Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Saya menulis ini hanya untuk menjelaskan sedikit perkongsian bagaimana berkasih sayang.
Betulkah tempat kasih sayang yang kita curahkan? Semoga bermanfaat.
1. Perkataan yang baik.
Pernah tak? Ketika kita rasa minda full storage (stress) tiba-tiba orang yang kita sayang seperti ibu ayah, ahli keluarga kawan-kawan datang,
Dan katakan perkataan simple yang buat kita rasa terus ada harapan. Terus ada kekuatan. Terus ada idea. Terus rasa lapang. Terus rasa excited kembali. Terus rasa macam dari battery low ke battery full automatik.
Setiap “perkataan” ada energi. Jadi pilih perkataan yang baik-baik agar orang disekeliling kita excited untuk meneruskan kehidupan.
Kadang-kadang scroll FB terjumpa ‘perkongsian’ orang tapi kita rasa mesti tuju kat kita ni.
How do you feel when someone say to you, “I Love You”?
Gituuu.
Teruskan follow kebaikan kerana ia menguatkan, silalah remove dan padam negativiti yang melemahkan.
2. Masa yang Berkualiti.
Cari masa dalam kesibukan untuk orang tersayang. Kesibukan bersifat ‘control your life’. Jadilah 2B (baik dan bijak), orang bijak mampu mengawal masanya, orang baik mampu mengawal emosinya.
Kadang kita tak perlu pun banyak bercakap, cukup dengan keberadaan di sisi dirumah sudah memadai ‘Power of Love’.
Buat perkara bersama-sama, seperti bermain, storytime, bedtime, family time, dan lain-lain. Ia penting untuk meningkatkan kasih sayang kita.
Begitulah yang terjadi bila balik kampung. Mereka sebenarnya tak perlukan sangat duit. Mereka nak anak mereka ada masa disisi mereka. Cukup membahagiakan.
Buat kita yang ingin menjadikan “impression” orang terhadap kita menjadi pengalaman terindah.
Ini salah satu yang perlu kita lakukan ‘menyelidiki minat’ orang yang akan kita akan jumpa supaya mereka berasa selesa dengan kehadiran kita.
Menjiwai cara menyayangi orang disekeliling kita. Lihat melihat mereka, doakan keampunan buat mereka, malaikat doakan keampunan buat kita.
3. Sentuhan
Perasan tak? Selepas kita bertemu dengan sesiapa sahaja yang kita sayang kita rapat, atau yang sangat penting dalam hidup kita bila bertemu dan berpisah tu tiba-tiba rasa lain macam semangat bertenaga badan.
Ketahuilah hormon kebahagiaan ketika ini bertambah! Rajin-rajinkanlah mengeratkan silaturahim dengan orang yang baik-baik.
4. Perkhidmatan
Keadaan ini sering kali berlaku tapi kita belum faham. Jika ada orang kata apa yang boleh saya bantu untuk menyelesaikan persoalan kamu? Nak saya buatkan?
Tiba-tiba rasa ‘disayangi’!
Pastikan dengan orang yang tepat. Allah redha, Hidup diberkati dan dipermudahkan.
Perkhidmatan membersihkan juga termasuk kategori menceriakan dan mengharmonikan suasana. Kerana fitrahnya kita insan sukakan keindahan, kebersihan, keceriaan, keselesaan dll.
Pastikan ia berada di tempat dan orang yang betul bila berada diluar rumah.
5. Hadiah.
Pernah tak bagi orang hadiah?
Reaksinya biasa tiada perubahan. Macam tak menghargai?
Mungkin kita telah tersalah penggunaan bahasa kasih sayang! Sila pastikan kita mengunakan bahasa kasih sayang pada masa yang tepat dan orang yang betul.
Balik bawa buah tangan. Surprise hadiah hari lahir. Semua tu bahasa kasih sayang.
Begitulah.
Jadilah Kreatif, kenalpasti dan praktikkan dengan orang sekeliling kita.
Semoga berjaya!
– Atie Rafie (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit