Assalamualaikum dan salam dunia, aku pembaca setia disini dan pernah menghantar confession disini. Baiklah lately ada pembaca yang mengeluh confession yang dihantar kebanyakanya adalah berkaitan dengan masalah rumah tangga, konflik diri dan sebagainya.
Namun tak kurang jugak yang mencadangkan kepada admin untuk tidak approve penulisan sebegini. Aku faham korang nak baca bahan yang berkualiti demi menjaga food mind korang kan?
Bagus tu tak salah, tapi aku percaya setiap confession-confession yang dihantar diruangan ni tak lain tak bukan, mereka hanya menginginkan pendapat yang berkualti dari orang yang berkualiti seperti pembaca sekalian.
Jadi sama-sama lah kita raikan cerita orang lain dengan komen yang baik-baik dan murni supaya ia tidak menjadi asbab jari-jemari yang menaip disoal diakhirat kelak atas perbuatan menyakiti hati orang lain.
Jadi serba sedikit pasal aku. Aku seorang graduan daripada Universiti Pengurusan di Malaysia. Pernah bekerja di Singapore, sekarang berada di Bumi Malaysia dan akan kembali ke Singapore di pertengahan bulan ni nanti, sebab tu ada banyak masa untuk menulis.
Seterusnya ciri-ciri keperibadian aku adalah seorang ambivert serta suka membaca dan menganalisis berkenaan perkembangan isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara.
First sekali, aku nak minta maaf mungkin penulisan aku ni akan menggunakan bahasa rojak ada percampuran antara English and malay.
Aku harap korang tak check la tatabahasa atau grammar aku yang kelaut dalam ni sebab memang aku failed pon klau bab tatabahasa or grammar ni. Aku just nak cerita chill-chill je janji korang semua faham.
Harap confession yang aku nak confess ni bolehlah ubah angin pembacaan korang so mungkin secara tak langsung bolehla aku ajak korang lupakan sebentar drama pukul 7 tu. Hahaha… Mohon jangan kecam…
So aku nak share sikit pemikiran aku dengan pembaca-pembaca berkualiti kat sini secara santai-santai je.
Korang semua mesti tahukan yang menguasai teknologi sekarang ni adalah China, so negara mereka dah pon melancarkan 5G, Opsss bukan 5G tapi dalam proses ke 6G sekarang, 5G ni diaorang dah Ultrafast.
Korang rasa cepat ke tak cepat perkembangan teknologi China ni? sedangkan Malaysia baru “mengengsot”ke 4G itupun macam “chipsmore”.
Tapi tak apelah, sekurang-kurangnya kerajaan kita sedar yang teknologi tu penting, so nampaklah inisiatifnya kat situ.
Kalau korang nak tahu pada malam tahun baru 2022 China menyambut tahun baru di Beijing China dengan clear teknologi dan desmonstrasi daripada teknologi 5G. Segala sambutan mercun yang pung pang tu dah tak de maka kuranglah pencemaran bunyi disitu.
So untuk celebration tersebut mereka menggunakan sepenuhnya Drone Holographic Light, sangat superb and brilliant!
Kalau korang nak tengok secara visual bolehla buat carian di Google mahupun Youtube ye. Ape yang China buat melangkaui perkembangan teknologi negara kita yang tersayang.
Ape yang kita nampak sekarang hanya setakat kelajuan internet sahaja sedangkan China menggunakan 5G untuk buat opening atau persembahan besar-besaran dengan berbekalkan teknologi.
Jadi disebabkan video yang aku tengok tu mengujakan, so aku pon ter recall cerita The Matrix yang aku tengok pada 8 tahun lepas sambil bertemankan roommate dan maggie kari panas, yang dimasak bersama telur mata. Alahai nikmatnya rase maggie Ketika itu.
Ok cukup! Jangan korang cakap rase nak makan maggie pulak. So back to the story, Sape pengemar sains fiksyen macam aku ni mesti layan citer ni kan matrix reloaded, The Matrik, Matrix resurrection n Matrix revolution.
Tapi yang terbaru menghapakan aku, jalan cerita yang mendatar bagi aku. Aku expect jalan cerita yang lebih bombastik namun hampa seyh.
Tapi tak apelah! Ape nak buat, bukan aku pengarahnya.
So guys aku taknak hurai cerita tu satu-persatu, mau nye kalau dihurai 2,3 malam tak habis-habis lagi, nanti kesian kat abang Jamil korang carut.
So kalau korang curious lebih lanjut entang jalan cerita dia, korang pegi je dekat Netflix sana takpon Youtube. korang tengok la sendiri baru puas hati.
Kat sini aku just nak share personal thought dekat korang kenapa aku ter recall citer The Matrix and the series ni lepas aku tengok Teknologi 5G China baru-baru ni.
Kalau Korang tengok yang first siri tu The Matrik, dalam citer ni dia tak dapat nak bezakan dunia dia ilusi atau real sebab teknologi dah memanipulasi minda so maksudnya The Matrix ni adalah gambaran awal untuk teknologi mase akan datang.
Filem ni dibuat pada tahun 1999 so sekarang tahun 2022 sudah pon direalisasikan. So one day tak mustahil kita tak dapat nak bezakan pon reality dengan ilusi, mesti korang cakap mustahil dan mengarut!
Aku faham kalau korang berfikiran sebegitu, sebab Pendidikan negara kita pon masih ditahap minimum to medium. Kita pon masih bergantung pembelajaran basic berdasarkan buku teks sahaja.
Kalau korang buka minda dan lihat perkembangan dunia dengan lebih luas sebenarnya tak mustahil guys.
Takpe meh sini aku citer lagi supaya korang senang faham. Kalau korang tengok hologram yang digunapakai sekarang sangat lah “hidup” dengan effect bunyi yang dihasilkan menambahkan lagi ke ‘real’ an imej tersebut.
Kalau tak silap aku, hari tu aku ada tertengok satu program ni tak silap aku Idola kecil, dimana mereka menggunakan hologram untuk disiarkan di TV,
Setiap peserta hanya menyanyi dirumah dan menghantar rakaman kepada produser seterusnya mereka akan pancarkan hologram diatas pentas.
Namun kita tak bolehlah nak bandingkan Holographic Malaysia dengan China sebab Malaysia punyer masih diperingkat awal so kita boleh tengoklah secara tak langsung covid ni mendesak kita untuk “menerima” dan “mengguna pakai” teknologi yang telah mereka ciptakan.
Bak kata aku “Pengenalan secara halus tapi harus diterima secara terbuka”.well itulah permainan dunia, mereka dah lama merancang kita je yang lalai guys.
Kebanyakan negara lain pon masih sama macam negara kita iaitu berada pada diperingkat pengenalan. Namun ia menjadi rancak bila Covid yang mereka hantar ni tak mau dibawa pulang.
Sebenarnya Covid ni memberikan “mereka” peluang dan ruang untuk memperkenalkan secara smooth teknologi-teknologi yang telah pon dikuasai oleh mereka kepada dunia. Oh!Lihat lah dunia aku menguasai kamu.
Yeay!!! So nilah masenye nak bagi testimoni dekat kita, contohnya macam kita terpaksa work from home mase PKP,
So secara tak langsung terpaksala guna benda alah yang kita tak pernah nak guna pon macam Zoom, Teams, Teamviewer, Slack, Github dan seangkatan dengannya, u name it sebab aku semput nak sebut sebab terlampau banyak aku nak kena kejar and belajar benda alah ni.
Yelah kalau tak belajar orang kata nak berada dekat takuk lama atau nak duduk bawah tempurung je ke? Kang tak pasal korang suruh aku duduk hutan pulak, huhu.
Ok next, korang mesti pernah dengar pasal Metaverse kan? Alah yang Makjubaker, eh sorry, Makjukerbeg lancarkan pada tahun lepas.
Takkan tak pernah dengar, come on guys! we are Fecebookrian. Wajiblah tahu pasal facebook. Sape yang tak tahu meh sini nak citer sikit.
Aku sebenarnye susah nak ngeja nama dia so aku panggil dia Mat la ye, so Mat ni dia rebranded facebook kepada Meta. Tujuan Meta dibangunkan untuk kehidupan yang lebih privacy dan safety.
Maksudnya kau takpayah sibuk-sibuk keluar rumah jumpa orang, kau pon selamat tak kena kejar ngan anjing atau diragut. Nah! kan privacy and safety dh kat situ. Kalau sekarang ni korang meeting just nampak dalam screen je kan.
So dalam dunia Metaverse ni korang akan duduk dalam dunia atau ruangan yang korang boleh cipta sendiri.
Korang boleh invite orang-orang yang kau suka untuk masuk dalam dunia korang so korang akan nampak imej orang-orang yang kau invite dalam bentuk virtual imej dengan jelas atas bantuan hologram entah keberapa D aku pon tak tahulah.
So korang akan nampak kawan korang tu dalam bentuk real tapi kalau tampar tak rase la. Jadi korang tak boleh lah nak gelak-gelak sambil tampar bahu kawan korang.
Mesti korang tertanya-tanyakan apelah aku nak cerita ni…kejap 5G, pastu Matrik pastu Hologram pastu masuk pulak Metaverse. Jangan pening guys, Antara mereka ni sebenarnya ada bonding antara satu sama lain so aku nak ajak korang lihat bonding mereka ni.
Korang percaya tak kalau aku cakap suatu hari nanti MESIN mengambil alih dan menguasai dunia? Dan semua ni akan direalisasikan oleh Metaverse.
Kenapa aku cakap Metaverse yang akan realisasikan dalam misi menguasai dunia? Sebab setakat ni Metaverse jelah yang paling superb dan advanced. Korang pernah pakai VR box?
Ha VR box pon Mat yang punyer tau. Bila kau pakai VR Box ni kau akan dapat lihat paparan dalam bentuk 3D so korang akan rasa real dalam situasi tu, kalau boleh kau jangan bagi perempuan pakai sebab mereka akan jerit macam “CIK NON”.
So Mat kata VR box tak payah pakai dah lepasni, sebab dia dah cipta dunia Metaverse, Dalam dunia ni korang bebas nak masukkan sape yang korang suka dalam dunia korang so kalau korang tak suka boleh “nyah” kan aje.
So kalau korang dekat bilik pastu nak attend meeting, tak payah susah-susah nak keluar rumah dah,
Korang just duduk, tekan button then imej korang dan rakan -rakan meeting akan muncul dalam ruangan korang sebab tu internet haruslah Ultraspeed mcm 5G ke 6G barulah korang boleh guna Magical Holographic dalam dunia Metaverse Mat.
Korang perasan tak kebanyakan filem Holywood akan menterjemahkan filem mereka ke dalam reality dan ia bukan hanya sekadar filem?
Mereka cuba memperkenalkan agenda mereka secara halus supaya kita boleh terima sedikit demi sedikit dan menjadikan perkara tersebut perkara biasa.
So untuk gambaran awal berkenaan dunia Metaverse ni aku rasa korang boleh tengok Black Mirror, dia sebijik dengan Objektif Metaverse.so Black mirror ni citer daripada UK, so dia bersiri. Setakat ni ada 5 season dah dekat Netflix.
Suka aku nak ingatkan cerita dia agat berat sikitla tapi klau korang suka menganalisis pasal satu-satu cerita mesti korang suka cerita ni.
Kalau korang nak jump-jump series pon boleh sebab cerita ni tak bersambung, dalam cerita ni dia share same universe atau dalam Bahasa melayunya dunia yang sama seperti Metaverse.
Sebenarnyakan daripada citer ni aku dapat reflect balik diri aku dan kehidupan sekitar aku sekarang,
Contohnya macam kat tempat kerja kan hari-hari aku kena mengadap laptop, telefon, meeting pon kat laptop so bila balik kerja aku stress aku cari ketenangan dekat telefon kononya nak release tension.
Boleh dikatakan ¾ daripada hidup aku dengan telefon dan laptop. Satu bahagian lagi untuk menjalani kehidupan aku sebagai manusia dan Alhamdulillah masih belum terleka dan meninggalkan perkara wajib sebagai umat islam.
Korang jugak boleh nilaikan sendiri dan lihat persekitaran korang contoh paling jelas macam gamers yang terlalu taksub dengan game sampai tak tidur. Sehari-hari masa mereka dihabiskan hanya dibilik atau pusat cyber sampai lupa nak makan, solat dan sebagainya.
aku taknak ulas panjang pasal ni tapi apa yang aku boleh cakap ia sangat merisaukan! So daripada citer ni aku jugak boleh muhasabah diri aku supaya tak bergantung sangat dengan computer atau gadget yang akan menghilangkan ketamadunan manusia.
Tujuan utama aku menulis ni BUKAN lah aku nak review filem ataupun nak mengajak korang untuk tidak menerima pembahuruan dunia.
Cuma aku nak mengajak korang untuk melihat penerimaan pembaharuan dunia dari pelbagai sudut sama ada dari sudut positif atau negatif sebab nak atau tidak kita “terpaksa” menerimanya dan semestinya tidak dapat dielak.
Setiap sesuatu perkara pasti ada pro and cons kan? So semuanya terpulang kepada kita macam mana kita menguruskanya, seelok-eloknya besederhanalah dalam setiap perkara.
Sejujurnya, pada pendapat aku la kan aku sangat risau dan bimbang dengan generasi anak aku, aku bukan overthinking tapi aku terpaksa fikir sekarang untuk mendepani dunia akan datang,
Sebab kemajuan teknologi ni tak dapat korang nak jangka betapa pesatnya mereka dikembangan dan dibangunkan.
So macam mana nak pantau kegiatan dia orang yang sekarang pon tidak terpantau? Korang bayangkan anak-anak dalam bilik masing-masing pastu join group yang tak senonoh, anak-anak akan tonton secara live weh. Walaupun anak korang dalam rumah korang rase terjaga tak?
Ibarat mereka ni ada dalam bilik je tapi dunia mereka tanpa sempadan.
Contohnya, kalau dia orang nak dating tak payah susah-susah nak keluar, just dating je dalam bilik. Silap-silap akta privacy pon diwujudkan, mak ayah tak boleh campurtangan privacy anak yang berumur 18 tahun keatas, Contohnyalah.
Secara tak langsung institusi kekeluargaan hancur. so macam mana korang nak mendepani dunia teknologi ni.
Sebenarnya jujur aku cakap perkembangan pesat teknologi ni sangat membimbangkan aku, macam mana aku nak bentuk anak-anak aku nanti guys. Kalau korang ada pandangan sila-silalah komen ye.
– -Hashtag raikan perbezaan pendapat dan pandangan. Peace yo! (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit