Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Saya seorang FRONTLINER yang merawat kes-kes COVID. Nasib tidak baik, saya positif kontek dengan rakan sekerja. Di kuarantin selama dua minggu.
Sedia maklum, rawatan COVID ini hanyalah bersifat simtomatik sahaja, sebagai contoh bila demam, kita bagi ubat demam dan bila batuk kita bagi ubat batuk dan seterusnya.
Serba sedikit berkaitan COVID berdasarkan pemerhatian saya, apabila ia masuk melalui saluran pernafasan, tindak balas imun system manusia akan mengekang kebanyakan virus di saluran rongga atas iaitu bahagian hidung, rongga mulut dan kerongkong.
Dari situ virus COVID akan membiak dengan banyak sebelum ia turun menyerang paru-paru. Senario ini untuk kebanyakan kes.
Masalah utama, semasa inkubasi, iaitu apabila virus ini membiak dengan banyak, pesakit tidak ada sebarang simtom.
Jadi kebiasaannya, apabila kita mengalami gejala utamanya iaitu demam dan batuk kering, sebahagiannya hilang deria bau dan rasa, virus ini telah banyak dan sudahpun merebak ke kawasan lain terutamanya di paru-paru.
Saya sedikit hairan, kerana ada satu kajian terpencil dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan beberapa kajian dari luar negara ada mengesyorkan penggunaan ubat kumur berdasarkan iodin tidak dimanfaatkan oleh kita semua.
Jadi ini tips dari saya ketika saya positif COVID dan Alhamdulillah saya tiada sebarang gejala COVID.
TIPS :
1. BERKUMUR DENGAN BETADIN (UBAT KUMUR IODIN 1%)
Mengambil saranan seperti kajian UKM (link saya kajian saya sertakan)
https://www.medrxiv.org/
Saiz kajian mereka kecil, tapi bagi saya tidak salah kita mencuba walau sekecil mana kajian tersebut selagi ia tidak memberi risiko. Sedangkan apabila kita positif COVID, yang dilakukan hanya kuarantin dan menunggu simtom-simtom yang timbul, baru kita rawat.
Dalam kajian tersebut, secara konklusi mereka telah memberi ubat kumur berunsur iodin (di farmasi setakat ini jenama betadin 1% konsentrasi) sebanyak 3 kali sehari, dan dikumur selama 30 saat. Hasilnya, kesemua 5 orang tersebut negative COVID selepas hari kelapan.
Saya mencuba dari hari pertama dan sehingga ke hari saya dibebaskan ke hari ini, sudah lebih 14 hari. Tiada gejala COVID yang berlaku kepada saya.
Banyak lagi kajian-kajian berdasarkan ubat kumur iodin untuk melawan COVID, hanya perlu google. Jangan risau google itu percuma, Cuma perlu bayar kredit internet sahaja.
2. CARA BERKUMUR, SAYA SERTAKAN LINK DEMOSTRASI OLEH PAKAR ENT
https://www.youtube.com/watch?
Iya betul, ‘’desperate people takes desperate measure’’. Saya turut memasukan ubat tersebut kedalam hidung sekali sehari. Sebab kalau tiga kali sehari, sakitnya sampai ketelinga.
Setiap kali berkumur, saya pastikan ia betul-betul mencuci bahagian kerongkong saya dengan cara mendongak ke langit. Lihat dan tonton video, susah untuk diterangkan. Ini pun tulis panjang-panjang, orang Malaysia mana nak baca. Selalu suruh lukis.
3. PENJARAKAN SOSIAL, MENCUCI TANGAN DAN PENGGUNAAN TOPENG MUKA ADALAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN. KENAPA KITA TIDAK MEMASUKKAN JUGA BERKUMUR INI SEBAGAI LANGKAH KEEMPAT.
Povidone iodin ialah antiseptic yang kita guna pakai untuk membunuh kebanyakan virus, bacteria dan kulat sebelum memulakan sebarang prosedur-prosedur di hospital. Ia juga ada di dalam bentuk gargle/berkumur.
Walaupun kita berusaha sedaya upaya untuk menjaga jarak sosial, memakai topeng muka dan mencuci tangan, kita tidak akan pernah sedar sekiranya COVID telah masuk dan bertapak di bahagian saluran atas pernafasan kita.
Oleh itu, saya ingin mensarankan penggunaan iodin gargle/ubat kumur. Pagi dan malam sebagai langkah keempat pencegahan dan boleh jadi rawatan kepada kita.
WORTH MENTION :
1. Saya turut menggunakan VITAMIN C suplemen untuk menguatkan imun system saya.
2. Aromaterapi buatan sendiri, beli dekat watsonn, MINYAK KAYU PUTIH. Letak dalam air panas, wap-nya saya hidu. Ini tips orang kampung, memang tiada kajian saintifik.
Tapi bagi saya saluran pernafasan lebih lancar. Kepada team-team pseudoscience, jangan la kecam. Kita asal dari kampung, tinggi mana belajar pun, kalau ade petua yang membantu selagi tak menjahanamkan kesihatan apa salahnya kita cuba.
Like I said, ‘’Desperado people take desperate measures’’
KONKLUSI :
1. Ubat kumur bersandarkan iodin pada pendapat saya sebagai manusia yang pernah terkena COVID-19, berkesan pada saya. Tak salah kita jadikan ia sebagai salah satu cara untuk membendung dan merawat daripada kita tunggu dan lihat apa yang COVID-19 lakukan pada kita.
2. Jaminan keberkesanan, memang tak dapat dipastikan untuk orang lain. Sebab saya tidak kumpul testimoni-testimoni macam produk kilo timbang kati. Tetapi, sekiranya anda mahu kuarantin tunggu dan lihat, tanpa apa-apa ikhtiar, terpulang kepada anda.
Saya cuma berkongsi, semoga ia bermanfaat.
Disclaimer : Saya bukan pekerja farmasi atau pembekal ubat kumur betadin/iodin
Kalau bermanfaat, mohon sebarkan.
Sekian…
#DoAnonymous (tak kaya dipuji, tak miskin dikeji)
– DoAnonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit