5 Tips Bekerja

Salam admin kerana luluskan artikel ni. Tujuan hanya nak kongsi cara bekerja yang saya gunakan. Kalau ada manfaat ambiklah.
Intro
Saya pernah bekerja dalam banyak bidang, antaranya pendidik, industri, penyelidikan, servis dan perniagaan. Selain melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi, saya juga mempunyai dan menguruskan syarikat sendiri. Saya juga membantu menguruskan perniagaan=perniagaan keluarga. Selain itu, saya juga bekerja part-time untuk menambah pendapatan. Dan semuanya dalam masa yang sama. Banyak kan? Semuanya perlu berinteraksi dengan orang-orang yang berlainan dan stress yang berlainan. Macam-macam jenis manusia saya pernah jumpa.
P/s: keluarga saya bukan berada macam dalam drama melayu. So sebab tu saya kena membantu mengurus dan melaksanakan perniagaan-perniagaan keluarga.
Tips 1: Masa
Bagaimana membahagikan masa? Kalau kita perasan, masa sekarang rasanya sangat pantas. Sekejap je dah sebulan, setahun. Saya rasa masa saya agak panjang untuk melakukan bermacam-macam kerja. Alhamdulillah. Caranya? Berdasarkan kajian dan buku yang saya baca, masa ni adalah makhluk tuhan. Masa = nyawa. Habis masa, habislah nyawa. Orang yang membazir masa ibarat membazir nyawa. Bagaimana memanjangkan masa? Tiada. Tetapi, ada acara memanfaatkan masa. Iaitu dipanggil keberkatan. Di mana ada keberkatan dalam masa? Jika mengikut Prof. Dr. Yusuf Qardawi, masa terbahagi mengikut waktu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Waktu subuh adalah waktu paling berkat untuk bekerja. Mengikut riwayat, Rasulullah SAW pernah bersabda keberkatan untuk umatnya terdapat pada awal pagi, iaitu waktu subuh sehingga terbit matahari. Pernah ulama menceritakan, seseorang mendengar nasihat ni, lalu dia pon membuka perniagaannya seawal jam 6. Walaupon pukul 6 tiada pelanggan. Tapi, dari keberkatan yang dia dapat, harta dia terlalu banyak sampai tak da tempat nak simpan. Zaman dulu org simpan harta di rumah sebab xda bank.
Tips 2: Tenaga
Perasan tak tenaga kita sentiasa berubah-ubah. Lepas penat bekerja, kita rasa letih waktu tengahari. Kemudian waktu petang dah lemau. Kalau handphone, masa ni bateri pon dah kaler merah. Jadi di mana manusia nak cas tenaga? Untuk yang beragama islam, jawapannya ialah di kala azan berkumandang, dengan mendirikan solat berjemaah. Cuba kalau xpercaya, waktu subuh, waktu terbaik. Tenaga kita akan positif sepanjang pagi/hari selepas solat berjemaah. Jadi di setiap waktu, kita dipanggil solat kerana untuk mengecas tenaga dan mengingatkan akan tuhan, dan rehat dari perasaan terlalu mengejar dunia.
Tips 3: Amalan
Antara amalan yang digalakkan untuk mendapatkan keberkatan ialah Qiamullail, zikir selepas subuh/maghrib, beristigfar dan bersedekah. Rasulullah SAW sendiri menyatakan HARTA TIDAK BERKURANGAN DENGAN BERSEDEKAH. Maka, jom kita sedekah. Untuk student, sedekah ilmu. Untuk yang berlesung pipit, sedekah la senyuman. Istigfar juga menambah keberkatan.
Tips 4: Disiplin
Perkara yang saya lakukan bila bekerja ialah buat list priority kerja. Kerja yang penting dan urgent, buat dahulu. Buat yang paling susah dahulu. Yang senang dan kecil kemudian. Kemudian kerja yang penting tapi tidak urgent, setkan Tarikh atau masa yang sesuai. Untuk kerja yang kurang penting tapi urgent, serahkan kepada orang lain (delegate) seperti assistant or dapatkan khidmat orang lain. Kerja yang tidak penting dan tidak urgent, jangan buat. Antara imam yang paling banyak dikaji kisah hidupnya ialah imam Al-Ghazali. Dari kajian PhD (xsalah), jika mengira hasil penulisan Imam Ghazali, beliau perlu menulis 6 atau 60 lebih mukasurat (tidak tepat) setiap hari sejak lahir sehingga akhir hayat beliau untuk mendapatkan hasil yang dia sumbangkan. Bagaimana dia lakukan? Antaranya ialah dengan membuat jadual untuk mengisi masa. Setiap masa (subuh-zohor-asar-maghrib-isyak) perlu disi dan dirancang dengan jadual aktiviti supaya ada keberkatan dan tidak sia-sia.
Tips 5: Mindset
Ada confessor artikel Kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja bertanya: “Bagi korang dalam bekerja ni apa yang penting? Masa bekerja, jumlah gaji atau persekitaran?” Bagi saya, kita bekerja untuk mencari redha Allah. Nasihat untuk diri sendiri dan semua, kita setkan mindset, bukan bekerja untuk duit semata, pangkat, gaji, pujian dan sebagainya. Tapi bekerja untuk Allah lihat usaha kita. Untuk Allah bayar gaji kita. Untuk Allah puji usaha kita, amanah kita, kejujuran kita, tanggungjawab kita bila kita bertemu-Nya nanti. Kalau Allah bayar gaji kita dalam keadaan dia redha dan dia suka, insyaallah rezeki kita berkat. Walaupon sikit, kita rasa lapang, rasa seronok dan rasa best. Amalkan doa harian 3x pagi dan 3x petang: “Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. Inshaallah, hidup akan rasa sentiasa dilindungi Allah.
Kesimpulan
Sekian saja 5 tips untuk bekerja. Masa, tenaga, amalan, displin dan mindset. Semoga bermanfaat untuk semua. Hidup sementara, sihat sementara, sakit sementara, kerja sementara, menganggur sementara, susah sementara, senang sementara, semuanya sementara. Kita nak target yang sementara atau yang kekal? Kehidupan aKhirat yang kekal. Target utama kita, sepatutnya akhirat. “Siapa yang kebimbangan utama dia urusan-urusan dunia, Allah jadikan kefakiran di antara dua mata dia kemana saja dia berada dan dunia datang kepadanya dalam keadaan dia hina. Siapa yang kebimbangan utama dia akhirat, Allah jadikan kekayaan di hatinya, segala urusan dunianya dihimpunkan kepada satu, dan dunia datang kepadanya dalam keadaan dia mulia”.

– Mr. Zirahfah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit