Nama ku Ally dan bukanlah nama sebenar. Sesak dada selepas membaca confession sebelum ni tidak mendapat nafkah batin selama 4 tahun. Hanya yang mengalaminya saja faham perasaan terseksa batin dan perasaan tersebut.
Sebelum aku bercerita lebih lanjut, ingin aku mengenalkan serba sedikit tentang diriku. Aku merupakan seorang isteri dan dua anak comel serta telah 7 tahun perkahwinan.
Hidup serba serbi sederhana dan aku merupakan seorang suri rumah. Anak pertama lahir setelah usia perkahwinan setahun dan yang anak kedua pada usia perkahwinan 4 tahun. Beza anak pertama dan kedua hanya 3 tahun.
Seperti yang aku ingin luahkan berdasarkan tajuk tersebut, aku sudah terseksa zahir dan batin kerana suamiku yang aku pasti dia seorang yang mati pucuk.
Pada awal perkahwinan, malam pertama alatnya tidak bangun (maaf jika bahasa kasar). Namun dia beralasan kerana bilik sangat panas dan aku percaya kerana bilik aku sangat panas, maka jadinya seperti itu. Memang saya agak kecewa.
Pada malam seterusnya pun tetap sama sehinggalah apabila pulang ke rumah sewa, suami amat sukar untuk memecahkan dara saya.
Sakitnya hanya Allah saja yang tahu, aku cuma kata sabar dengan dia padahal aku sakit hati dan sakit dikawasan situ.
Selama sebulan asyik macam tu dan ya sebulan juga baru pecah dara saya selepas percubaan demi percubaan. Selama sebulan sakitnya aku rasa dengan sakit hati tapi tidak ku tunjukkan riak marah kerana nak menjaga hatinya.
Setiap hari aku rasa macam diri tak berguna kerana aku tahu dengan keadaan ni memang sukar untuk mendapatkan anak.
Tapi rezeki dari Allah, tiga bulan selepas nikah aku mengandung dan bermulalah episod nafkah batin tak tertunai dan dapat aku kira pada tahun pertama cuma 5-7x saja ditunaikan hak tersebut.
Aku masa tu tidaklah kisah kerana penat mengandung. Selalu terbaca suami makan luar bila isteri mengandung sebab tidak tahan isteri bila mengandung tidak mahu disentuh.
Lagi mengejutkan, suamiku amat tahan hatinya tidak meminta dengan ku selama berbulan-bulan tempoh aku mengandung. Akibatnya, aku sukar untuk melahirkan anak dan perempuan pasti tahu kenapa aku kata begitu.
Selepas anak pertama lahir, lagi menjadi-jadi. Anak kedua pula, aku tidak menyesal jarak umur dekat dengan anak pertama. Itu pun dengan paksaan dan tempoh tidak kurang dari seminit.
Dari sini aku dah nampak suamiku ada kepada pra mati pucuk. Selepas mengandung anak kedua, nafkah batin hanya 3x dalam tahun tersebut…
Maaf aku tidak dapat meneruskan lagi kerana berasa sedih. Dia langsung tiada inisiatif berjumpa doktor dan berurut kerana aku tidak pernah sekali mengungkit hal ni dengan dia.
Tapi sayangnya dia remehkan bila aku berdiam diri. Disebabkan inilah aku menjadi seorang pemarah dan aku pernah menuntut cerai dengannya tapi dia tidak mahu.
Aku pernah menceritakan hal ni kepada ibu dan mertua ku tapi hanya disuruh bersabar dan ingat dengan anak-anak.
Selama tempoh 7 tahun, entah berapa banyak kali aku ingin terjun bangunan tapi mereka langsung tak peduli apa yang aku rasa. Aku sangat tertekan.
Kalau dia tidak dapat tunaikan nafkah batin, sekurang-kurangnya perlulah pandai bermesra dengan isteri tapi tidak, macam kayu.
Pujuk isteri tak pandai, puji isteri tak pandai, pegang isteri tak pandai dan memang kayu. Aku boleh tahan dengan kemiskinan tapi bila jadi macam ni, aku pun tak tahu sebenarnya yang dipertahankan.
Aku menyuruh dia ceraikan tanpa aku tuntut fasakh kerana tidak ingin memalukan dia apabila aku mengemukakan sebab menuntut fasakh.
Aku beri peluang terakhir kerana kasihan dengan anak-anak serta tambahan pula aku suri rumah tiada pendapatan.
Dia pun berjanji akan berubah dan berubat tapi begitulah janji manis seorang lelaki. Sejak dari peristiwa aku menuntut cerai sehingga sekarang, tiada langsung inisiatif ingin berjumpa doktor. Katanya nantilah kalau ada masa.
Aku naik geram dan menjawab mungkin sampai monopouse pun belum kau akan pergi. Pada tahun ini, nafkah batin ku hanya 5x dan itu pun tiada kepuasan kerana dia tidak langsung dapat melakukannya. Alatnya langsung tiada reaksi.
Apabila membaca komen dari confession tu, bertambah sedih dan derita. Kenapa hak kami sebagai isteri diremehkan. Apabila menuntut cerai, ada yang kata berdosa dan masuk neraka kerana menuntut cerai.
Tahukah kamu bahawa Allah membenar dan mengizinkan kami kaum isteri boleh menuntut fasakh jika suami mati pucuk?
Siapa kamu untuk menghalang dan membuat kami ragu-ragu, sedangkan Allah telah mengizinkan dan tidaklah berdosa.
Aku rasa ramai para isteri yang mengalami benda yang sama tetapi berdiam diri, namun hati terseksa.. Nak kuat dan bersabar pun macam tak bertempat… Oh, hatiku….
– Ally (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit