIDAK” pada perkara-perkara yang korang tak mau buat/lalui. Semoga bermanfaat ok.
– Aku yang Berani
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit