5 Pilihan Bagi Graduan Biologi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada admin jika confession in dapat disiarkan untuk manfaat bersama. Di musim graduasi ini, saya terdetik untuk turut berkongsi berkenaan graduan, peluang pekerjaan dan universiti. Antara graduan yang paling terlepas pandang adalah graduan bidang biologi, bioteknologi dan yang sewaktu dengannya.

Kami graduan ini sebenarnya amat minat terhadap cabang sains hayat, tapi ekonomi, peluang pekeraan dan setting malaysia yang tidak memberangsangkan menekan kami untuk terpaksa berubah arah dan melupakan impian usang untuk meneruskan dalam bidang ini.

Maka saya di sini menulis beberapa cadangan untuk mereka yang terbit dari bidang ini untuk terjun ke bidang lain tetapi masih boleh mempraktikkan ilmu kalian.

1. Pelancongan berasaskan alam (Nature tourism)

Ramai yang terlepas pandang bahawa bidang pelancongan menjanjikan pendapatan lumayan dan dalam masa yang sama boleh travel, secara percuma. Tapi banyak yang terjun ke bidang ini lahir dari bidang sains sosial. Kita (graduan bio) ada ilmu yang berstruktur tentang alam mikrob, tumbuhan, haiwan, dan ekosistem. Bahkan kita tau teknologi yang digunapakai untuk pembuatan virus, vaksin, primer dan sebagainya. Maka kalau kita start terjun ke bidang ini kita ada satu leverage untuk terkehadapan. Cuma kemahiran komunikasi sangat penting.

Skil yang penting: Komunikasi, bahasa inggeris dan bahasa ketiga, programme management.

2. Pertanian

Pertanian ini selalu dipandang sepi oleh golongan kita. Bukannya tak tau teknik cell culture yang buat kat lab tu, bahkan dah banyak kali repeat experiment untuk cloning anak pokok. Boleh je belajar untuk DIY sendiri dan jual anak pokok tersebut. Pertanian tak semestinya kena berpeluh tubuh, duduk tengah ladang, kutip cili. Tapi kita boleh jadi supplier untuk petani sedia ada. try buat baja kompos sendiri, yogurt sendiri, dan banyak lagi.

Skil yang penting: DIY kena hebat, lasak, mempunyai tanah untuk diusahakan (advantage).

3. Pendidikan

Pendidikan adalah tempat yang tak pernah lupus sumber rezeki. Tak semestinya pendidikan formal, bahkan public awareness juga tergolong dalam bidang pendidikan. Boleh sertai NGO yang spread public awareness berkenaan global warming, conservation, pasal vaksin, medical knowledge dan sebagainya.

Kalau pendidkan formal, boleh masuk tuisyen ataupun sekolah. Bahkan kita boleh pergi jauh dengan menceritakan kepada pelajar tentang kemajuan teknologi dalam bidang biologi itu sendiri.

Skil yang penting: Pengajaran & Pembelajaran, designing, content writing.

4. Conservation campaign consultant

Yang ni masih baru,, dan aku tak tau market dia macam mana. Tapi, sejak tengok iklan maxis dan spritzer/cactus tak silap, syarikat besar ini mula mensasarkan conservation sebagai CSR diorang. Marketkan diri anda ataupun mula ceburi bidang-bidang pemuliharaan ini untuk berjaya menerobos masuk syarikat gergasi sebagai consultant depa untuk CSR dan PR. Be an expert dan kena sembang kemas. start portfolio dengan projek-projek berkaitan pemuliharaan.

Skil yang penting: Corporate marketing, Project management, networking luas.

5. Malim gunung

Kalau minat nature dan hiking. This is your place. Aku pernah tanya malim gunung ledang, average income untuk jadi malim gunung sahaja (part time) adalah RM 1000 sebulan. part time beb. Kat sini korang boleh tambah nilai sebagai malim gunung dengan ilmu biologi dan ekosistem. Be very knowledgeable untuk explain peranan pokok tertentu, jenis hutan tertentu, haiwan dan serangga yang ada kat microhabitat dan macrohabitat untuk tambah value korang. As the time goes by, market korang bukan sekadar local dan national, bahkan international.

Skil yang penting: Fit and lasak, survival skills and knowledge, komunikasi, cinta nature.

Itu sahaja yang saya dapat kongsikan, semoga berjaya kepada graduan sekalian. Tahniah atas kejayaan anda. Doakan saya siap sarjana.

– Sarjana Sains kebinatangan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *