4 Langkah Untuk Fresh Grad Tambah Income

Tahun lepas saya berjaya simpan 5k dengan gaji kurang dari RM1800. Saya seorang bujang yang bekerja di pejabat, menyewa di rumah sewa, bayar bil api air elektrik telefon sendiri dan hanya ada sebuah motosikal.

Ini adalah 4 langkah mudah, bagaimana saya boleh menyimpan sehingga RM5000 dengan gaji yang kecil. Sedia? Mula!

1. Catat Perbelanjaan : Apabila kita tahu jumlah sebenar yang kita belanja dalam sebulan, lebih mudah untuk kita rancang dan kawal perbelanjaan kita di masa hadapan

2. Simpanan bulanan : Minimum 5% dari gaji bersih. Contoh gaji 1.2k, bersih 1k. 5% dari 1k =RM50/bulan. 10 bulan dah ada RM500. Banyak benda boleh settle dengan RM500.

3. Hilang semangat : Bukan sahaja hilang semangat, tapi self confidence pun jatuh. Rasa dihenyak, dipijak-pijak dengan reality dunia sebenar.

Kau mula kerja lebih masa, walaupun tak dapat bersosial dengan kawan2. Balik kerja singgah makan di gerai Burger RM2 sebab nak jimat duit. Sampai rumah, tidur kepenatan dan bangun awal untuk kerja. Esoknya kau ulang rutin yang sama lagi dan lagi dan lagi.

Hujung minggu mak kau call bagi tahu anak jiran dah beli kereta baru & hujung tahun ni dia nak kahwin. Kau teruskan kerja lebih masa di pejabat.

Mula baca buku. Belajar tentang Personal Finance. Mula simpan duit, lebih dari bulan lepas. Dan lupakan berita yang mak kau bagi tahu minggu lepas.

Satu hari lepas kerja, kau jalan ke parking untuk naik motor 100cc kau. Kau cucuh rokok dan termenung memandang bangunan KLCC. Kau terfikir, aku ada ijazah tapi kenapa aku hidup begini?

Aku belajar tinggi2 tapi kenapa aku hidup susah? Kau pijak puntung rokok tu, pakai jaket dan terus ke gerai burger RM2. Balik rumah sewa kau tidur awal. Kau bangun awal. Kau kerja lebih masa. Ulang. Beli buku baru. Hujung tahun kau target nak simpan RM2k.

Waktu lunch kau terserempak dengan kawan lama kau. Dia kata dia baru saja dapat bonus 5 angka. Kau ucap tahniah tapi dalam hati kau rasa marah dengan diri sendiri. Malam ni kau cuma fikir nak habiskan saja buku yang baru dibeli tu.

Kerja lebih masa. Bulan ni kau dapat simpan 10% dari gaji sebab dah kurangkan merokok. Kau mula belajar melabur. Doa harap2 tak rugi.

Fikir macam mana nak capai RM2k dalam simpanan. Cari kekuatan untuk teruskan hidup.

Satu malam, kau ternampak post FB dan Instagram kawan kau. Kau rasa lemah, lebih lemah dari apa yang kau sangka. Kau delete media social dan lupakan apa yang kau tengok.

Kawan kau dah capai apa yang kau idamkan dalam hidup. Dia nampak seperti orang yang dah figure out life sedangkan kau tengah dengar lagu Awie sambil baca buku.

Kau tengok life kau hanya jadi 4 perkara:

1) kerja sampai lebih masa,

2) burger RM2,

3) baca buku,

4) tidur.

Waktu lunch kau terserempak dengan dia lagi, kali ni dia pakai jam baru pulak. Malam tu kau dapat tahu yang lagu Fikirkan Boleh adalah lagu yang paling sesuai untuk teman kau baca buku.

Kau mula berkawan dengan owner dan pelanggan gerai burger RM2. Rabu malam kau akan ternampak Adam. Jumaat malam kau akan ternampak Kenny.

Dulu kau pernah beranggapan orang makan gerai tepi jalan takde taste, tapi sekarang baru kau faham yang masing2 ada struggle masing2.

Kerja lebih masa. Burger RM2. Baca buku. Tidur. Kau ulang lagi dan lagi. Tingkatkan simpanan. Kurangkan merokok. Pelaburan kau dah mula nampak hasil.

Simpanan kau mula bertambah dan tiba2, kau dah simpan RM2k. Kau dah capai matlamat kau. Kau pilih matlamat baru dan sekali lagi, kau berjaya capai matlamat tersebut. Kau pergi shopping beli baju baru dan makan McDonald.

Di pejabat, kawan2 sekerja puji “Wah, cantik baju baru awak”. Waktu lunch, kawan lama kau bagi tau dia nak beli rumah. Kau senyum tapi kau rasa penat sangat.

Malam tu kau baca buku. Dengar lagu Fikirkan Boleh. Rupa2nya kau dah baca 150 mukasurat. Lebih banyak dari yang biasa kau baca. It was a good read session. Kau tidur dan kau termimpikan pelaburan kau jadi 100x ganda.

Kau dah berhenti rokok berbulan-bulan yang lalu. Jadi kau mula simpan lebih byk setiap bulan. Tiba2 ada ejen call kau, tanya berminat tak nak buat personal loan?

Kau cuma cakap nanti saya call semula tapi dalam hati kau cuma fikir untuk habiskan buku tu malam ni jugak. Balik rumah, kau buka website dan beli buku baru. Nombor telefon ejen tadi kau delete.

Di gerai burger, ada satu brader yang suka main henfon sambil minum kopi. Bila kau sampai di gerai dia dah ada dan bila kau dah habis makan nak balik rumah, dia masih hadap henfon dia. Satu hari, gerai ramai orang dan tiada meja kosong.

Meja brother tu kosong dan kau minta izin untuk makan dekat meja dia. Nama dia Ahmad. Dan dia buat side income jadi customer service untuk reply customer2 di satu kedai online.

Kau mula berkawan dengan Ahmad. Dia belanja kau Nasi Goreng Pattaya. Kau belanja dia Kopi Vietnam. Kau dah mula makan secara sihat sambil jaga perbelanjaan. Kau dapat tahu Ahmad sebenarnya bekerja di bangunan sebelah pejabat kau.

Satu malam, lepas habis kerja kau nampak Ahmad tengah merokok berdekatan dengan parking motor kau. Kau pergi tegur dia. Dia tunjukkan jari dia ke Menara KLCC dan cakap “Cantik betul Menara KLCC ni waktu malam”.

Kau balas Ahmad, ya memang cantik dan megah tapi masih ada orang yang belum tentu boleh berbelanja di situ. Ahmad cuma cakap “Ya betul, tapi Menara ni bagi aku satu semangat untuk bawa isteri dan anak2 aku makan di situ.

Mungkin sekarang belum mampu lagi tapi aku pasti, satu hari nanti aku pasti bawa diorang ke situ !”. Kau pandang Ahmad dan dia tersengih menghembuskan asap rokoknya. Kau pun turut tersengih.

Satu pagi Ahad, kau duduk di depan computer untuk update perbelanjaan, simpanan dan pelaburan kau. Kau perasan tarikh hari ni.

Ya, dah genap setahun sejak kau mula belajar Personal Finance. Kau mula teringat tentang buku2 yang kau dah baca, pengorbanan untuk kau kerja lebih masa, burger RM2 sebagai makan malam kau.

Kau mula sedar yang bukanlah dengan simpanan yang banyak yang akan buat kau bahagia. Tapi dengan mencari ilmu dan kemahiran baru yang boleh menjadi tambah nilai untuk diri kau.

Dan kau akan dibayar setimpal dengan ilmu dan kemahiran yang kau ada. Sabar. Berusaha dengan sabar dan percaya satu hari nanti hidup kau akan jadi lebih baik dari sekarang. Lagipun, perubahan memerlukan masa.

Dan masa adalah segalanya yang kita ada.

4. Belanja ibu bapa & adik-beradik : Kaf Ba Ro Ka Alif Ta Nun, Keberkatan!

– LMFAO (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *