Aku pasti ramai dalam kalangan kita yang sudah membaca kisah “Peninggalan Arwah” oleh saudara Mus. Bahkan ada yang membuat pengakuan mula mengambil perhatian terhadap page IIUM Confessions melalui kisah tersebut. Sehingga takat ini, kisah tersebut telah meraih 75500 pembaca. Itu belum dicampur lagi dengan Part II, III dan IV yang secara total hampir mencecah 300k perhatian sejak ia mula dipublish! Ya, aku antara yang masih tak boleh move on dengan kisah tersebut dan tidak keterlaluan untuk aku anugerahkan ceritera tersebut sebagai 2016 Best IIUM Confession of the Year Ever! Haha. Berikut aku senaraikan 7 sebab mengapa kisah tersebut menjadi tular dan sangat best untuk dibaca:
1. Berbeza dengan kisah-kisah lain. Kebanyakan confessions lain hanya berkisarkan cintan-cintun, roommate yang malas kemas rumah, kisah ibu mertuaku, isteri psiko dan pelbagai lagi. Sememangnya kisah Mus berjaya memecahkan genre-genre tersebut dengan kisah fresh berkaitan sejarah yang dikupas secara santai namun teliti.
2. Penceritaan yang jelas dan kemas. Gaya bahasa yang mudah difahami, santai, tidak meleret, intonasi, konotasi dan emosi yang kena pada tempatnya, ada unsur humor, build up suspense walaupun ia sebenarnya merupakan sebuah cerita tentang sejarah. Gambaran visual struktur rumah tersebut turut disertakan untuk mendapatkan gambaran jelas tentang beberapa keadaan yang mungkin sukar dibayangkan oleh pembaca, maka Mus dengan rajinnya telah melakar rajah dengan cantik dan terperinci. Aku syak Mus ni merupakan seorang arkitek atau jurutera muda lah! Haha
3. Membawa pembaca ke dalam dunia Mus. Tidak dinafikan, apabila aku membaca kisah tersebut, ia secara tidak langsung membawa aku masuk serta membuai emosi dan imaginasi aku ke dalam dunia Mus. Seperti masuk ke rumah agam tersebut dan mencari klu-klu yang tersembunyi sehingga ia berjaya dijumpai. Memang thrill!
4. Semangat ingin tahu Mus yang tinggi. Terima kasih kepada Mus yang mempunyai sifat high curiosity dan enthusiastic untuk mencari jawapan dan tidak hanya terhenti setakat menatap gambar-gambar lama tersebut sahaja. Daripada membilang lengkuk di bilah keris yang hanya ada 24 sehinggalah kepada penemuan barangan kemas dan barangan berharga yang lain. Kalau kebanyakan daripada kita tentu sudah surrender beb! Haha
5. Semangat kekeluargaan dan nilai kegamaan. Dalam kisah ini ditunjukkan bagaimana semua ahli keluarga besar berkumpul di rumah peninggalan tersebut sewaktu Raya dan juga turut bergotong-royong mengemas rumah dan membuat bbq. Selain itu juga, ada ditunjukkan nilai agama seperti Tok Mus yang beribadah di sepertiga malam dan juga part Mus solat Subuh (berjemaah) bersama Ayahnya.
6. Klimaks. Tidak dinafikan, cerita ini bermula dengan gambar-gambar yang Mus peroleh daripada Hidden Drawer yang menunjukkan gambar keris dan cincin kepunyaan moyang-moyang Mus. Namun, klimaks kepada cerita ini bagi aku ada di kisah Peninggalan Arwah IV (The Last Part) apabila “kawan” Mus yang dipanggil Alya text Mus menerusi Whatsapp dengan bertanyakan soalan “Mus, hows your day?” dan seterusnya Mus mengambil selfie yang membuatkan Alya tertanya-tanya apa bilik di belakang Mus itu. Di sinilah mencetuskan idea Mus untuk mencari Bilik Rahsia (Operation Room) tersebut.
7. Nilai sejarah. Bukan setakat nilai sejarah tentang perjuangan bangsa Melayu yang cuba diterapkan dalam kisah ini, tetapi nilai sejarah keluarga Mus yang amat bermakna. Bagaimana selepas beberapa generasi, baru susur-galur keluarganya yang hebat berjaya dibongkar. Walaupun Mus boleh dikatakan “orang bandar”, tapi aku suka melihat gelagat Mus berborak dengan Tok nya. Ada satu confession lain (Baca: Pembongkaran Confession Mus) mengatakan kemungkinan rumah tersebut berada di 3 negeri Sistem Residen selain Perak iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Tapi mungkin aku boleh kecilkan skop tersebut kepada Negeri Sembilan kerana di Part III, terdapat dialog yang dilontarkan oleh Tok Mus yang berbunyi “Kau jangan nak membongak (menipu) dengan Tok wahai anak muda”.
Ada sebabnya kenapa Allah mentakdirkan Mus yang menjumpai segala peninggalan tersebut. Akhir kata, walaupun aku seperti kebanyakan yang lain sangat berharap agar kisah ini difilemkan atau menjadi novel supaya ia dapat menjadi satu bahan sejarah yang bermakna, namun harapan aku ialah agar ia benar-benar jatuh ke tangan penerbit dan pengarah yang berkaliber dan berwibawa yang sudah terbukti dapat menghasilkan sebuah naskah sejarah dengan baik dan bukan sekadar cerita atau filem tangkap muat semata-mata kisah ini menjadi tular di laman sosial. Kau tahu kan Mus cerita kau ni boleh menjadi mega dan menang banyak award kalau dibuat dengan betul? Entah-entah boleh masuk pencalonan Oscars mana tahu!
– Abang Jubah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit