5 Jenis Manusia Yang Perlu Kita Elakkan

Assalamualaikum . Ini cerita aku yang nak aku kongsikan . Bagi aku ini adalah satu pengalaman yang bagi pengajaran untuk aku pilih kawan . Jenis aku ni senang percaya dekat kawan . Aku rasa dia baik , aku percaya dia . Mungkin sebab itu aku diberi ujian tentang kawan .

Aku belajar di sebuah ipta. Bila kau dah sambung belajar , masuk ke dunia ipta kau akan jumpa macam-macam jenis orang dan perangai . Ada yang baik , ada yang talam .

Jadi dekat sini aku nak senaraikan jenis ‘kawan’ yang kita perlu hindari.

1- Jenis ni memang selalu ada , memang kita akan jumpa mungkin dalam tak sedar iaitu jenis talam dua muka . Yang ni bagi aku agak menyakitkan sebab depan kau dia sangat baik , peramah dan sangat mesra . Tapi belakang kita dia kutuk , dia bercerita buruk . Yang aku tak tahan tu bila jumpa macam tak ada ape-ape je. Haha

2- Jenis kedua pulak yang tak boleh tengok orang sekeliling dia berjaya dari dia . Aku pernah jumpa orang macam ni . Dia tak suka kawan dia sendiri berjaya dari dia walaupun kawan rapat . Dia akan senyum puas bila dia tahu kawan dia gagal dalam exam , markah rendah dalam presentation . Bagi aku jenis ni bahaya .

3- Jenis yang suka melaga-lagakan . Oh ini jangan cakap . Bila dia nampak atau tahu kawan A dengan si B ni ada salah faham , dia lah main peranan penting suka melaga-lagakan lagi .

4- Jenis ambil kesempatan . Okay yang ni kalau tengok kau ada kenderaan , kau ada banyak barang-barang yang dia rasa dia boleh guna dia akan guna . Sampai lah buat harta . Dapat pulak bila kau duduk satu rumah , dia tahu kau ada banyak barang masakkan , makanan ringan , lagi dia suka tanpa segan silu sampai habis makanan kau .

5- Jenis suka tinggal kawan . Bagi aku memilih kawan tak salah . Yang salahnya bila dia jenis pilih kawan yang bagi keuntungan dekat dia . Bila dia rasa orang tu tak ada guna dekat dia , dia akan tinggalkan orang tu dan cuba rapat dengan orang lain .

5 jenis orang ni aku telah hadap waktu aku belajar dekat ipta . Perkara ni buat aku belajar , dan jadi lebih matang . Aku jugak lebih hati2 pilih kawan .

Mula-mula agak sedih sebab satu-satu tuhan tunjuk perangai sebenar orang sekeliling aku . Tapi at the end aku dapat kawan-kawan yang ikhlas untuk berkawan .

– mrs. nobody

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit