6 Tip Untuk Berani Pandu Kereta

Salam readers.

Just straight to the point, aku nak cerita macam mana aku yang dulu trauma gila bawa kereta tapi alhamdulillah sekarang dapat drive seperti biasa. First of all, aku cerita dulu la macam mana aku boleh trauma dan hilang keyakinan nak bawa kereta.

Lepas SPM aku kerja sambilan kat satu tempat ni. Biasanya aku akan menumpang kereta member yang keje kat situ gak. Tapi sebab tak nak menyusahkan orang lain aku try la nak drive kancil manual yang ada kat rumah ni. Masa weekend tu aku dah try la bawak dengan ditemani ibuku yang tercinta di sebelah. Konon dah berani la bawak sekali dua. Esoknya aku try bawak sorang2.

Masa pergi ke tempat kerja tu alhamdulillah sampai dengan selamat tapi masa nak balik tu tiba2 kereta pulak tak dapat start. Aku start enjin sambil tekan minyak pon tak boleh. Pulak dah! Nak dipendekkan cerita lepas 10 minit kereta dah boleh start. Aku drive macam biasa tapi bila sampai simpang kereta banyak. Aku jadi menggelabah dan lambat tekan brek. Bammmmm!! Langgar kereta sorang mamat ni. Fyi, masa tu aku baru je dapat lesen L tapi bajet berani pergi drive macam dah ada lesen P. Kau tau tak apa kesalahan kalau orang yang ada lesen L bawa kereta di jalan raya tanpa pengawasan? Aku boleh kena dakwa kat mahkamah wehh. Nasib baik brader ni baik nak setel belakang je. So aku bayar la kos repair kete dia dengan duit gaji yang tak seberapa. Kete kancil yang aku bawak tu ayah aku terus jual sebab katanya kereta ni berpuaka sebab kalau sesiapa yang bawak semua pakat nak menjahanamkan sejak abang kakak aku mula2 bawak kete sampai la ke aku. Haha

Sejak daripada kes tu, aku dah tak berani nak bawa keta. Nampak kecik je kan masalah tapi tahap ketakutan seseorang tu berbeza. Kau tak boleh nak samakan orang yang takut dengan kucing dengan kau yang takut lipas. Ok takde kaitan. After that accident, aku tak drive selama 3 tahun lebih. Sampai lesen P aku dah tamat tempoh aku tak drive2 lagi.

So how do I gain confidence to drive again? Bila aku dapat tawaran keje dekat KL. Walaupun seronok tapi nak pengsan sebab memikirkan macam mana aku nak pergi kerja hari2. Kereta dah ada cuma aku je yang tak berani nak bawa. So, ni antara apa yang aku amalkan selepas hampir setahun aku bawa kereta semula:

1. Terpaksa. Bila dah terpaksa kau memang takde pilihan lain. Aku rasa kalau aku tak dapat tawaran keje kat KL memang selamanya aku tak confident nak bawak kereta. Nak naik public transport? Aku kadang2 habis keja masa tak tentu. Dah la kalau naik public kena tukar station bagai nak sampai rumah. Nak tak nak memang kena drive jugak nak pergi balik kerja. How to overcome the fear? Face the fear. Aku face the fear nak bawak kereta tu sampai licin stereng sebab tangan basah nervous punya pasal. Mula2 bawak tu memang jangan sesiapa ajak sembang dengan aku sebab aku takkan layan sebab nak elak distraction.

2. Baca doa. Yes! Nampak simple tapi berapa kerat je yang masih amalkan? Doa kan senjata orang mukmin. Kita yakin sangat dengan kebolehan kita dan kepakaran memandu semata-mata macam cerita need for speed tu dapat menyelamatkan kita di atas jalan raya. Jangan lupa baca doa naik kenderaan. Ayah aku selalu pesan baca doa keluar rumah “Bismillahi tawakkaltu…”. InsyaAllah Allah akan lindungi kita selama mana kita di luar sampai balik ke rumah. Ustaz pon ada pesan baca 3 Qul dan ayat kursi. Bukan lama sangat pon. Bukan suruh kau baca yassin dalam kereta. Mungkin kita ni dah memandu dengan berhemah tapi kena ingat yang bukan semua pemandu berhemah bawak kete macam pelesit tak tahan nak terberak. Jangan lupa baca doa okeh?

3. Rancang perjalanan. Dulu-dulu sebelum aku lapor diri masuk ofis kat KL, aku try dulu bawa kereta dengan abang aku kat KL. Cari jalan ke tempat kerja bagi familiar sikit. Lepas tu, nak biasakan diri dengan suasana jalan raya di KL. Kalau korang nak tahu tapi aku rasa semua dah well-informed macam mana orang KL ni bawak kereta. Masing2 nak cepat. Jalan kecemasan diredahnya sebab nak elak jem kononnya tapi in fact lagi menambahkan jem. Nak kena pandai menyelit sebab banyak sangat simpang. Sesat? Aku pernah je sesat sebab ralit sangat bersembang.

4. Ikut undang2 jalan raya. Seems cliché right? Tapi itu yang crucial. Fokus pada pemanduan. Jangan main handphone. Membahayakan diri sendiri dan orang lain. Nak tukar lane bagi signal. Tolong bagi signal. Tolong! Tolong! Kesian la dekat pengguna jalan raya yang lain lagi2 penunggang motor. Banyak kali accident depan mata aku sebab kereta tukar lane tiba2 tanpa bagi signal. Aku pon pernah buat dan kena hon. Memang salah aku pon kan. Pengguna jalan raya yang lain tak tau kau nak pergi mana melainkan kau turunkan tingkap dan jerit “Woi! Aku nak ke kanan nihh!”

5. Relaks. Time bawak kereta jangan cepat menggelabah. Perempuan kan memang cepat menggelabah. Tapi try to minimize. Zikir banyak2 bagi nak kurangkan rasa cuak. Kalau nampak lori ke bas kat sebelah, takyah gabra sangat. Fokus dekat lane kita je but at the same time alert dengan surrounding.

6. Kuatkan semangat. Aku pernah mengalami situasi yang penumpang tak percaya dengan kemampuan aku bawa kereta sampai cakap “Mati la kalau aku naik kete dengan dia ni”. Sedih gila aku masa tu. Aku ada sorang member yang suka komen kalau aku bawak kereta. Komen dia mengalahkan JPJ. Aku parking huduh senget sikit dia komen, aku bawak slow dia komen, aku terlanggar bonggol dia kata tak ingat penumpang. Duit minyak aku ke hulur hilir bawak dia jalan2 takde pulak ingat nak bayar. Suruh bawak kereta tak nak pulak bawak. Orang2 macam ni kau tinggalkan je tepi jalan. Jangan sesekali give up walaupun orang kata macam2. Kuatkan semangat. Tunjukkan pada diorang yang kau mampu sebenarnya.

Tipu la kalau aku cakap mula2 aku bawak kereta kat KL aku dah hebat macam Alex Yoong. Mula2 bawak tu memang slow la cuma takde la slow sangat sebab kat highway kan. Kena hon? Takyah cakap la berapa kali kena hon? Pernah ada satu ketika aku nak potong satu van dekat highway. Aku dah bagi signal tapi kena hon. Dalam van tu ramai lelaki dan mungkin sebab diorang nampak yang memotong van diorang ni adalah perempuan sorang2, diorang end up kejar aku sampai simpang siap keluar kepala sebab tak puas hati. Okay la, sori. Lepas ni aku tak potong dah, aku langgar je terus. HAHA. Btw, aku tak tipu bila dah biasa bawak, ketakutan tu akan pudar lama kelamaan. Alah bias tegal biasa kan?

So, for girls out there, takut nak bawa kereta? Aku pon dulu takut jugak. Face your fears. Gagal sekali tak bermakna gagal sampai bila2. Even aku pon gagal 2 kali masa nak amek lesen dulu haha. Kalau aku yang trauma ni boleh bawa semula kereta, insyaAllah you guys pon boleh dengan sebulat tekad dan keterpaksaan. Jangan lupa doa supaya Allah bagi kekuatan dan semangat. Semoga ada la manfaat walaupun sedikit.

P/S: Tak fokus dekat girls je sebab aku jumpa juga guys yang mempunyai masalah yang sama. LOL

– Kazekage

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit