Salam sejahtera dan maaf mulanya. Aku cuma nak cerita beberapa perihal pasal pekerjaan supaya kauorang boleh elak masalah untuk masa depan. Isi tak banyak, tapi harap kauorang dapat ambil perhatian.
1. Fahami kontrak sebelum sain.
Ini PALING penting. Ramai aku tanya ‘kau faham tak apa kau sain ni?’, majoriti akan cakap ‘faham la kut’. Tak kisahla apa2 kontrak pastikan kauorang faham apa yang kauorang sain. Sebab apa, sebarang isi dalam kontrak tu boleh digunakan keatas kau pada bila2 masa kau dalam perjanjian. Cari dalam kontrak itu apa2 ayat yang diaorang boleh ambil kesempatan contohnya “Isi dalam kontrak ini boleh ditukar pada bila2 masa tanpa makluman pemegang kontrak” atau yang sewaktu dengannya. Terutamanya kontrak kerja, faham betul2 apa akan berlaku kalau kau buat itu ni berdasarkan kontrak. Dan tanya kalau kontrak ini masih boleh digunapakai seandainya ada apa2 pemindaan yang kau x sain semasa kau bekerja. Bila kau nak berhenti, refer balik instruction dalam kontrak dan refer HR supaya tak ada apa2 masalah timbul lepas kau berhenti.
2. Bukti
Bukan nak paranoid, tapi rekod semua yang kau buat, contohnya bila kau ambil cuti, surat2 yang kau dapat, mc ke apa semua. Kawan aku pernah nyaris kena naya sebab dia submit surat klinik ke ofis, kemudian ofis terhilang surat tu. Nasib baik doktor simpan carbon copy. Kawan aku nyaris kena tuduh ponteng sebab ada2 orang yang dengki nak naya. Kalau kau resign 2 bulan notis, pastikan ada orang acknowledge yg kau dah hantar surat berhenti, dan simpan copy. Dapatkan saksi sekali. Nanti takdala bos kau tiba2 “eh awak ada hantar ke surat berhenti? saya tak terima pun” masa lagi seminggu kau nak berhenti.
3. Fahami hak anda
Kalau kita tak faham hak kita, memang kita kena buli. Bagi mereka yang bergaji bawah 2k, kauorang tergolong dalam akta Labor Law dan apa2 kauorang boleh laporkan kat sana. Yang lebih dari tu dalam Industrial law. Contoh kalau company kau kata cuti bersalin cuma 20 hari, sedangkan ikut undang2 kau layak lebih dari tu. Jangan segan silu buat laporan atau aduan.
4. Sentiasa berwaspada
Bukan paranoid lagi, tapi kauorang tak tau kawan yg kerja lama2 pun boleh tikam belakang. Pastikan kauorang sentiasa berjaga2 dalam tingkah laku supaya org x mudah tuduh kauorang apa2. Dapatkan saksi. Lagi2 kalau dapat kolik yang suka tuding jari kat kauorang. Pastikan apa yang kau cakap tu ada back up, supaya orang x dapat jatuhkan kau dgn senang.
5. Berkira
Apa yang berkaitan, kauorang kena belajar. Mcm mana kira OT? Mcm mana kira tolak itu ini? Rajin2 semak. Bab OT kadang2 company mmg suka seleweng, dia kira cara lain padahal patut lain. Kau OT hari apa bole dapat lebih tak? Belajar claim. Kau tengok diaorang kira pakai formula sama tak macam kauorang kira. Kau baik sangat nanti company mmg suka la duit derma kau. Kita kerja kuat, kita ada hak ambik duit kita.
Fasal aku nak bercerita bab ni sebab aku dan ramai kawan dah pernah kena dah. Kamiorang kerja macam2 company macam2 hal. Ada yang sekat gaji sebab ambil banyak cuti dalam sebulan, ada yang x bayar OT dengan alasan production x sampai target, ada yang sudah berhenti lagi minta bayar, ada yang kena berhenti tanpa pampasan.
Mula2 memang kamiorang bodoh sebab x sekolah pandai, yang penting mahu kerja sebab nak duit susah. Tapi lama2 kami lagi diperbodohkan oleh orang2 di atas. Apa hak2 kamiorang tak ada bagitau. Suka suka potong gaji sana sini. Sikit2 aku belajar semua, kemudian aku gaduh balik dengan bos apa aku tak puas hati. Memang bos jadi benci aku tapi aku puas sebab aku dapat hak aku.
Hingga kawan aku pernah sakit semasa kerja, company x mahu terima cuti sakit kerana nampak dia masih boleh jalan. Boleh gitu??? Kemudian dipotong gaji dengan alasan tiada MC, padahal sudah ada tapi tidak mahu terima. Sedangkan kawan aku demam kerana kerja lebih masa terlalu kerap sehingga overwork.
Ingatlah sebelum kaorang sain pena. Terima kasih
– frede anak bingut
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit