4 Minggu Yang Cukup Lama

Salam and hai. Aku pun ada pengalaman kena palau dengan lelaki dating apps.

Aku F30s, kerjaya dalam bidang, decent look, BMI normal, aktif bersukan, kelakar kadang-kadang, background family okok je takde masalah, sihat mental dan fizikal, kiranya terpaling normal lah.

Cuma muka bukan kategori model la, just muka awam yang biasa dan sedap di pandang. Ala, korang pernah tak orang tegur, eh macam pernah jumpa la sebelum ni tiberr, macam tu la rupa aku.

And also, at first glance orang ingat aku masih 24-25 tahun. Tapi bila suruh teka, 27-28 tahun. Aku iye kan je la sebab umur dah 30s ni kau couldn’t be bother to tell that you are already in your 30s haha.

Kenapa aku explain briefly pasal aku first, sebab aku nak bagi tahu, senormal apa pun kau, kalau lelaki tu bukan di takdir kan untuk kau, memang takkan jadi.

Lelaki kalau taknak, dia memang takkan beb. Dan lelaki kalau nak, dia memang akan put effort. Aku dah pernah rasa dua benda ni kat lelaki yang sama.

Ya lelaki yang sama ni, X, yang buat pertama kalinya buat aku rasa macam terbang ke langit dan buat aku rasa jatuh ke lubang paling dalam selepas itu. Ceh. (Hidup kena beria). Dalam masa 4 minggu.

Lol, ye 4 minggu sama dengan member yang confess kena ghost lepas 4 minggu tu. Hi dik. Hahaha.

First time aku rasa clicked dengan lelaki yang tua 3 tahun dari aku.

Rupanya background kitaorang almost sama in terms of sekolah dan tempat membesar, bidang almost sama, tertiary level education sama, kerja kat syarikat GLC lain branch, tapi takpernah jumpa, tau-tau jumpa kat dating apps. How unique it was kan?!

Aku rasa special. Pertemuan ni, special. Pastu bila berborak, ngams. On our first week talking, aku dah tak boleh bendung rasa suka kat mamat ni. Aku mintak socmed dia. Dia pun request untuk chat kat situ je.

Mula- mula aku tengok socmed dia, aku macam, alahai mamat ni macam abah-abah punya style posing. Yang jenis diri tegak buat thumbs up. Muka dia pun biasa2 je, kira sesuai la dengan aku kan?!

Kalau boleh judge luaran memang nampak dia lelaki introvert, tapi jenis aktif outdoors jugak. Aduh, lagi aku rasa makin suka kat dia. Dia pun confess yang dia into me, dalam masa less than dua minggu. Pergh, memang aku dah terbang ke langit.

Then less than dua minggu tu dia dia ajak aku join satu event ni. Aku on. Tapi tarikh lama lagi, like lagi sebulan. Aku ok la, bole relek2 tak nak nervous sangat. Sekali less than dua minggu tu jugak, dia ajak jumpa.

Aku dah terbang sampai keluar planet bumi.. tak tahu dah aku kat mana. Sebab dia dengan aku jauh, aku kat selatan, dia kat utara lebih kurang macam tu la.

So bila dia beria ajak jumpa, aku memang rasa dia ni legit and into me. Aku macam aaa apeni bestnya bila ada lelaki yang tunjuk interest and beria macam ni. Haha

Then berjumpa la kami lepas dua minggu talking. All went too well for both of us. Aku rasa roh aku dah memang kat planet lain, punya rasa high semacam, macam ni ke rasa bercinta?

Happy nak mampos. Excited. Rasa hidup penuh kualiti. Semua yang aku buat rasa bermakna. Dia masih tunjuk interest yang sama macam sebelum kitaorang keluar.

So our next meeting lebih kurg lagi 2 minggu. I really looking forward to that. Kitaorang masih sama macam awal-awal talking. Tapi.. masa ni aku memang tak boleh bendung perasaan suka aku kat dia.

Aku rasa aku suka sangat kat dia, catch feeling kaw-kaw, rasa angau, yang aku nampak cuma dia. Tak pernah rasa macam ni. Hebat betul perasaan ni. Tapi takde la aku confess kat dia.

Disebabkan ni, dan aku fikir aku kena jaga hati aku dari terus jatuh suka kat dia, one day tu aku request nak discuss heavy topic dengan dia and dia ok je,

Which was, aku tanya dia, dia nak tak jadi sebahagian dalam hidup aku at least for a certain time frame, di mana aku nak dia involve dalam kebanyakan aktiviti aku contohnya teman pergi wedding, spend more time together etc.

Which means aku pun takkan layan lelaki lain yang nak berkenalan dengan aku, sbb aku nak fokus kenal dia je. Lama dia diam.

Then aku sambung, kalau jawapan dia tak sure, aku take it as a no, means aku consider dia tak berminat,

So we should stop talking sbb takkan aku nak layan dia pada masa yang sama layan lelaki lain yang nak berkenalan dengan aku (kalau ada la hahaha)? Aku tak boleh multitasking macam korang.

Ya umat manusia sekalian, jawapan dia tak sure. Kitaorang habis macam tu je. Hahaha. Next thing I know, dia dah hide semua post kat socmed dia dari aku. No further discussion.

Lama sikit lepas tu, aku bagi dia one last closure text, a short one, to say thanks. Dia seen je…… sedih siot. And aku pun lepas tu block dia kat semua socmed. Aku block sebab aku takut aku contact dia lagi. I don’t trust me lol. Tamat kisah 4 minggu aku dengan dia.

Susah gila aku nak move on. Aku takde bagi text panjang-panjang berjela minta dia explain or whatnot, lepas dia mute and hid aku dari socmed dia. Aku move on in silence. Ye memang baru 4 minggu tapi, in such short time, aku dah jatuh cinta kat dia, ye ke cinta? Ntah la.

Menitik jugak air mata aku considering all good times we had together before. Member aku cakap, aku silap sebab tanya soalan tu padahal baru kenal. Macam tak logik nak tanya.

Sebulan aku mengutuk diri aku sebab kenapa rakus sangat tanya soalan macam tu. Macam desperate, mana lelaki tak lari.

But then aku sedar, I deserve clarity, and aku perlu jaga hati aku. Bukan ke now that I know dia tak sure means in future aku dengan dia mungkin takde harapan juga? So better stop now, at least tu apa yang aku fikir.

Aku sakit nak move on walaupun baru 4 minggu, and lelaki tu pun memang tak cari aku langsung. Aku in delulu sangat sebulan lepas senyap tu sbb mengharapkan lelaki tu tarik balik jawapan dia. Hahahaha turns out, he is not. He never will.

Member aku cakap, lelaki tu macam, the one that got away. Lagi la aku down. Tapi sekarang, aku anggap dia sebagai a bullet I dodged.

Dia memang nampak genuine, baik, legit, tapi bayangkan aku stay dengan dia setahun dua tahun tiga tahun pastu rupanya dia kata I am not the one.

Padahal dia memang dah rasa tak sure dengan aku sejak awal lagi tapi aku yang tak tahu.

At least now that I have asked him, I got the answer kan? Ntah la noks. Aku nak dia, tapi dia tak nak aku, so aku nak buat apa lagi? Block and gerak. Thanks baca :’)

– Ekenasio (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Mintak QR sis, sebab ko memang buat keputusan hidup yang terpaling bijak sekali. Don’t worry janji Allah itu pasti. One fine day you will find someone that 100% suits u. Kudos!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *