Assalamualaikum, first of all thanks sudi share kiriman sy ni. Yang baik jadikan teladan. Disebabkan kita semua bakal hadapi exam dan maklumlah sekarang musim exam la, kuiz la, test la..so, sy nak share beberapa tips utk hadapi kuiz,test, atau exam.
Solat 5 waktu, baca Quran, atau solat sunat, majoriti tahu.. Tapi, saya nak share beberapa tips yang lain..Yang saya amalkan selama sepanjang enam semester Diploma..Alhamdulillah, memang menjadi dan berkesan..
First of all, minta maaf daripada parents kita. Majoriti hanya minta maaf bila nak exam atau peperiksaan besar sahaja, tapi cubalah minta maaf even esok kita nak hadapi kuiz yang kecil.. Jangan malu walaupun kita fikir silap kita tak banyak.Minta mereka doakan kita dalam kuiz,test atau exam yang bakal kita ambil..Tak lupa juga, kena minta maaf kat kawan2.
Second, hormat pensyarah. Kalau kita tak puas hati dengan cara pensyarah ajar kita, eloklah diam sahaja daripada kita menjaja mulut mengata pensyarah kita kepada rakan-rakan yang lain. Takut tak berkat jadinya nanti..untuk apa yang kita pelajari. Paling utama, datang kelas awal. Be punctual. Biar kita tunggu pensyarah, bukan pensyarah tunggu kita.
Third, hormat orang sekeliling. Apa kaitan ea? Ada kaitan. Kalau kita baik dengan orang sekeliling kita, terutama rakan2, in shaa Allah, mereka boleh mendoakan kesejahteraan kita. Jangan iri hati dengan rakan-rakan yang lain, atau jangan berdendam dengan mereka. Jika ditegur, berlapang dadalah kita..Jangan talam dua muka.. Kalau jumpa mak cik cleaner atau pak cik kebun (sorry, tak tahu istilah spesifik),ringan-ringankan mulut untuk memberi salam. Lagi baik, bergaul dengan rasa hormat dengan mereka. Tak terbatas untuk kelompok ni saja, kita harus hormat seluruh warga universiti (if further studies in uni), sekolah atau mana-mana la.
Fourth, jauhi plagiarisme. Apa tu? Plagiat ni macam kita copy khususnya bila buat assignment. Janganlah kita main tiru assignment kawan2, consider la yang dorang dah susah payah tuk buat by their own. Yang penting, kira usaha sendiri utk buat. Kan senang hati bila tengok markah yang kita dpt ats usaha sendiri.
Fifth, jangan meniru. Tak kisahlah tiru kawan ke, apa ke.. Bila hadapi exam,kuiz atau test, jangan meniru. Jujur dengan diri sendiri. Baru berkat. Sebab kita nampak benda ni kecil, tapi once dah kerja nanti, sumber yang kita dapat tu nak beri pada parents atau others. So, biarlah berkat hasil usaha kita.
Banyak lagi nak share, tapi ini yang termampu..selamat mengamalkannya.. Istiqamah yang penting. Moga Allah redha.
-tanaman syurga-
– Tanaman syurga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit