7 Tahun Berumah Tangga

Melihat kepada kisah artis semasa Fatt & zura ni, ada juga article berlegar di fb berkenaan ujian 7 tahun berumah tangga.

Lepas tu aku tengok muka Fatt yang sedih tu, teringat aku tahun lalu. Kalaulah berlaku hingga ke mahkamah.. mungkin begitu jugalah muka suami aku.

Kadang-kadang rasa betul juga ujian rumah tangga tahun ke-7.

Bagi aku, wanita kalau dah melangkah ke mahkamah, kemungkinan besar memang dah bersabar lama dengan dugaan.

Aku tak cakap artis lelaki tu salah sebab kes mereka ni memang tak tahu punca. Tapi aku cakap untuk kes aku.

Selama 7 tahun perkahwinan, tahun ke-7 inilah aku hampir ke mahkamah untuk failkan penceraian fasakh.

Tindakan yang aku buat selepas sudah habis berusaha cara lembut, cara kasar dan seek advise dari kaunselor rumah tangga juga.

Suami aku nampak baik. Bukan curang. Sayang anaknya. Tapi culas mencari nafkah tersangat-sangat.

Kerja memang ada. Cuma kerjanya gaji hari. Bila bos tiada projek, dia pun membuta di rumah. 2 bulan tiada projek, 2 bulan lah membuta.

Aku suruh buat part time dan freelance, pelbagai alasan diberikan. Dia cakap aku tak faham kerja dia. Tapi 2 bulan membuta di rumah, sesen pun duit tak masuk.

Bila duit tiada, aku lah yang stress. Fikirkan nak bayar rumah, kereta, sekolah anak. Belanja rumah. Mujurlah aku ni bekerja juga tapi income tidak tetap.

Bukan aku tak berusaha untuk dia sedar yer. Pelbagai usaha aku buat. Aku masa telur setiap hari supaya dia rasa muak.

Bila dia tanya lauk lain, aku cakap je “Dah takda duit macam mana nak beli lauk”. Tapi dia masih serupa seperti itu. Hanya tunggu kerja dari bos tanpa usaha buat part time atau berusaha cari kerja lain.

Aku pergi jalan-jalan dengan anak dan family, aku tinggal je suami aku. Yelah dia takda duit buat apa semua benda aku nak tanggung.

Bila ajak berbincang berkenaan income, dia cakap “asyik duit, duit, duit”. Eh, habis tu nak hidup tak perlukan duit ke?

Dari guna perkataan lembut, akhirnya sampailah tahap aku guna perkataan kasar. Aku tengking² je dia. Aku cakap dia biawak hidup. Tahu pulak nak marah.

Aku dah sampai tahap terpaling nekad bila dia persoalkan aku pergi vacation, lepas tu takda duit bising.

Eh, suka hati akulah duit aku. Nafkah ni tanggungjawab siapa? Aku pergi jalan pun, anak aku tak pernah terbiar. Cukup makan pakai. Yuran pun aku terpaksa bayar sebab dia tiada duit.

Kenapa dia tiada duit? Seperti yang aku tulis di atas, kerja dia tunggu ada projek sahaja. Tak de projek, takda gaji lah.

Aku halau dia dari rumah. Ini rumah aku. Kereta aku.Nama aku. Aku yang bayar sebahagian besar. Dia hanya bayar 2 ribu sahaja ketika baru beli rumah.

Lepas kena halau, malamnya dia balik pulak rumah. Ingatke taknak balik dah.

Tiada siapa yang tahu masalah kami sebab aku tak pernah bercerita pada sesiapa. Nampak harmoni sahaja.

Aku cari kaunselor rumah tangga bertaulian untuk aku minta khidmat nasihat. Kaunselor suruh aku tuntut fasakh. Buat apa stay lagi? Tak kasihan pada anak ke sebab lihat bapanya begitu. Dah la solat pun sudah lama ditinggalkan.

Aku beritahu pada ibu aku tentang apa yang akan aku buat selepas ini. Ibu aku tak menentang. Cuma nasihat dia, cuba beritahu pada keluarga dia juga. Takut mereka terkejut sebab selama ini tak pernah tahu masalah yang berlaku.

Jadi, aku pun beritahu pada kakaknya. Syukurlah keluarga mertua bukan sejenis backcup anak. Kakaknya terkejut dengan apa yang terjadi dan dia akan cuba nasihatkan adiknya.

Sebelum aku ke mahkamah, aku inform dulu suami aku. Tunggu surat mahkamah. Kalau esok dia masih membuta lagi tanpa usaha, sampailah surat tu kat tangan dia..

Aku cakap kat dia “Pilihlah nak tidur dengan anak setiap malam, atau jumpa anak 2 minggu sekali je”. Dia memang sayangkan anak dia. Tambahan kami ada seorang anak sahaja.

Kenapa kaunselor suruh tuntut fasakh dan bukan cerai biasa? Sebab aku memang simpan semua bukti kos perbelanjaan yang aku keluarkan selama ni. Video dan gambar setiap hari dia membuta pun aku simpan.

Aku tunggu sekejap 2-3 hari tengok dia nak berubah ke tidak?.

Sejak peristiwa tu, dia dah tak berani membuta. Tetiba rajin hantar ambil anak sekolah. Berusaha cari kerja lain. Boleh pula buat part time dan freelance.

Aku ni bukan mata duitan. Aku cuma mahu suami yang berfungsi sebagai suami.

Sebelum korang tanya kenapa kawin dengan dia?. Masa aku kenal, dia seorang yang rajin bekerja. Kerja siang malam. Public holiday pun kerja. Income agak stabil.

Tapi lepas kami kawin, company dia kerja tu semakin kurang projek dan pembayaran gaji pula selalu bermasalah.

Kadang-kadang aku terdetik “Orang kata lepas nikah murah rezeki, tetapi kenapa kami makin sempit?”. Suami aku pula sejenis takutkan risiko. Dia takut nak bekerja tempat lain, environment baru.

Dari habis study sampai sekarang masih setia dengan company tu. Aku pun tak tahu apa yang difikirkannya. Tak kasihan pada anak bini ke?. Bukan aku tak suruh tukar kerja, tapi pelbagai alasan yer. Biasalah lelaki ego tinggi melangit.

Ok, berbalik kepada kisah tadi. Dia mula berubah. Kalau dulu pelbagai alasan bila aku suruh cari kerja dan tanya company lain. Sekarang, tanpa di suruh memang dia berusaha cari kerja lain dan bertanya kawan-kawan.

Kalau dulu terlalu banyak alasan untuk buat part time dan freelance, sekarang dia ikut je cadangan aku untuk buat freelance

Dia tak berani membuta siang hari dah.

Aku masih dengan prinsip aku. Kalau dia buat perangai balik, aku tak teragak-agak ambil video dia tidur siang setiap hari untuk dijadikan bukti ke mahkamah.

Selepas setahun peristiwa tu, dia dah jauh berubah. Aku rasa macam mimpi pula.

Bab solat pun tak perlu lagi aku suruh dan perli. Dia sendiri yang solat bila masuk waktu.

Bab kerja, sekarang ni hari-hari bekerja termasuk weekend. Setiap kali dapat gaji dan advance, sebagaian besar memang diberikan pada aku untuk bayar rumah, bil utilitis dan perbelanjaan anak.

Walaupun masih tak cukup dan aku terpaksa tambah. Aku tak kisah sangat sebab aku mahu dia berusaha dan berfungsi sebagai seorang suami dan bapa. Kalau dah tak cukup selepas berusaha, barulah aku bantu.

Kenapa lelaki ni, kita ajak berbincang sangat susah?. Dah usaha cara lembut tak jalan. Cara kasar tak jalan.

Akhirnya nak pergi mahkamah betul-betul baru nak berubah?. Itupun mungkin dia tahu dia tak mampu buat apa ke mahkamah sebab aku sejenis simpan bukti.

Entahlah. Lelaki sangat complicated.

Sayang ke tak suami aku? Selagi dia masih berusaha sebagai seorang suami dan bapa, aku sayang. Kalau dia jadi macam dulu balik, aku tak teragak-agak untuk melangkah ke mahkamah.

– Cik Kentang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Syabas puan. Tindakan yg sangat saya sokong. Jangan jd lembek dibuli suami yg tak berfungsi selayaknya.
    Saya percaya, kadang2 kekerasan diperlukan utk org berubah….semoga sisuami terus berfungsi sebahai suami…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *