6 Tip Jimat Makan Ketika Lapar

Assalamualaikum w.b.t. diucapkan kepada pembaca muslim dan selamat sejahtera buat pembaca2 non-muslim di Malaysia. Aku sangat berharap admin boleh approve tulisan aku ni. Aku menulis ni dalam keadaan lapar. Ya, sangat-sangat lapar. Aku adalah seorang pelajar universiti awam di ibu kota. Ayahku seorang pesawah dan membuat kerja-kerja membersih hutan. Ibuku adalah seorang suri rumah. Adik-beradikku ada diantaranya adalah pekerja kilang dan suri rumah [kakakku telah berkahwin]. So, ini adalah introduction cerita aku. Anda pun boleh agakkan apa yang aku nak sampaikan. Nak diringkaskan cerita, ya…aku dari keluarga yang susah, eh…maaf, mungkin sederhana [kerana masih ramai lagi yg hidup susah dari kami]. Hanya aku seorang saja dari adik-beradikku yang berjaya melanjutkan ke universiti. Bahkan aku sekarang ini telah berada di peringkat pengajian master. Bukan aku berbangga dengan pencapaian diri, jika dibandingkan dengan rakan2 ku yang lain, aku ini hanyalah ibarat semut dan mereka itu gajah [dari segi ilmu dan kewangan]. Namun, setidaknya, aku bangga sebab dapat membanggakan ibu dan ayahku.

Post aku ni bertujuan untuk share, bagaimana aku cuba…dan masih lagi cuba untuk berjimat untuk meneruskan hidup di universiti. Sebelum aku share ni, dengar la cikit celoteh aku tentang kehidupan aku di universiti ni. Selama belajar ni, dah macam2 kerja aku buat. Dari kerja professional sampai la ke kerja2 sambilan biasa. Jadi guru ganti, jaga booth buku, pembantu kedai kain..agen dropship dan lain2. Ada macam2 pengalaman, dapat boss yang queen control sampai 1..2 pagi nak whatsapp, dapat bos yang tipu gaji…cakap sejam 7 ringgit, last2 bagi rm3, ada boss yang xpenah masuk kedai tapi leader je lebih2. Aku banyak kali kerja2 part time ni tak sengaja terserempak dengan pensyarah, tapi buat2 la tegur selamba macam xsegan. Aku x kisah pun…eh, sebenarnya malu cikit pun ada. Kawan2 lain boleh bawak moto/ drive kete masuk uni, aku keje jalan kaki je. Nak kerja jauh2 cikit tak boleh, sebab transportation aku terhad. Baru2 ni aku dah VIVA..kalau sapa yang tak tau ni, no problem aku jelaskan ya dengan bahasa mudah. VIVA ni adalah perbentangan tesis akhir depan penilai tesis pelajar. Kira syarat untuk graduasi la. Dan aku selalu ulang-alik kampung ke universiti, sebab aku ada sedikit masalah family. Jadi aku tak dapat la commit dengan kerja2… aku dah berhenti sebab fokus tesis tempoh hari dan kerja balik2 kampung saja. Maka sekarang ni, aku cuba mohon zakat2 sama ada melalui universiti atau bank. Haritu aku pergi ke kaunter zakat universiti, kata pegawai zakat tu…, ‘kerja la part time. Awak kan dah Viva, lepas ni awak dah x boleh mohon dah, awak pergi kahwin ke..bukan senang nak cari calon lelaki yang baik2 sekarang ni’. Aku pun macam… ‘what….aku dah VIVA pun, aku masih lagi pelajar di universiti yang perlu merujuk pensyarah bagi pembetulan tesis dan urusan2 seterusnya’. Tapi aku diam je, apa benda dia merepek. Aku pikir redha jelah, nak bertekak pun, aku dah kenal perangai pegawai ni mulut dia macam mana. Ramai dah pelajar komen pasal pegawai2 zakat di universiti kami ni. Buat pelajar macam peminta sedekah. Aku tak tahu macam mana nak jelaskan, tapi lebih kurang begitulah [maafkan aku pegawai2 zakat sekalian, korang tak begitu, tapi mungkin di universiti aku je la]. Aku pun cuba hantar permohonan zakat dari bank, cepat je pegawai bank tu reply. Katanya, tahun ni bank diorang dah x salur pada pelajar perseorangan, tapi dorang terus sumbangkan ke pihak universiti. Means, aku kena mohon dari zakat universiti. So, memang aku tak dapat la mohon, sebab dah pegawai zakat universiti cakap begitu. Hari demi hari, duit simpanan aku semakin berkurang… aku terpaksa la tebal muka minta duit pada ayahku. Duit tu pun aku jimat2. Entah la, aku seorang je ke yang berjimat…aku rasa ada ramai lagi pelajar yang tengah ikat perut. Tapi aku tengok orang2 sekeliling aku, selalu je mengadu xd duit, tapi… hurmm… haritu aku pergi kelas skincare…wah2.. produk marykay. Aku tak kata produk tu tak bagus, bagus…tapi mungkin la xberkemampuan bagi pelajar, melainkan korang ni anak2 datuk atau menteri. boleh pula ramai yang membelinya guna duit jpa/ptptn. pasal makanan pula, pagi2 bangun lambat…tengah hari gajah baru nak buka mata, lepas tu malas nak pergi kafe dan order pizza hut. kalau tak silap aku, makanan2 delivery ni kena order sekurang2nya RM20-25 ke atas… RM25…boleh dah untuk aku makan 1 minggu.

Ni aku nak share macam mana aku try jimat speanjang bertahun2 aku hidup di IPT ni. Untuk sapa2 yang memang betul2 nak berjimat macam aku la.

1- Kalau ada, nasi masak sendiri, boleh jimat. Aku dah kira, kalau nasi masak sendiri, means beras korang cilok dari rumah, sehari untuk nasi kosong, RM1 X 2KALI MAKAN X 30hari sebulan = RM60 [untuk sebulan]. RM60 X 5 bulan untuk 1 semester = RM300. Bayangkan nasi putih saja, modalnya RM300 korang dha telan.

2- Ni petua untuk sape2 yang tak ada periuk nasi. Beli nasi bungkus, isi nasi banyak2 sampai kembung la polisterin. Jangan risau selalunya diorang x cas lebih. Nasi dan lauk diasingkan. Lauk pulak letak dalam plastik…setiap lauk asing2 plastik. Haaaa…korang boleh makan 2x untuk sehari tu. Nanti balik bilik, asing la makan dalam pinggan lain. Yang nasi dalam polisterin tu tinggalkan untuk lewat petang nanti. Jadi budget RM5-6 untuk 2x makan. Aku selalu makan sehari sekali je… atau 2x tu, kalau aku dah bahagi nasi siap2. Jadi, aku anggarkan la, RM6 untuk belanja sehari, untuk sebulan = RM300 untuk lauk + nasi putih. Malam kalau lapar, korang makan roti2 tau.

3- Makan share dengan kawan2. Ni aku selalu buat waktu degree dulu. Cedok banyak2… nanti makan sama2 dengan kawan. Bayar share2 la. Aku beruntung masa degree dulu dapat kawan2 yang rajin berjimat. Masa master ni…hurmm…xdanya. Masing2 dah ada kereta sendiri [kereta family la senang citer], keluar makan thaiseafood, dubuyo, sushi king,la apa ke benda. KFC tu macam celah gigi je bagi diorang, dorang dah jemu. Aku tak dengki, tu rezeki masing2. Tapi korang jangan lak nak merungut takde2 duit.

4. latih diri berpuasa/ makan sedikit dalam 1 masa. Ni betul. aku dah buat. aku rasa, kantung perut manusia ni macam plastik getah… kalau korang sumbat makanan banyak2..jadi kantung perut akan membesar. bila dah terbiasa hari2 begitu, saiznya akan membesar dan masuk angin kalau korang tiba2 isi makanan sedikit. kalau dah biasa makan sikit2, jadi perut korang maintain je saiznya, dan susah nak masuk anign. ni eksperimen aku untuk perut sendiri. hahahaa…budak2 medic kalau kebetulan baca, tolong la betulkan formula aku ni kalau salah, atau tolong jelaskan guna bahasa medic sikit.

5. zikirlah ketika lapar. dulu, aku pernah tak ada duet. baki akaun, mungkin dalam 50…dan mesian atm x ada wang kertas RM10. jadi aku tak dapat keluarkan duit. Aku ada baca, zikir2 asmaul husna boleh elakkan dari rasa lapar. sesiapa yang ada doa2 khusus, boleh la share sekali. Aku ni x pandai sangat. tapi aku pernah buat..sampai berair2 air mata. Aku minta2 aku tak rasa lapar. aku urut2 perut aku sambil mengadu kat Allah. ‘Ya Allah, bagilah aku kenyang, jangan la bagi aku lapar’. Allah seperti kabulkan. Aku jadi kurang lapar dan makan sedikit saja boleh kenyang. Kalau tak tau doa apa sangat, sembang je la dengan Allah. Nak mengadu ke, membebel ke, menangis ke… Dia faham, dan Dia akan bantu.

6. dan habis jimat, puasa, zikir semua…haaa ada lagi 1. rajin2 lah sedekah kat orang. aku ni, walaupun slalu xberapa makan, tapi bila ada duit lebih aku akan belanja kawan2,,,even kadang tu diorang kaya lagi kot dari aku. Tapi aku slelau belanja yang biasa2 je. Hahaha.., sebab aku tengok, orang yang berduit ni, selalu kedekut. Satu hari, ada kawan master aku belanja aku makan, aku serba salah la cakap kat dia…lain kali kalau aku kerja, aku belanja dia pulak. Tiba2 kawan aku kata, takpelah kali ni dia la belanja. Dia bukannya kaya, tapi dia perasan…selalunya kawan2 yang belanja dia bukanlah dari golongan kaya2, tapi kaya dengan hati murni. aku pun rasa, sebab aku belanja kawan2, selalu la jugak ada kawan2 belanja aku. Selalunya yg aku belanja tu, xpulak terasa nak belanja aku balik, tapi Allah balas pula orang lain yang belanja aku. Manusia tak perlu diharapkan balasan kot, sebab Allah tahu dan Allah akan balas setiap kebaikan kita.

Ni aku share pasal jimat makanan je…sebab aku tengah lapar sekarang ni. Yang lain2 korang la pulak tulis ya. Terima kasih sudi membaca.

– Adik Comel

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit