Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hello dan Hai.
A little bit about my self 1st, i’m a mother of three, have 2 adorable son and 1 very cheeky little girl. A career women, from a middle class family, and a passionate shopper :). Live in Johor Bahru for the past 10 years. Born and raised in Sarawak.
But hari ni nak share sikit ilmu laa for those who need to use credit card or want to use a credit card. As for me i’m the second one. WANT to use the credit card.
Maybe ramai la kot yang dah tau ilmu ni but i want to share to those yang tak tahu. Mungkin ada yang skeptical about the use of credit card in daily life. Ada yang beranggapan penggunaan kad kredit, maksudnya you berhutang.. Dan penggunaan kad kredit tanpa kawalan boleh membawa padah pada diri.
Then all of you yang beranggapan bergitu will avoid to use a credit card. You even afraid to apply for it. And obviously you don’t have it. Actually there a pros and cons using credit card. If u afraid and memang don’t want to use it at all and afraid what i’m going to teach you here will make you muflis akibat keberhutangan kad kredit, feel free to move on to other confession ok? No biggies.
But if you tau yang kad kredit itu bahaya, but you pernah stumble upon saat bila u need extra cash.. really need it, but waktu gaji ada lagi seminggu or sangat worst esok dah gaji oo. Tapi u need to pay it now esok dah tak boleh.. if not u melepas peluang tu.. or barang to.. or worst something really really bad can happen to you if you don’t pay now pronto..
And masa tu you will fikir if you now dah gaji you memang sangat confirm you can pay for it. so u still have dat chance, that barang and u will be safe.. Nak pinjam orang segan, or ur source for save money lender pun tengah sengkek.. ? Pernah tak?
Or u just don’t know pun pasal credit card.. or u memang nak pakai tapi takut without any knowledge nape mesti takut..
If ye dan pernah berada dalam situasi atas.. Maybe you can read a bit bout what i will ramblings here. I will try to describe all in Bahasa Melayu la ye. Tapi please pardon my rojak language here.. adoi da lama tak converse completely in malay, kat opis bahasa rojak.. so my language tukar rojak already.. Sayangi Bahasa Kita.. huhu..
1. Tolong fahamkan terma-terma dalam penggunaan kad kredit which is :
a) Statement date – Tarikh terakhir pengrekodan transaksi kad kredit sebelum nilai tersebut direkodkan dalam bil kad kredit bulan semasa. Selepas tarikh ini, esoknya anda akan dapat bil kad kredit anda..
b) Transaction Date – Tarikh anda swipe/guna kad kredit di mana-mana merchant.
c) Posting Date – Tarikh bila mana transaksi anda direkodkan dalam bil. Do noted yang posting date boleh aje sama dengan transaction date, boleh jugak sehari selepas transaction date, 2 hari selepas, or tiga hari selepas. I tak pernah pulak mengalami posting date yang seminggu selepas transaction date tak tau la kalau overseas transaction yeah.. ampun.. im a shopper, but tak pernah shop from luar.. kalau melalui lazada or shoppe tu ada laa. So paling lama pengalaman i 3 hari selepas transaction date.
d) Minimum payment – jumlah bayaran minimum yang boleh dibuat untuk jumlah bil kad kredit anda. selalunya nilai 5% daripada nilai bil kad kredit atau paling minimum RM50.
Contoh: Nilai bil bulan September 2019: RM500,
5% daripada RM500 = RM25
Nilai bayaran minimum = RM50.. kerana paling rendah nilai bayaran minimum adalah RM50
Nilai bil bulan Oktober: RM3000
5% daripada RM3000 = RM150
Nilai bayaran minimum = RM150 .. gunapakai nilai 5% sebab lebih daripada RM50
TAPI tolong ambil maklum yang bila buat bayaran minimum sahaja tak buat bayaran penuh sebelum payment due date. Akan ada EXTRA CHARGE ye sebagai DENDA. Nilai denda kalau yang bayar nilai minimum sahaja selalunya lebih rendah sikit daripada kalau tak bayar langsung. But still, masih laa kena denda and you rugi la. SO PLEASE AVOID BAYAR NILAI MINIMUM AJE. Bayar nilai penuh ye.
If you ingat nak bayar nilai minimum aje, you JANGAN pakai kad kredit la.. Unless you dah terdesak bulan tu. Stop pakai kad kredit kejap. bulan depan LANGSAIKAN terus. Kalau jenis terkehel sekejap aje atas hal-hal tak dapat dielakkan .. dan nilai bil you tak tinggi.. setakat kurang seribu or paling banyak not more than 3000 laa kalau boleh. dan tempoh “terkehel” you to pendek, 1 or 2 bulan je.. Denda kad kredit still acceptable la sebab nilai interest nya kecil. 1.25% ada yang much lower..
TAPI kalau amount you besar, and tempoh masa kesusahan you nak bayar tu longer. Hello.. pergi buat loan bebetul please. jangan berloan dengan kad kredit. Muflis karang. Tapi kalau you dah terlanjur berhutang lama dengan kad kredit sebab tak tahu.. Pergi bank you balik. Bagitau you nak stop guna kredit card you.
And please minta diaorang aturkan plan untuk you bayar balik hutang kad kredit anda dengan berhemahnya, Bank mesti nak you bayar duit diaorg tu. So they will help you professionally.. yang penting you bayar. After that i u rasa i can control urself, apply again.. if rasa u can’t handle it.. AVOID credit card..
e) Statement balance: Haa ni nilai bil you for that month. Sila langsaikan penuh ye. Bayar habis. Kalau u bayar habis. Bank tak denda pun.. Dia bagi pinjam you free jeee… haa baik tak bank??
f) Payment due date: Tadi i kata bank baik kan.. Haa dia baik sehingga takat due date ni aje tau. Selalunya tempoh bayaran free interest or denda ni usually 20 hari itu pun free interest kalau BAYAR PENUH aje.. lain-lain bank maybe varies la. i tak sure. So you better langsaikan statement balance you before this date.. or kalau terkehel tadi bayar minimum payment before this date.. TAPI tok sah laa you bayar minimum.. nanti kena DENDA. Bayar penuh tak kena denda.. Ingat tarikh due date.. penting tu..
g) Credit limit: Haa ini dia nilai kredit kad anda. Selalunya depends on your gaji masa you mohon tu. Kalau ur gaji masuk bank yang sama dengan kad kredit you. Bank will baik hati increase your credit limit later. Or if you consistent bayar penuh every month dan kesihatan kewangan bank you excellent.. means sentiasa berduit la. Bank akan increase credit limit you. Selalunya dia call offer increase credit limit.. If u accept dia naikkan la.. if u rasa bahaya, decline laa semoleknya..
Maksud credit limit ni maksimum you boleh pakai untuk kad u.. kalau extra selalunya nanti merchant akan bgtau ur credit limit tak lepas. Credit limit ni you boleh minta your bank increase to certain amount for a valid reason for a short period of time. Cth la you nak bayar downpayment kereta RM25k. But your kad credit limit just RM15k. So call la bank you minta dia naikan credit limit you for that month. Kalau rekod you clean dengan bank. Dia akan turutkan apa sahaja kemahuan you. Dengan syarat you bayar balik penuh tau.
Mesti laa korang ingat, mak datuk banyak tu nak bayar RM25K sekali harung.. Ehh helo, tadi nak beli kereta kan, pastikan laa ada cash RM25k dalam tangan nak beli kereta dulu. Dah ada duit baru pergi beli kereta.. Mintak laa naikkan credit limit , then swipe laa kad kredit uols tu dengan jayanya… kalau korang rasa eleh, daripada susah2 bayar dengan kad kredit tapi dah ada cukup cash.. bayar aje laa terus cash rm25k.. haa baru berpinar mata salesman kereta.
Adik2 kakak2 abang2 pakcik makcik dan rakan-rakan sekalian. Guna kad kredit kita nak kesenangan dan keselamatan diri. Daripada keluarkan cash RM25k then kena rompak cane.. tercicir ke.. sendiri pun mesti takutkan nak bawak cash banyak-banyak.. better safe than sorry my friend.. bawak kad sekeping tak tebal pun.. and ur money is still safe in the bank. and nanti last i share the beautiful things about that plastic card yang ramai tak realize. hehe.
h) outstanding balance: Yang ni kan korang tak nampak tau dalam bil kad kredit dlm kertas or statement official bulan-bulan tu. Dalam tu dia bagi amount statement bil kena setel je. Outstanding balance ni hanya boleh nampak bila korang monitor transaksi kad kredit korang secara online. Outstanding balance ni adalah nilai semasa yang korang tengah pakai. kalau korang belum langsaikan statement balance.
Nilai outstanding ni akan termasuk nilai statement balance. Kalau korang dah bayar statement balance nilai outstanding balance ni adalah nilai yang telah dicharge pada kad tapi akan masuk statement balance bulan depan kalau korang tak membayarnya dengan segera. Takpe pun kalau tak bayar terus tunggu dia masuk statement balance bulan depan. Korang nak biar pun takpe. Tapi nasihat aku, kalau nak manage duit dengan bijak takut tergelincir, kalau ada duit bayar la terus outstanding balance tu.
Kalau korang punya statement balance RM0.00. TAHNIAH.. Korang memang pandai manage duit. Hehe, tak tergelincir dari landasan kewangan yang selamat. Faham ke ni? Outstanding balance ni akan mengurangkan kredit limit korang. Kalau ada yang perasan laa bila ada outstanding balance, nilai credit limit korang akan berkurangan.. bila cecah aje nilai outstanding balance = credit limit. Dah tak boleh la guna kad tu sehingga u pay it ALL.. boleh guna kalau jumlah balance kredit limit still ada.
Meh laa aku bagi contoh hai manja2 sekalian.
Statement date 15 Oktober 2019 dengan credit limit RM8000: Statement balance: RM500, balance kredit limit = RM7500.
16 oktober kalau korang bukak akaun kad kredit online statement date = outstanding date =RM500. anda ada masa 20 hari untuk bayar tanpa ada interest. So kadang tak la bayar teruskan.. tunggu gaji kan akhir bulan 10 nanti.. Kalau korang bayar penuh terus 16 oktober tu outstanding balance adalah = RM0.00. Balance credit limit kembali menjadi RM8000. maksudnya korang dah bayar dah bil bulan 10. Selamat dah tak kan kena interest that month.
17 oktober 2019 swipe kat TESCO RM200, posting date 16 oktober 2019.
Kalau korang dah statement balance on 16 oktober tadi. so outstanding balance akan jadi = RM200, balance credit limit = RM7800
Kalau korang belum bayar statement balance pd 16 oktober dan tunggu gaji nanti bayar. outstanding balance korang = statement balance + TESCO RM200 = RM 700, balance kredit limit = RM7300
So outstanding balance akan semakin bertambah bila korang swipe lagi swipe lagi sampai laa hujung bulan ada duit nak bayar. Swipe lagi swipe lagi tu kena beringat2 ye.. kena tahu yang korang swipe tu nanti gaji bulan 11 kena bayar.. jangan swipe seikut rasa.. pandai2 adjust jangan sampai gaji bulan 11 tak cukup nak bayar penuh statement balance bulan 11.
Walaupun korang bayar dah melebihi minimum payment kalau tak bayar penuh akan kena denda jugak.. tapi sikit laa kalau korang tak mampu habiskan lagi sikit tu.. tapi jangan amalkan.. ini merosakan rekod namanya di bank negara.. iols pun lupa ctos? ccris? apa2 laa yg penting rekod tak baik.. nak buat loan susan nanti.. nak clearkan kena maintain rekod baik for a few month.. berapa month exact tak sure..
Ok itu aje kot terma yang penting.
2. To Safely use credit card please ambil maklum pasal you credit card statement date. Our credit card statement date maybe varies, i am not sure.. But i bagi contoh je laa.. let say on 15th every month. Maksudnya, statement credit card akan listed kan semua transaksi from 14th previous month until 15th this month
Contoh:
October Credit Card Statement so the :
Statement date: 15 Oct 2019
Will listed all transaction yang posting date dia from : 16 September until 15 Oktober 2019. Posting date tau.. bukan transaction date.
So ambil tahu pasal posting date anda especially untuk merchant-merchant yang penting untuk kelangsungan hidup macam AEON, TESCO, JAYA GROCER, apa2 aje laa.. iols pergi TESCO and AEON aje.. Tesco selalunya posting date sama dengan transaction date.. and AEON selalunya 2 days after transaction date.
So pandai-pandai laa adjust tarikh. Dah terdesak sangat nak beli barang dapur, susu anak.. esok dah statement date kad kredit.. kalau beli sekarang nanti masuk bil bulan ni.. takut burst bajet bulan ni, beli laa kat AEON.. sebab dia masuk bil bulan depan. So pandai2 laa adjust untuk bulan depan tu bajet keluarga.. kurangkan beli sport rim. beli baju kat fashion valet. ye mak paknyaa..
3. Guna kad kredit apabila you tahu yang you mampu bayar jumlah penuh statement balance every month. Bil Bulan semasa dengan gaji bulan semasa. Statement bulan oktober bayar dengan gaji bulan oktober tau. Sebab selalunya due date statement bulan oktober adalah awal november.. Bukan tunggu gaji bulan november nak bayar. KECUALI kes-kes terpencil di saat masalah kewangan datang bertimpa-timpa tadi laa.. yang terkehel terkehel tu. TAPI kalau asyik terkehel dan you memang tak boleh bayar.
BACK OFF.. JANGAN pakai kad kredit, maksudnya you tak reti manage your cash flow. Belajar dulu urus cash flow dengan baik belajar tahan diri dulu then u use kad kredit untuk its advantages bukan ur advantages boleh berbelanja sakan. Ni satu cara pertama tau.. Bayar hanya statement balance.. masa korang bayar statement balance tu maybe la outstanding balance uols ada lagi tau.. bila u swipe lagi after statement date sampai tarikh gaji macam i terang kat atas tadi.. tapi semua outstanding tu nanti akan masuk bil bulan depan.
Fret not, just pastikan gaji bulan 11 boleh bayar statement balance bulan 11 ye.. Agak bahaya laa sebenarnyaa takut terkucil bila tau ada duit cash boleh guna.. Biasalah kan godaan ni lain macam sikit, lagi2 di zaman shopping complex di hujung jari ni.. but ada orang suka ada extra cash in hand takut ada emergency ke kan.. takpe.. asal pandai control yee..
4. Cara kedua.. yang ni baik sikit.. 100 point untuk you kalau you mengunakan kad kredit dengan berhemah dan bayar bil bulan 11 bayar dengan gaji bulan 10. Eh macam mana tu? Gaji bulan 10 hujung bulan.. bil start tengah bulan 10.. Ok begini yaa.. kalau korang boleh adjust perbelanjaan harian korang di tengah bulan lagi cantikla tapinya.. tapi kalau tak boleh.. begini.
Statement date : 15 oktober 2019. So bermula 16 okt hingga 15 November 2019 akan masuk statement bulan nov.
Tarikh gaji adalah 25 oktober 2019.
So dari 16 okt sampai 25hb 2019. Korang swipe aje semahu korang tapi bear in mind jumlah gaji tolak semua komitmen korang dulu. maksudnya yang tinggal memang duit belanja la.. contoh la let say u boleh belanja 1000 lepas tolak semua komitmen. Swipe yang ni tak perlu bayar terus pun takpe.. tapi pastikan apa yang u belanja tu jangan sampai 60% laa duit belanja korang tu.. jadi sampai RM600 laa setakat yang boleh korang swipe. 60% ke 50% ke 40 % ke korang tentukan sendiri. aku bagi nilai maksimum paling selamat. More than 60% jangan la. Lagi kurang lagi bagus.
INGAT. 60% tu termasuk kalau ada terlebih belanja bulan lepas tau. patutnya korang belanja sebulan 1000 terpakai lebih pulak 100 or 200.. so kira jugak dalam 60% tu. Sapa suh lebih belanja kan bulan lepas. bulan ni kurang sikit laa yang boleh dibelanja.. So bila tiba hari gaji. Langsaikan terus segala outstanding balance korang masa masa ni kalau korang memang belum bayar statement balance maksudnya outstanding balance dah termasuk statement balance.
So seterusnyaa.. dari 26 okt – 15 nov.. korang amalkan konsep swipe hanya dengan nilai cash yang ada je. so tadi korang ada lagi 40% kan. Sebagusnya korang stick to 40% baki tu je la. Jangan lebih. Sebab kalau lebih korang sekali lagi telah mengambil bajet bulanan bulan depan. dari 26 okt ke 15 nov ni nak selamat, bila swipe, bayar terus bila dah masuk dalam outstanding balance. Tapi kalau tak nak ada outstanding balance pun lepas korang swipe tu terus login online pilih pay any amount.
Transfer la nilai yang korang swipe tadi terus dalam akaun kad kredit tapi kalau korang tak terus bayar pun takpe.. jangan la stress sangat.. chill chill. Bank baik hati bayarkan dulu untuk korang.. lek lu.. tapi jangan lupa bayar terus laa kalau betul nak jaga kesihatan kewangan anda..
Nak teach you belanja berhemah.. kalau korang amalkan ni. Tak berbelanja lebih dari sepatutnya.. Statement balance korang bulan-bulan confirm kosong punya lah.. tapi transaksi kad kredit tetap berlaku. Kalau ada statement balance pun. Esok nya korang akan terus bayar walaupun belum gaji. haaa tu laa maksudnya bayar bil kad kredit bulan 11 dengan gaji bulan 10. Sihat segar bugar kesihatan kewangan korang.
5. Cara yang lagi lagi baik.. 1000 point untuk korang kalau korang hold guna duit gaji bulan okt until laa 16 hb nov baru start pakai. Hihihi. kalau gini korang boleh amal konsep swipe terus bayar.. swipe terus bayar.. outstanding balance akan 00 aje selalu.. statement balance sama laa akan kosong. kalau tak kosong pun korang boleh terus bayar dengan duit cash yang ada.. Yang ni aku pun tabik memantul2 macam spring kat korang.
AKU pun kadang tak mampu ni. Shopaholic la katakan.. aku yang kedua tu haa sebab yelakan.. mane ade org start bebelanja mulai tengah bulan.. selalu hujung bulan nak tunggu gaji tu sengkek dah hahaha.. But i make sure statement balance akan setel sebelum due date.. menahan diri dari terlebih belanja yang tak mampu di selesaikan.
Masa tu semua apps aku uninstall, semua ig aku unfollow.. no notification.. no see first.. puasa.. haaa.. bekal bawak dari rumah.. sebab nafkah laki aku dah sedia.. tinggal rajin malas nak masak jee.. agar poket ku selamat dari berlubang.. bila dah stabil.. follow la balik. install la balik.. apa ade hal..
Adalah lebih baik kalau korang dapat cari kredit card yang statement date dia hujung bulan. Dulu aku pernah ada statement date aku 27th setiap bulan. Aku rasa statement date maybe ada kait mengait dengan tarikh korang apply kad kredit or kad kredit korang lulus.. maybe laa kot. aku pun tak sure..
6. Ok last sekali.. Time to reveal the best secret about credit card.. yg takde laa secret sangat pun.. Selain gunakan kad kredit kerana isu SELAMAT & MUDAH. gunakan kad kredit ni untuk POINTS or BONUSMILES or REBATE.. dan promotion-promotion sebagai pemegang credit card.. Hahaha. Ni laa yang i paling suka. Iols ni dah guna kad kredit since mula kerja lagi. Ingat lagi masa tu kredit limit i cuma RM5k aje tau.. dapat aje pay slip 3 bulan i terus mohon kad kredit.
But that time i only use my card for emergency uols. Iols kan dok jauh dari family, so i need credit card to pay for flight tix if something emergency happen at home. But now matlamat i pakai kad kredit sebab nak rebate, nak diskaun, nak points, nak bonus miles. So i ada 2 kad, 1 untuk bonus miles dan 1 untuk point. Since husband i pun jenis pakai kad kredit and his card use for our daily need, barang dapur and what so ever berkaitan dengan basic need in family.
So i memang suka pakai segala mak nenek perbelanjaan i untuk dapat bonus miles. But i use the other card if the offer are much more tempting.. more discount perhaps yela bonus miles bonus miles jugak.. penjimatan lebih penting. Haaa… For my husband, his card dapat points or kadang rebate and points sekali.. Rebate if swipe on weekends. Point terkumpul kitaorang tukar macam2 selalunya electrical appliances laa..
The one that u will need, macam blender, vacuum, rice cooker, weighing scale… sometimes minyak wangi.. masa anak2 masih kecik barang-barang baby mcm botol ke.. stroller.. banyak wei.. sangat banyak.. even luggage pun pernah.. luggage punya keys pun ada.. latest.. air fryer and bread maker.. OMG.. Brand pun bukan cikai2 tau.. semua ada lagi kat rumah kecuali botol susu, minyak wangi dan weighing scale.. anak i letak atas katil.. i terkibas comforter dan ia jatuh.. berderai.. OMRON tuuu… nangis..
Kerana points ni laa gunanyaa you minta increase your credit limit untuk guna credit card bagi membayar downpayment kereta or rumah.. uols of course laa dah ada dah cashnya safely keep in the bank account kan.. Your request will surely accepted by the bank if u have a very good record.. or maybe than know jumlah wang dalam bank (i dont sure if its truelaa) i agak je.. but my husband pernah minta his credit card credit limits increase to 35k.
Dalam bank masa tu memang ada more than that.. senang jee bank kasi apporve.. iols assume aje ni tau maybe dia tau duit ada nak bayar.. or maybe they simply knew our clean record of payment, hahaha.. Can u imagine how many points u got if u swipe that kind of money to your credit card account? banyak woooo… boleh tukar terus point jadi barang gituu..
SO jangan lepaskan peluang swipe credit card kalau beli rumah or kereta yaa.. untuk bayar downpayment.. time tu acah2 platinum card holder ke …titanium kee.. hahaha.. diamond card holder takde ehh.. ada titanium, platinum, gold, silver and standard card holder aje.. kad pun ada mcm 2 jenis gak.. AMEX laa.. VISA laa.. Mastercard la.. discover laa.. ada lagi.. cuma i familiar dengan 3 yang pertama jee.. each have their own best criteria..
And for my miles. Kita orang pernah g KK free of charge anak beranak return tix.. Ok untuk miles tu kalau lagi jauh lagi berbaloi. So since perbelanjaan besar pada kad kredit husband, and my credit card usually for my own entertainment and nafsu shopping.. Tak laa besar mana pun bonus miles nyaa.. I punya untuk ENRICH which is for tiket MAS la..
But hey.. please tell me sapa boleh bagi i anak beranak tiket free g KK pergi balik? cakap laa.. Kalau menang pertandingan or memang saja nak sponsor lain laa eh.. Ada ke yang nak sponsor.. i tadahkan tangan terima tiket.. bestnyaa SABAH.. sarawak and semenanjung pun best jugak. Tapi i memang dah asal sarawak, dok plak kat semenanjung, so sabah selalu jadi my best choice travel destination.. hihi.
Every bank got so many offer for their credit card holder, sometime u dapat discount on beverage, travel or entertainment. But usually we go for food la.. bayar guna kad kredit u got free secret recipe cake. (ni selalu ada offer) .. bayar dengan kad kredit u got more discount.. bayar dengan kad kredit u got a chance to be lucky in their competition or campaign.. tapi i tak pernah menang.. Oo lagi satu, if u guna kad kredit yang islamic, ada chance untuk menang umrah percuma. Ye laa rezeki jadi tetamu Allah takde sapa tahu kan..
Ada banyak lagi advantages guna kad kredit ni. Pokok nya adik2, kawan2 sekalian.. PANDAI2 LA URUS KEWANGAN DAN PANDAI TAHAN NAPSU BERBELANJA. itu ajee., As for me. My husband monitor my spending. HAHHA thats also a big fat point.. find a parent.. eh parent tak boleh laa nak pilih kan.. minta you mom or dad monitor yang spending bagi dia membebel2 kat telinga u untuk sedarkan diri you ur unnecessary spending.. or kak long ke.. adik kuat membebel ke.. abang kuat membahan ke.. or spouse yang money guarded person..
I also monitor my husband spending since kewangan rumah i yang monitor. Kadang dia pun jenis berbelanja jugak but not as frequent as me la.. tapi dia belanja terus wow mahaiii.. tapi i tau dia save dulu his money before buy.. so no biggies laa.. i pulak biasalaa nak tudung baru la.. baju baru laa.. ehh mainan anak laa.. gadjet dapur la.. nak kasut laa hand beg laa.. and list goes on.. but i try t control it.. Tak nak laa jadi macam cite confession of the shopaholic..
Owh, i will always swipe my credit card eventho its only RM20 or RM30.. even less than that pun pernah.. Bila-bila or di mana sahaja yang boleh kecuali pasar malam or kedai runcit la.. But hey, ada peniaga yg pakai touch n go e wallet, boost, grab pay.. tau.. u might be suprise.. I just top up my mana-mana my ewallet apps using my credit card.. then i have a cash money in my ewallet to pay for it at kedai2 kecik2 yang participated. SO more point for me..
But be careful la ye.. sometimes ada merchant yang will charge u extra if u pay using credit card..Need to ask dulu yee.. sometime kedai kecik2 less than RM50 kalau guna credit card dia ada sikit charge.. but i rarely find those type of merchant now.. dulu2 selalu.. then that time i opt for cash la.. tak mo laa spend more kan.. And yang risau ada mata lain yang memandang or anggapan cashier? Ada yang rasa malu ke? Takut kena viral.. pakai tudung branded, baju branded, beg branded tapi RM25 pun pakai bayar kad kredit.. cash takde ke? takut kena sound gitu??
Heee ada jee orang bercakap2 gitu uols.. believe me.. pernah jadi kat i pakcik ni dia bukan bercakap dengan i pun.. dia bercakap dengan wife dia. macam mempersoalkan yang i takde duit ke sikit pun nak bayar dengan kad.. I just toleh and senyum je sebab dia orang yang lebih tua dari i.. tak perlu la aih nak bg justification or tunjuk i ada je pun cash in that amount or maybe lebih lagi..
I husnuzon maybe dia takut i jadi mangsa kad kredit kan.. biasalaa ayah i pun akan gitu kalau dia tau cara perbelanjaan anak dia ni.. dah bini dia tarik2 tangan diaa bila i pandang belakang.. yelah dah que belakang i kan, i dengar laa.. hehe.. tapi Iols memang tak malu uols.. What for fikir pendapat orang and become inferior dengan cacian org.. I know my spending well and if they can’t accept credit card iols still ada debit card or cash in hand.. cuma tak banyak laa.
I penakut actually bawak duit banyak2.. have history kena ragut dulu.. Tapi kini i rasa maybe dah org tak pelik kot, sebab debit card dah diguna secara berleluasa.. kan sibuk aje di sana sini campaign cashless.. the different is u can opt for paywave if credit card to make a payment.. but if u use debit card u need to key in ur pin no and im not sure either using debit card have the same benefit as using credit card. Belum study uols.. hehehe.. next tips laa ehh..
Ok uols. i think that all konon my short tips sharing akhirnya menjadi sharing panjang berjelaaa… Please share if you rasa its will help others or will help someone you know. And if ada fakta i yang salah.. please laa bg tunjuk ajar sama2 dalam komen ye.. Doakan yang baik-baik untuk i and family.
I harap ilmu ni bermanfaat untuk ramai orang.. panjang-panjangkan laa agar pahalanyaa dapat kat i jugak even u dont know i sapa.. I bukan perancangan kewangan tau so in my tips maybe ada flawsnyaa.. and juga tak kerja mana-mana bank so maybe apa yang i faham salah.. Thats why I i dont mention any bank here.. So pandai2 laa pilih.. Komen yang murni2 tau.. toodles..
Thank you sebab membaca.
Lots of love..
– Cik Puan Intan Payung (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit