5 Sebab Kenapa Anda Mesti Dapat CGPA Tinggi

Assalamualaikum w.b.t readers iiumc. Post ini aku tujukan pada insan bergelar student universiti. Sejak kebelakangan ni aku perasan banyak status, tweet yang macam nak meperlekehkan, memperkecilkan orang yang dapat CGPA tinggi ni. Lebih lebih lagi, nak cakap la CGPA tinggi ni lebih banyak yang menganggur dari yang dapat CGPA rendah. Alhamdullilah, aku graduate dengan CGPA 3.83. Dean list 6 sem berturut-turut. Mesti aku bangga riak kan? Tak langsung, sebab dari mula lagi aku tahu cgpa ni bukanlah penentu segalanya. Memang trend zaman sekarang eh orang kecam orang yang CGPA tinggi, yang further study sampai master phd?

Aku mintak maaf kalau ada yang terasa. Tapi kami yang terasa ni cemana? Ni yang dok bangga sangat tu dengan cgpa rendah dia, biar aku buktikan cgpa tinggi ni ada ok nilai nye.

Biar aku cerita antara sebab sebab aku nak dapat cgpa tinggi.

1. UNTUK PARENTS
Ye, parents aku sebenarnya tak pernah marah pun kalau dapat result teruk. Tapi mak bapak siapa yang tak suka bila tengok anak naik pentas terima anugerah, orang ramai bertepuk gemuruh untuk anak kita. Siapa weh yang tak suka? Aku sedar semua ni masa aku dgn mak aku hadiri konvokesyen abang aku. Abang long aku dapat Anugerah Naib Canselor First Class course mechanical engineering. Betapa gembiranya mak aku bila tengok time abang aku ini, parents lain, lecturer, dekan semua tepuk tangan gemuruh gila. Sampai aku dengar orang sebelah kitorang siap cakap, “anak sape la ni? Pandai nye dia, untung mak bapak dia.”
Haaa gila tak suka orang puji anak kita macam tu. Parents kita ni anggap bila kita dapat result cemerlang, dalam hati mesti rasa anak aku ni mesti belajar bersungguh sungguh kat u. Itulah perspective atau tanggapan parents kita. Apa kau bangga ke dapat result rendah? Tak rasa bersalah ke mak bapak kau korbankan macam-macam kat kau, kau study pun malas. Tapi aku akui, memang ada segelintir yang dah study hard tapi result masih menghampakan. Yang ni aku tak kesah, takpe la ada la tu rezeki kot lain.

2. PINJAMAN PENGAJIAN

Yang self sponsored tu tak payahla masuk geng. Hahahaha gurau. Aku adalah peminjam dengan MARA hampir 60k untuk 3tahun pengajian. Kau pun tau kan sebab apa aku cakap CGPA penting dalam point ni. Aku rasa sama je mana mana pinjaman. Kalau dapat cgpa tinggi, in shaa Allah probability untuk pinjaman kau bertukar kepada biasiswa tinggi. Paling tak pun, pinjaman kau akan dikurangkan. Macam aku, MARA akan bagi diskaun dan aku kena banyak 10-15% je dari jumlah sebenar. Memang beruntung kan? Sebab tu dari first sem lagi aku target untuk maintain kan cgpa aku. Ok, ni lah masa aku nak bidas yang mana bangga sangat dengan cgpa rendah dia tu. Oh hang berlagak sangat kan? Pi la bayar full pinjaman kau tu. Eh ingat aku taktau, muka hang la yang susah dan takde usaha langsung nak bayar balik pinjaman kan?

3. FURTHER STUDY

Hampir 80% or more orang yang dapat cgpa rendah ni memang niat dia tak nak further study dan memang nak kerja. Betul tak aku cakap? Aku bukan cakap kosong, kawan-kawan aku yang kena repeat paper, extend sem, cgpa rendah ni memang tak nak sambung degree, master, phd semua tu. Ya, aku tak nafikan. Dalam prospect kerjaya, cari kerja, CGPA memang tak dipandang TETAPI untuk further study, kalau CGPA doesn’t meet their requirements, in shaa Allah chance nak dapat hampir 0%. So, tolong la jangan nak perlekehkan orang berusaha nak dapat cgpa tinggi.

4. PELUANG KERJA

Kenapa perlu cakap CGPA tinggi ramai yang menganggur dari yang dapat CGPA rendah, Sorry to say, aku rasa kau ni nak sedapkan hati je kan? Semua ni bergantung pada skills dan paling penting REZEKi. Jangan lupa yang itu kalau kau seorang muslim. Ada orang dari segi theory excellent, practical low. Ada juga yang dari segi theory low, practical or skills excellent. Memang ramai majikan yang akan ambik orang yang jenis kedua ni. Tetapi, ada lagi satu jenis orang yang dari segi theory excellent, practical also excellent. Ini adalah bonus point kepada majikan, dapat pekerja yang berpengetahuan dan sekaligus berkemahiran. Jadi, mana kau tau orang yang dapat CGPA tinggi ni practical or skills dia low? Aku ambik contoh abang aku( ckp psl aku kang kena cop riak pulak haha) dari diploma sampai degree dean list. Dapat offer kerja kat germany, shell, petronas masa last sem. Sekarang kerja engineer di shell. Masyukkk… Knowledge or theory A+, skills A+.

5. SELF ACCOMPLISHMENT

Sepatutnya, yang ni point first. Haha. Try sekali kau dapat dean list, kau akan tau apa itu rasa puas hati dengan diri sendiri. Tapi kalau kau dapat deans list dengan bawak toyol masuk exam hall, meniru masa test sebab nak dapat carry mark tinggi tak payahlah. Hahahaha sila terasa. Serius, kau akan rasa bangga dengan diri sendiri. Aku selalu dengar orang cakap aku ni “Kau pandai, takpelah. Tak payah baca pun boleh jawab. Untunglahh”. Satu je aku nak cakap, ABAH KAU!!! Hahahaha, aku kalau aku tak study memang jawabnya tak boleh jawab la weh. Jangan ingat orang DL ni study 24jam. Kau perlu tau beza study hard and study smart.

Aku rasa ni je la antara reasons aku nak dapat CGPA tinggi. Ada lagi sebenarnya, tapi 5 reasons ni yang main point. In a nutshell (lulz penutup essay bi time sekolah), balancekan diri kita biar excellent dari semua segi. Pandai je tak guna, kalau skills, communication out. Jangan kita perlekehkan usaha, kejayaan orang lain untuk menutup kelemahan yang kita sendiri enggan perbaiki. Itu saje, wassalam

– Sakinah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit