Terima kasih Admin jika sudi approve tulisan aku ini. Ini adalah reply kepada Confessor yang bagi 21 sebab kenapa tak kahwin lagi dan kepada wanita-wanita yang sedang fikir seperti beliau. Kononnya “SINGLE IS BETTER”
Bahawa kononnya perkahwinan itu BEBAN, perkahwinan itu MEMBANTUTKAN individu, perkahwinan itu MENYEKAT kebebasan, dan bermacam-macam lagi kenyataan yang sangat berani dikeluarkan dalam skala nasional. Aku adalah seorang Wanita dan Isteri, mari sini aku terangkan kenapa wanita itu fitrahnya perlu kepada seorang SUAMI
(1) Kau tak reti lari dari maksiat. Kau TAK reti.
Adalah fitrah kita, kita tertarik kepada LELAKI. Telah Allah ciptakan kita, selalunya akan ada 1 atau 2 lelaki yang sangat cucuk dengan kita, pandai hormat kita dan selesa dengan dia/mereka. Walaupun kau boleh aje heret Ayah kau atau Abang kau (iaitu mahram-mahram yang HALAL utk kau bergaul) pergi shopping mall untuk beli handphone dan laptop, tapi kau rasa lebih CONVENIENT untuk ajak seorang kenalan lelaki sebab kau memang SELESA dengan dia. Kau boleh call Paktam (mahram) untuk datang tolong kereta rosak tengah jalan, tapi hati terdetik eh maybe boleh call Azmi, Azmi sure pandai baiki karburetor nie. Entah betul tak aku eja.
Point aku ialah , FITRAH kita ialah kita tertarik kepada lelaki. Aku ucapkan tahniah kepada wanita2 solehah yang berjaya tekan nafsu ni. Sebab itu lah, kita kadang-kadang jatuh dalam hubungan2 haram yang ringan contohnya jumpa kawan office lelaki kat luar, main sms dengan member class lelaki, main WhatsApp dengan rakan lelaki department sebelah. Apa masalahnya?
Masalahnya semua ini adalah maksiat yang Allah tak suka. Allah telah haramkan ke atas kita perempuan untuk bebas memandang lelaki sesuka hati kita (wajib tunduk pandangan), Allah haramkan kita berhias-hias dengan cantik dan Wangi depan lelaki-lelaki ini, dan Allah haramkan kita guna suara yang lembut bila bercakap dengan lelaki ni. Dah berapa kali kita berWhatsapp dan berSMS dengan lelaki sambil kita buat-buat ketawa manja?
Dah berapa kali kita bercakap di telefon dengan kawan lelaki sambil suara dilembut-lembutkan, sesuatu yang jelas Allah LARANG bagi wanita mukminin. Sebab itu aku kata , kita tak RETI lari dari maksiat. Kita memang tak reti. Kalau kita cuba lari, kawan-kawan ajak. Kawan-kawan semua ada boyfriend, yang lelaki pun boleh tahan ramai cuba ajak kau keluar dan ajar berchat di Whatsap/Facebook. Celah mana yang kau reti JAGA DIRI?
(2) Allah bagi jalan keluar —> NIKAH
Maka sebab Allah tu TAHU yang kau memang tak reti nak jaga, susah gila kau nak jaga mata kau dari melilau tengok anak-anak teruna yang lalu walaupun kau memang cover gila dari tengok,maka Allah bagi jalan keluar iaitu NIKAH. Dengan cara bernikah, kau akan ada satu orang lelaki yang kau boleh buat APA SAJA dengan dia. Kau nak tenung dia sampai terjojol mata, silakan. Kau nak berborak dengan dia sampai bernanah telinga dia dengar cerita kau pasal tudung dan make up, silakan. Allah sedia jalan keluar ini untuk ELAK dari kau jatuh ke lembah maksiat bersama lelaki-lelaki yang ramai tadi. Dengan lelaki yang sorang ni, kau nak bertabarruj siang malam pun SUKA HATI kau, lagi dia suka kau bertabarruj depan dia siang malam. Make up 14 inchi pun takpe. Tapi untuk lelaki-lelaki yang ramai tadi?
H.A.R.A.M
(3) “Eh tak bebasla kawin, terkongkong hidup”
Seriously aku cakap, sejak aku kahwin dekat 10 tahun nie, yang aku betul-betul rasa terkongkong ialah apa tau? 3 benda je.
a. Kekerapan untuk balik rumah mak bapak sendiri
b. Kekerapan dan kebebasan untuk ziarah saudara mara yang aku saying/suka
c. Duit ringgit untuk aku beli benda-benda yang “nafsu” aku nak (bukan keperluan)
Bila dah kawin, nak balik rumah mak bapak pun of coursela aku kena tengok jadual kerja suami, pastu duit yang ada sebab kos nak balik kampong tu. Pastu kalu dulu aku bebas gila gi ziarah mak sedara sana mak sedara sini, sekarang ni aku kena tengok suami aku letih ke tak letih ke nak heret dia pegi kampong A pastu kampong B. Pastu dari segi duit ringgit, dulu aku boleh beli handbag dan kasut ikut suka hati aku la tapi lepas kawin, nak beli bunga atas meja pun Suami aku tak kasi, bukan dia kedekut, tapi sebab dia rasa bunga-bunga tu menyemak je. Pasu-pasu tu buat semak rumah je, rimas dia. Ok fine, tak yah beli pasu, huh. Tapi kdg2 aku beli jugak haha sambil aku justify banyak2 KENAPA perempuan perlu beli pasu bunga, abang je yang tak faham. Abang je yg tak faham naluri perempuan, kan kan kan???
So, adakah kau rasa aku mcm seorang wanita yang dahagakan kebebasan dan telah hilang kebebasannya kerana ada SUAMI dalam hidupnya? Aku jawab sendiri, TIDAK.
Aku nak pegi mana-mana memang aku kena bagitau dia (suami) dan selalunya dia tak kesah pun. Kalau dia kata tak payah pegi pun, bukan dia nak HALANG kebebasan isteri tapi sebab dia ada some kerisauan tentang tempat dan keadaan tu (tempat tu jauh, atau dia kata situ ramai orang mabuk based on kawan2 dia cerita). Yang dia tak izin selalunya sebab memang dia concern iaitu prihatin, sama macam BAPAK kita dulu risau kita nak pegi ntah mana2. Biasala kita perempaun ni kadang-kadang fikir tak habis.
So aku katakan lagi sekali, aku TIDAK merasa terkongkong dengan adanya suami. Aku pasti ada isteri2 lain yang setuju.
(4) Suami tu SOKONGAN external macam hard disk
Lepas tu, bila kau ada suami, satu benda yang best ialah kau boleh letak atas kepala dia hal-hal yang kau MALAS nak ambik tahu. Contohnya, eh aku tak kuasa nak isi borang-borang yang berkaitan bila nak sewa rumah nak langgan perkhidmatan sekian-sekian. Kau bagi la aku bab pasang internet ke bab pasang letrik ke air ke, aku memang MALAS sangat nak fikir. Maka Allah tu Maha Pengasih Allah bagi kita suami yang selalunya SUDI untuk buat all this shits yang kita perempuan malas nak ambik tahu. Hal computer hal printer rosak hal wayar letrik terjojol keluar kat dinding, kita orang perempuan ni bukan rajin sangat nak buat, baik kita layan IIUMC kat Facebook kan? So benda-benda macam tu lah Allah bagi kau satu system SOKONGAN.
Lelaki yang tidur sebelah kau tulah, yang banyak kelemahan dan kekurangan tu lah, lelaki tu lah yang pertama kau cari bila kereta rosak. Lelaki tu lah yang kau kerah bila mentol lampu tak menyala (sebab kau malas nak layan hal macam tu, baik gi try resipi kek baru!) Adalah FITRAH kita laki perempuan kebolehan dalam hal berbeza, saling MELENGKAPI. Benda-benda yang suami tolong buat tu, kau dah lepas tak payah serabut otak nak fikir. Terima kasih suami.
Aku bab-bab isi borang (walaupun aku ni belajar Undang-undang dan tahu Agreements tu penting), aku tetap malas dan biar dia je baca semua kah3. Aku tunggu dia panggil je suruh tandatangan, Alhamdulillah dia rajin tolong bab ni. Maka aku bolehla terus focus hal rumah dan anak-anak. Sebab itu manisnya perkahwinan ialah kau ada satu system support BUILT – IN, yang kau tak payah segan-segan nak call Tanya “errr, boleh tak kalau nak minta tolong Encik supaya ….x…x…x “. Support tu adalah BUILT -IN.
(5) Tolak ansur
Dalam perkahwinan ni, kau belajar TOLAK ANSUR. Dulu masa tak kawin, aku fikir peraaan aku je . Perasaan mak ayah pun aku x reti nak fikir sgt. Otak bergerak terlalu laju untuk fikir. Apabila berkahwin, DYNAMIK perkahwinan itu menyebabkan otak kau berfikir dengan lebih slow/perlahan such that kau SEMPAT fikir peraaan orang lain
– perasaan mak bapak
-perasaan mertua
-perasaan ipar duai
-perasaan jiran tetangga
– perasaan SUAMI sendiri
otak kau slow-slow fikir benda ni semua rather than dulu fikir pr peraaan kau sorang je, fikir nak menang kau je. Sekarang? Tak. Kau mula pandai consider BANYAK pihak, pandai BERSABAR lebih sikit. Semua ni adalah kerana dynamic yang wujud dalam system pernikahan.
(6) Ujian anak
Eh aku pun x ingat dah nombor berapa. Ok katalah dulu, aku ni langsung tak pernah ambik tahu hal orang2 yang kurang upaya atau budak yang ada ADHD ke Autisme ke, semua tu masa bujang aku TAK PERNAH AMBIK TAHU sebab ia takde kena mengena dengan hidup aku aku yang single dan best ni (masa tu). Tapi
Apabila aku berkahwin dan hasil perkahwinan itu Allah kurniakan aku anak yang mempunyai salah satu Disorder dikalangan kanak-kanaka (contohnya: Autisme) maka sejak itu lah baru aku sedar rupanya aku dulu BUTA terhadap reality hidup. Betapa ramai kanak-kanak yang tidak difahami oleh kita semua yang normal dan dewasa ni, betapa aku dulu SELFISH tak pernah ambik tahu orang-orang OKU. Maka kini, adakah aku sedang berjalan ke belakang? Adakah ah aku spt yg Confessor tu gambarkan bahawa perkahwinan MEMBANTUTKAN potensi seseorang individu?
Realitinya ialah, ada perkahwinan2 yang MEMBUKA potensi individu, MENYERLAHKAN potensi individu hasil kerana apa yang dia sendiri hadapi dalam perkahwinan dia. itu adalah kemajuan,bukan undur belakang sbg mana yang Confessor itu tulis.
OK Aku dah sangt letih menaip maka aku akhiri post ini di sini saja. Perkahwinan itu Allah jadikan Sunnah dan fitrah kerana ADA sebabnya. Jika kau sedang kecewa kerana belum jumpa jodoh (dan ramai pulak yang tak reti bahasa duk Tanya bila nak kawin), kau jangan translate kekecewaan kau tu dengan pendapat-pendapat macam yang Wanita barat pegang tu. Ye, pendapat2 yang kau pegang tu, tentang negatifnya perkahwinan atau LIABILITINYA sebuah perkahwinan, semua itu dah lama dikempen oleh wanita-wanita yang TIDAK ada agama dan mahu “liberal”. They are not new. Istighfar banyak-banyak kalau dah fikir macam tu, sebab Allah telah jadikan marriage itu Sunnah dan fitrah. Cuma, jodoh kau belum sampai, tu je. Allah tak bagi lagi.
Yang lain-lain pun tak perlu pressure mereka ni dengan soalan bila nak kawin k. Perkahwinan tu sendiri ada manis dan ada susahnya, that is the reality and dynamic of a marriage Wallahua’lam. Single tu ada berkatnya kalau JAGA DIRI dari maksiat, perkahwinan pun ada berkatnya kalau JAGA DIRI dari dosa-dosa sebagai isteri
– ISTERI BIASA
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit