6 Asas Seorang Gadis Muda Wajib Usahakan

Assalamualaikum salam sejahtera hai semua!

Bismillah. Sebenarnya isi penulisan ni terpakai untuk semua tetapi.. sis nak khususkan kepada sahabat gadis-gadis sebab sis rasa kita gadis mesti mesti mesti ada kesedaran ni.

Sebelum tu.. sis mohon maaf dulu kalau penulisan kurang berinformasi / tak menusuk hati / apa-apa lah sewaktu dengannya. Sis cuba untuk santai-santai ya. Dan kalau ada bahasa campur-campur bahasa dan inggeris plus bahasa selenga tu. Faham-faham je la ya. Hehe.

(Sambil menaip ni, sis tengah dengar motivasi pagi daripada Ustaz Ebit Lew, tajuk dia : Jangan Tinggal 5 Amalan Untuk Kaya). Kaya tu subjektif.. jadi kalau nak tahu isi motivasi tu.. boleh la cuba cari tajuk tu kat youtube.

Ok. Berbalik pada tajuk atas tu. Sis kongsi ni berdasarkan pengalaman, pembelajaran, pembacaan dan pemerhatian.. dan sis cuba belajar daripada pengalaman dan kesilapan.. Yela kan.. pengalaman kehidupan ni kalau kita ambil iktibar.. in syaa Allah..

Kalau ada hat lain ada ilmu lebih, pengalaman lain yang bermanfaat dan pendapat lain, sis alu-alukan ampa komen kat bawah tau. Sama-sama kongsikan. Sama-sama kita baca. Supaya sama-sama kita dapat manfaat. In syaa Allah.

Ha.. apa yang gadis muda wajib usahakan dalam zaman corona, cabaran ekonomi.. cabaran akhir zaman fitnah dajal ni? Ok.. sis nak senaraikan daripada beberapa aspek.

1. Hubungan (a.k.a relationship)

Allah.. ni pun sis jihad sungguh fight dengan diri sendiri. Tapi apa yang penting kita kena sama-sama perbaiki ok. 1st.. hubungan kita dengan Allah la kan.

Urm.. tu la.. Allah bagi kita ni nikmat banyak sangat, jadi tanda syukur kita sebagai hambanya off course la cuba menyempurnakan rukun Islam kita yang 5 tu.

Cuba jaga solat, waktu solat, cara solat terutamanya. Allah sayang kita semua kan.. sedih sangat, Allah bagi kita boleh makan, Allah bagi kita nikmat bernafas.. Allah bagi kita boleh bercakap, ada orang sayang..

Tapi kenapa kita sayang Tuhan kita Allah pun main-main kan. Jom sama-sama taubat. Selagi kita bernyawa ni, Gadis-gadis… jom usahakan perbaiki hubungan kita dengan Allah.

Tau dak.. ramai orang yang dah arwah, depa masa dalam kubur.. kalau perkara pertama depa kalau diberi nyawa dan hidup balik, depa nak solat. Lepas tu depa nak buat banyak amal jariah kebaikan.

Kedua, hubungan kita dengan manusia dan sesama makhluk. Tanya balik diri sendiri, semalam, hari ni.. ada dak kita cakap perkara sakiti hati orang (ibu bapa, adik beradik, keluarga, kawan-kawan, boss, staff kita, kenalan, orang keliling kita).

Pastu ada dak kita seksa makhluk lain? Ha. Tu melambangkan hati kita tau sebenarnya.

Jadi.. jom istighfar astaghfirullah sama-sama. Minta maaf dengan orang yang kita sakiti… jom didik dan fight diri kita untuk perkara kebaikan. Gadis-gadis… Jom ubah diri sama-sama…

2. Agama

Banyak aspek agama kalau dibincangkan. Tapi paling penting sis nak tekankan solat. Gadis-gadis jom kita jaga solat kita ya sama-sama.

Kalau ada tertinggal tu.. jom qada balik solat kita. Boleh cuba google dan tanya orang yang kita percaya untuk bantu kita betulkan balik solat kita. Just jangan malu ja bab macam ni. So kita fight okay!?

3. Akhlak dan adab

Gadis-gadis semua, kita belajar tak tinggi ka..tinggi-tinggi ke langit ka.. akhlak adab ni sangat penting untuk meneruskan tamadun peradaban kita. Hilang 2 benda ni,ha.. kembali lah kita ke zaman jahiliyah.

Banyak adab-adab yang makin hilang dek arus permodenan contohnya, bercakap sopan dengan orang muda dan tua.. cara berjalan depan orang tua (kalau depa duduk, macam mana cara kita nak lalu? Sama ada lalu belakang, atau lalu depan kita minta izin nak lalu).

Lepas tu, bila orang-orang tua tengah menasihati kita, apa reaksi kita sepatutnya dengan mereka?

Banyak lagi..

Islam datang mencantikkan lagi adab-adab tu dengan akhlak.. Gadis-gadis, jom kita sama-sama ubah dan didik anak-anak kita pulak nanti. Tapi sebelum didik orang.. kita kena didik diri kita dulu kan. So jom buat sama-sama, ok? :)

4. Ekonomi

Ni kita kena usahakan untuk diri sendiri. Banyak platform tersedia. Janji jangan malas dan putus asa.. Jangan la sedih dan ratap pasal kehidupan kita yang sekarang lama-lama. Itu tak kan selesaikan masalah…

Gadis-gadis. Jom bangkit. Kita boleh dan mampu buat. Boleh buat part-time. Boleh jual online. Boleh cari kerja part-time dan full time juga. Manfaatkan media sosial sebaiknya.

Tapi dengan syarat jangan lah kita p juai pulak barang-barang yang boleh rosakkan orang dalam jangka pendek/panjang. Sis tengok banyak sangat dah produk-produk yang ngarut.. ya niaga tak salah.. tapi yang salah bila salah guna..

5. Kewangan

Pengurusan kewangan yang nak dimaksudkan kat sini. Gadis-gadis.. ada pendapatan..

Jangan lupa belanja keluarga kita terutamanya ibu bapa kita. Dapat belikan barang dapur yang asas, belikan kan kek ke, buah ke tiap kali ada pendapatan tu mengikut kemampuan masing-masing. Paling kurang 5% peruntukan untuk ni.

Lepas tu.. Gadis-gadis jangan lupa simpan duit. Sis suka cadangkan simpan dan labur. Banyak platform pelaburan. Jangan terlibat dengan skim cepat kaya sudah. Paling kurang 10%. Paling banyak 50%.

Ok. Part ni penting sangat. 2.5%, Gadis-gadis.. cuba jugak peruntukkan portion zakat even pendapatan kita takda la tara mana. Boleh cari asnaf. Dan jangan lupa akad. Dalam rezeki kita..ada bahagian orang lain. Jangan lupa kongsi rezeki ya.

Peruntukan seterusnya.. pandai-pandai lah atur sebaiknya. Ramai figura kewangan kita duk kongsi selalu pasal peratus peruntukan pendapatan kita. Cuma jangan malas je cari ilmu dan bertindak.

6. Perlindungan (Takaful)

Gadis-gadis.. Ni pun penting juga. Banyak produk takaful dalam pasaran kita ni. Semua bagus-bagus. Dan ambil ikut keperluan.

Suka sis cadangkan turutan takaful ikut kemampuan kewangan semasa. Sis cadang peruntukan untuk ni. Paling kurang 10%. Supaya perlindungan tersebut boleh cover diri kita.. komitmen kita.. yang ni untuk masa depan. Gadis-gadis kena bijak fikir ke hadapan.

6.1. Hibah – paling murah daripada banyak-banyak takaful, serendah RM14 pun ada untuk RM50k. Sis takmau la sebut provider mana. Sebab semua provider ada kelebihan masing-masing. Yang paling penting.. ikut kemampuan.

6.2. Kad perlindungan perubatan – yang ni pun ambil masa umur kita sejak muda, lagi bagus.. sebab bayaran murah je. Ada 2 jenis. Jenis stand alone.. kad perubatan sana..

Lagi satu jenis kad perubatan + cash value (selalunya depa guna term investment link, maksudnya.. jika ada kenaikann kos perubatan dari tahun ke tahun, bulanan kita tak naik, sebab kita ada cash value tolong cover, bulanan kita akan jadi tetap sampai limit umur kita)..

6.3. Perlindungan kemalangan diri – yang ni pun penting juga, tapi sis cadang kat sahabat Gadis-gadis semua.. usahakan dua atas tu dulu, then proceed yang ketiga ni. Tapi kalau nak ambil dulu yang ketiga ni pun.. terpulang. Tiada bantahan. :)

Oh yang ni.. sis nak kongsi. Agrobank ada offer jenis bayar tahunan je. Murah. Nama nya Takaful Kasih Ikhlas.

~~~~~~
Rasanya ni ja aspek yang sis rasa sis nak kongsi untuk sahabat-sahabat gadis semua. Ada Typo ka.. tersilap informasi ka.. tersalah taip ka.. maafkan sis okay. Boleh tolong tambah dan betulkan dalam komen nanti. Nanti sis baca dan like.. tanda terima kasih. ;)

Sebelum nak akhiri penulisan kali ni..

Jom sama-sama kita doa..

Ya Allah, kalau ada pahala daripada perkongsian dan pembacaan kami hari ni… kami sedekahkan pahala ni untuk ibu bapa kami.. ampuni dosa-dosa mereka Ya Rahman.. peliharalah mereka dunia akhirat.. amin ya rabb..

Tambahan:

1/ perkara menandakan kita beriman:

1. Syahadah – percayanya kita dengan Allah Tuhan Yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad tu adalah Rasul Allah dan Nabi terakhir

2/ perkara nikmat terbesar kehidupan kita (walau siapa pun mereka):

1. Ibu

2. Bapa

3/ perkara yang tak putus bila matinya manusia:

1. Doa anak soleh/solehah

2. Sedekah dan amal jariah

3. Ilmu yang bermanfaat dan dimanfaatkan

4/ perkara kita tengok dapat pahala in syaa Allah

1. Ibubapa dan pasangan

2. Mushaf alQuran

3. Kaabah

4. Laut

5/ perkara adalah rukun kita sebagai muslim (orang Islam):

1. Syahadah

2. Solat

3. Puasa

4. Zakat

5. Haji bagi yang berkemampuan

6/ perkara rukun iman (wajib percaya) kita sebagai orang muslim beriman:

1. Percaya dengan Allah

2. Percaya dengan Malaikat

3. Percaya dengan Kitab

4. Percaya dengan Nabi dan Rasul

5. Percaya dengan hari akhirat

6. Percaya dengan Qada’ dan Qadar

Sekian, tu saja daripada ilmu Allah dan sis sebagai asbab berkongsi dan menyampaikan.. kelemahan daripada sis sendiri.. dan sis sendiri jihad lawan nafsu dan diri sendiri.

#terusberkongsi #terussebarkankasihsayang #Allahsayangkitasemua

Sayonara.

– Gadis Dot Gadis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *