Salam perkenalan. Amaran: aku punya bahasa tunggang-langgang. Maklumlah aku dibesarkan dalam era langit terbuka and sekolah aku dulu pakai modul PPSMI (takde kaitan kan hahaha suka hati aku la). Ok lah. Moh le kita mula ye.
Zaman sekarang memang zaman bergolak sampaikan institusi rumahtangga pun terjebak sama. Buktinya, kat iiumc ni pun dah bersepah dengan cerita kawin tak bahagia ni. Duhh semak. Jadi harini aku share sikit bende yang mungkin dapat kurangkan pergolakan2 tersebut.
Korang tau tak sebenarnya, cinta ada 5 bahasa? Ada lima bahasa yang kita gunakan untuk luahkan rasa cinta, dan setiap orang ada bahasa yang dan setiap manusia biasanya ada 3 bahasa cinta yang dominan dalam diri mereka berbeza (Gary Chapman, 1995).
Yang pertama, – word of affirmation.
Orang yang gunakan bahasa ni sangat mudah untuk jatuh cinta dengan sweet talker hahaha sebab mereka akan rasa sangat dihargai dan dicintai bila dipuji. Senang cerita, mereka menzahirkan cinta dengan kata-kata.
Yang kedua, – physical touch.
Orang yang gunakan bahasa ni pulak sangat mudah untuk dicop sebagai cold-hearted hahaha sebab mereka memerlukan lesen yang sah untuk meluahkan rasa cinta. Senag cerita, mereka ni spesis membuktikan cinta melalui perbuatan.
Yang ketiga, – receiving gifts.
Orang yang gunakan bahasa ni pulak sangat mudah untuk disalah erti sebagai materialistik kah kah sebab mereka ni akan rasa disayangi bila orang bagi hadiah. Senang cerita, mereka spesis menzahirkan rasa melalui benda fizikal.
Yang keempat, – act of service.
Orang yang menggunakan bahasa ni pulak sangat mudah jatuh cinta dengan gentlemen or ladies hahaha sebab selalu sangat tersalah faham pertolongan ikhlas orang lain. Senang cerita, cinta mereka punyai simpati.
Yang kelima, – quality time.
Orang yang gunakan bahasa ni pulak sangat mudah untuk kene friendzone hahaha sebab mula-mula rasa biasa tapi lama-lama baru dia sedar dia dah jatuh cinta. Senang cerita, mereka jatuh cinta seiring dengan masa.
Maka, sekiranya pasangan anda guna bahasa yang pertama, pergi belajar pickup line haha k takde lah. selalu-selalu la puji dia. Paling koman pun ucap terima kasih. Tu pun die dah rasa dihargai. Paling best, jadi mat romeo sebab biasanya yang pakai bahasa pertama ni, bahasa kedua dia (yang dominan) adalah bahasa yang kedua (physical touch). Sebab, words with acts give more impact. Gittew.
Sekiranya pasangan anda guna bahasa yang kedua, a sweet little kiss on the forehead is your magical spell guys. Seriously. Peluk sikit masa cakap terima kasih. Kalau jalan-jalan pegang la tangan die. Bende senang kut. Tu pun tak boleh nak buat ke lemau betul lah. Quote paling bernas utuk korang jadikan motto hidup ialah start your day with something sweet, and end it with something sweeter acewahh.
Kalau pasangan korang pakai bahasa ketiga, mudah. Kalau korang petik bunga raya tepi jalan balik rumah surprise kan die pun diorang terima dah hahahaha k taklah tipu je. Maksudnye kat sini, tak perlu pun hadiah mahal2. A small chocolate with ribbons will do dah. As long as the gift is sincerely from your heart. Sebab, they just like the feeling of receiving gifts hihi. Korang tau kan perasaan masa dapat hadiah cane. Rasa terharu tu yang diorang suka guys. Rasa dihargai.
Haaa kalau yang keempat ni, korang kene jadi rajin. Tu je. Kbai. Hahaha. Ala bukan susah pun. Korang tolong tutup lampu tandas lepas keluar pun dah kira okay dah. Paling best, tolonglah jangan menyusahkan hidup dia. Hahaha.
Yang pakai bahasa kelima pulak, dia bahaya sikit. Sebab dia melibatkan masa. Masa mampu untuk mengubah segalanya guys. Kalau korang tak spend a good quality time with them, cinta tu akan pudar warnanya. Nak spend time together bukan susah pun. Temankan beli barang dapur, teman tengok tv, teman masa makan.. as simple as that.
Jadi, untuk kemaslahatan sejagat lah kan, sila kaji korang pakai bahasa apa dan pasangan korang pulak bahasa apa. Biasanya yang bergaduh ni kan spesis yang tak faham bahasa. Selalu kan korang dengar dialog dalam drama “Hoi kau tak paham bahasa ke hah?” Haaa nampak tak betapa pentingnya bahasa ni. So, belajar lah dan kuasai bahasa mereka so that rumahtangga korang tu amaann je. Kunci keamanan kan persefahaman. Peace yo!
p/s: kalau nak tau korang pakai bahasa apa, taip je 5 language of love quiz/test dekat enjin carian okay.
I inspire your desire~~.
– Hang Kebun
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit