Assalamualaikum. Hi readers. Aku just nak share just sedikit tips for your relationship dan bagaimana mengenali pasangan korang lebih mendalam, since these few days asyik terbaca pasal masalah rumahtangga dan sebagainya. Tak sure boleh digunapakai atau tak sebab aku belum kawin lagi. Haha. Tapi why not kalau nak try. And tu pun kalau admin approve confession ni. Thanks admin.
Ok dari pembacaan aku, setiap orang ni ada love language yang tersendiri. Boleh refer buku ‘5 Love Languages oleh Gary Chapman. Ada 5 jenis Love Language yang utama iaitu:
1. Act of service
Maksudnya seseorang tu lebih hargai dan bahagia bila pasangan dia banyak melakukan sesuatu untuk dia. Contohnya tolong jaga anak, offer buat kerja rumah, sanggup bersusah payah datang dari jauh utk tengok kereta rosak kat highway Guthrie di tgh malam buta dan apa saja perbuatan yang membantu dia, lagi2 bila dia tgh stress atau sibuk. Individu ni akan suka sgt bila pasangan dia cakap “meh saya tolong awak buat ni”. Well, action speaks louder than words, doesn’t it?
2. Words of Affirmation
Kalau yang jenis ni paling suka dengan kata2 pujian, sokongan dan semangat dari pasangan dia. Kiranya kalau pasangan dia banyak tolong buat kerja rumah pun, tapi pendiam dan tak ungkapkan kata2 cinta dan pujian seperti love you miss you, you’re beautiful today sayang, he/she will crave for it dan rasa tak dicintai secukupnya. They need those words as a proof of love from their partners. Kata2 cinta ni akan menaikkan semangat dan perasaan dia pada pasangannya. Tapi individu ni akan terluka terukk dengan kecaman atau gurau kasar dari pasangan contohnya “awak ni bau bawang la” “nampak mcm da gemuk sikit kenapa”. So pandai-pandai la jaga mulut tu.
3. Physical Touch
Individu yang memiliki love language yang ni biasanya sgt clingy dan suka sangat disentuh/berkepit. This does not mean in sexual manners sahaja. Maksudnya individu ni suka kalau pasangan dia pegang tangan dia kat public, duduk bersandar himpit2 masa tgk movie, suka kalau diberi ciuman selalu (aish maluu pulak kita hahah), peluk dia dari belakang secara tiba2 masa tgh buat kerja kat dapur, sentuh pipi, belai rambut, peluk masa tidur and anything related to touching. Tak bermaksud gila s*x yea. They just happy touching with their partners.
4. Receiving Gift
Ada individu yang rasa dicintai dan bahagiaaaa sangat bila pasangan dia bagi hadiah untuk menunjukkan rasa cinta and as a token of appreciation. Tak semestinya bermaksud individu ni materialistic, tapi maybe lebih kepada nak nampak benda tu ada depan mata instead of kata2 pujian atau pertolongan. Haha. Aku rasa la. By the way, kalau ni bukan Love language korang pun, saling bertukar hadiah atau surprise sekali sekala apa salahnya. Untuk merapatkan lagi hubungan dan rasa dihargai oleh pasangan masing2 jugak. Betul tak?
5. Quality Time
Individu yang memiliki Love Language yang ni lebih mengutamakan masa berdua dengan pasangan mereka. Spend time together without phone, tv off, kerja rumah semua da selesai dan tanpa gangguan sesiapa pun. Bagi mereka, inilah kebahagiaan sebenar. So, kalau tiba-tiba cancel dating, ada gangguan dari family atau kerja, atau pasangan dia buat tak endah kat dia masa tgh meluahkan perasaan tu, dia akan kecewa sangat. Rasa tak dihargai, rasa tak dicintai sepenuh hati oleh pasangan. Camtu la.
Macam mana? Dah faham sikit2? Bila dah siap baca ni, aku rasa sedikit sebanyak kita ada masalah dengan pasangan kita sebab masing2 does not speak each other’s language. For examples your Love Language is ‘Words of affirmation’, while your partner speaks ‘Act of service’, susah la. Kau selalu bagi dia kata2 pujian dan semangat (biasa kita akan buat apa yang kita perlukan dari pasangan) sedangkan what they really need is your offer to help/service, vise versa. Another examples, imagine your Love Language is ‘Receiving Gift’, while your partner speaks ‘Physical Touch’, what would happen if both of you doesn’t understand each other.
However, tak bermaksud semua ni unrelated yea. Semua Love Language ni berkait antara satu sama lain. Mentang2 la tahu pasangan suka kena puji, asyik puuuujiii je memanjang, tak tolong langsung buat kerja. Haha. Agak2 laa. Maksudnya kat sini, ada salah satu Language ni speaks louder than the others. Ada jugak individu yang mempunyai dua Love Language contoh dia suka kena puji dan terima hadiah. Haaa gituu.
Korang boleh try jawap quiz 5 Love Language, google je. Jawab je soalan dia dengan jujur untuk kenal diri korang ni type mana. Ajak laa pasangan jawap sekali so that boleh kenal each other. Then boleh buat apa yang patut. Seronok jugak kalau korang share dekat komen korang punya Love Language yang mana. Macam aku no 1 Act of service, no 2 Words of affirmation, No 3 Physical Touch, pastu Quality Time dgn Receiving Gift tu dapat point yang sama. Ikut susunan mcm kat atas tu. hehe
Ok lah. Aku rasa setakat ni je la perkongsian yang tak seberapa ni. Maafkan jika ada salah silap. Last sekali aku nak minta readers semua doakan aku dipermudahkan urusan perkahwinan bulan 8 nanti, inshaaAllah. Doakan kami diberikan kesabaran dan kekuatan untuk mengharungi cabaran rumahtangga nanti serta dikurniakan zuriat soleh solehah yang membawa kami ke syurga. Ameen. Bye!
– Bell
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit