4 Stereotaip Masyarakat Terhadap ‘Student Law’

Assalammualaikum wbt.

Sebenarnya saya ni berkira-kira jugak nak tulis entry dalam page ni. Selama ni saya selalu jadik silent reader je, tapi hari ni tergerak pulak nak menyumbang cerita dalam page ni. Saya ni bekas graduan undang-undang UIA, sekarang sambung belajar kat luar pulak. Ape yang saya nak ceritakan ni pasal mentaliti orang yang ada pada student undang-undang. Selama ni saya tak pernah tahu orang pandang budak-budak yang amik law macam ni sebab saya dikelilingi kawan-kawan yang familiar dengan bidang undang-undang ni, sampai la saya pergi sambung belajar kat luar negara yang majoritinya orang yang bukan dalam bidang law. Mungkin jugak sebab law kat semua negara berbeza, sebab tu tak ramai law students kat luar negara, jadinya fikiran orang yang ada di sini kurang terbuka pada orang amik jurusan undang-undang ni. Ok berikut adalah stereotaip orang-orang yang ada pada budak law ni..

1. Orang yang amik law ni banyak bercakap dan extrovert. Memang tak dinafikan kami digalakkan untuk banyak berkomunikasi waktu kelas, buat mock trial, mooting dan sebagainya, tapi tu tak bermaksud kami semua jenis extrovert dan suka bercakap. Bila jumpa orang yang majoritinya buat kos sains kat sini, diorang ade stigma yang sama pada student law. “Mesti pandai bercakap…” Habis semua presentation, jadik mc, host semua ditolak pada budak law sebab diorang kate, “kau budak law, kau la present.. kau la jadik host.. jadik leader semua” Geram la jugak rase kadang-kadang. Bila saya cakap saya bukan jenis suka spotlight dan saya introvert, takde sorang pun percaya. Semua cakap macam diorang tu pakar dalam budak law. Diorang kate “Mane boleh budak law introvert.. Kalau introvert, macam mana nak jadik lawyer?” Sigh.. rase nak nangis dengar soalan diorang macam tu. Amik law bukan semata-mata nak jadik lawyer. Lawyer pun bukan semua masuk court. Kalau yang jenis pergi court pun, bukan semua jenis suka bercakap. Tolong la ubah mentaliti sikit. Saya dah penat bile semua tanggungjawab, jadik leader, jadik presenter semua ditolak pada saya, padahal saya sangat-sangat tak suke ‘being put in the spotlight’. Tapi majorit mereka ingat budak law sukekan perhatian ni.

2. Budak law suka berdebat. Kalau saya tak setuju dengan pendapat orang, salah ke kalau saya utarakan pendapat saya sendiri? Mesti ke saya ikut ape je orang kata walaupun benda tu bercanggah dengan pendapat saya? Setiap kali saya tak setuju dengan orang, mesti orang akan tuduh, “Haish, susah cakap dengan budak law ni, asyik nak menentang orang je!” Dah ape yang die cakap tu bertentangan dengan fakta yang sebenarnya, mesti la saya tak setuju. Bukan saje-saje nak menentang ape yang diorang cakap. Contohnya, diorang cakap, budak law ni mesti banyak cakap dan suke berdebat kan? Saya tak setuju, jadinya saya betulkan la persepsi diorang tu. Sudahnya, saya pulak jadik orang yang jatuh dalam kategori “suka berdebat” hanya disebabkan saya nak betulkan persepsi orang tu. Mungkin sebelum ni, mereka tak pernah berjumpa dengan orang yang menentang secara terus (read: direct) jadinya bile ade orang-orang yang menentang secara terus macam saya, lepas tu amik law pulak tu, maka tinggallah stigma macam tu. Sampai setiap kali saya utarakan pendapat, semua orang akan balas, “tak payah lawan la dengan die tu, die budak law..”

3. Berlagak dan sombong. Selalu dengar stigma macam ni. Percayalah, orang yang amik law ni same je macam orang lain. Tak dinafikan, kami selalu diajar untuk jadi confident untuk menyediakan kami semua ke alam pekerjaan yang lebih menakutkan tu. Takkanlah sebab orang appear confident je dah layak digelar berlagak dan sombong. Ramai kawan-kawan saya yang selalu appear confident dan intimidating, diorang sangat friendly and humble sebenarnya. (Ni memang litigation lawyer in-the-making la sebab selalunya kalau nak masuk mahkamah memang kena ade ‘game face’ walaupun dalam hati memang nervous sangat-sangat.) Masa saya mula-mula sampai kat sini, komuniti melayu kat sini kebanyakannya cop saya sebagai “berlagak”, padahal mereka tak kenal pun saya. Mungkin sebab saya selalu berkomunikasi menggunakan bahasa inggeris, jadi saya dianggap sebagai berlagak dan ingin menunjuk-nunjuk padahal tak langsung! Saya dah terbiasa gunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan sejak dari Malaysia lagi, jadinya saya ingat, bolehlah saya teruskan rentak yang sama di negara ni, tapi rupanya tidak. Saya dianggap berlagak pulak hanya kerana saya bercakap menggunakan bahasa inggeris yang betul.

4. Jadik lawyer sebelah kaki di neraka. This one paling takleh tahan sekali. Ade seorang kawan datang dan bagitau, “Kalau ade anak, die takkan bagi amik law sebab ibarat sebelah kaki kat neraka nanti.. taknak la bagi die defend orang jahat!” Errr… seriously? Tak sangka orang yang belajar kat luar negara pun ade mentaliti macam ni. Kalau buat maksiat selalu, memang ye lah tempah tiket ke situ, tapi kalau setakat belajar ilmu undang-undang ni, takkan la berdosa? Lagipun bile buat law, tak semestinya mesti kena jadik lawyer je.. ade banyak sangat bidang kerjaya yang luas untuk graduan undang-undang ni. Kalau jadik lawyer pun, setiap lawyer ade pilihan untuk terima atau tak sesuatu kes tu. Kalau die terima pun kes orang buat salah, mungkin lawyer bukan pertahankan si pelaku tu tak salah, tapi die jadik jurucakap supaya mahkamah kurangkan hukuman untuk dijatuhkan pada si pelaku tu. Banyak sebenarnya kerja lawyer ni, bukan semata-mata untuk defend orang jahat je. Kesian pada kawan-kawan saya yang jadik lawyer tu bila orang cakap sebelah kaki mereka kat neraka. Mane datang ntah kenyataaan palsu ni pun saya tak tau. Macam saya sendiri, amik undand-undang sebab saya minat nak buat kajian dalam bidang ni. Bidang undang-undang ni, sangat luas sebenarnya, bukan sekadar nak defend orang kat mahkamah je. Bila dah sambung belajar ni, boleh tengok betapa luasnya bidang ni dan baru sedar apa yang saya belajar waktu undergrad dulu tak sampai 20 peratus pun dari ilmu undang-undang yang ada.

Erm.. takat tu je kot yang saya boleh fikirkan pasal stereotaip yang orang bagi pada saya. Sebenarnya, saya rimas bila orang yang baru kenal saya terus cop saya extrovert dan tolak-tolak saya untuk jadik leader, MC, jadik presenter semua. Bila saya bagitau saya tak suke benda tu semua, diorang akan kata saya tipu dan saya tak berkelakuan macam budak law lain. (Padahal diorang bukan jumpa ramai budak law pun!) Saya tak pernah tau orang yang amik law ni kena ade satu jenis perangai i.e. pandai bercakap. Ubahlah mentaliti anda. Tak semua orang amik law untuk jadik lawyer, tak semua orang amik law suke bercakap. Kami semua macam anda jugak. Ade yang memang suke bercakap, tapi ade juga yang jenis senyap. Akhir kata, untuk orang-orang yang selalu stereotaip saya, berhenti lah paksa saya untuk jadik jurucakap anda hanya kerana saya amik law! Penat dah wei! Lagi-lagi bile orang yang introvert macam saya ni kena paksa bercakap hanya kerana saya amik law..

– L

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit