7 Tahun Perkahwinan Tanpa Anak

Saya dan suami berkenalan lebih kurang 10 tahun dahulu. Fast forward to 2018, dah 7 tahun usia perkahwinan kami. Sebelum berkahwin dah setuju nak jadi pasangan PJJ sejak awal kahwin kerana masih muda dan tuntutan kerjaya masing-masing. Paling lama tak jumpa adalah 6 bulan tapi ada masanya lama juga duduk bersama.

Selepas 2 tahun tak berjaya mengandung kami berubat untuk mendapatkan anak. Pakar kata kami berdua normal dan tiada masalah. menjelang 2 tahun usia perkahwinan, saya mengandung. Sayangnya hanya bertahan 7 minggu, lalu gugur. Sedih tak terkata. Selepas itu, kami Cuba berubat lagi tapi tak berjaya. Sampai sekarang ni bila akhirnya dah duduk bersama, masih belum mengandung. Cemburu juga tengok orang yang baru kahwin terus mengandung dah dapat baby. Terfikir juga kalau kami dah ada anak nak masuk darjah 1 kot tahun depan. Hehe.

Allah tu Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Mengasihani. Rezeki bukan hanya pada anak, datangnya dalam pelbagai bentuk. Bukan nak riak tapi alhamdulillah jumlah duit simpanan kami mencecah 6 angka, rumah dah ada 4 biji walaupun hakikatnya kami dua-dua kerja makan gaji. Petang-petang lepas kerja dan hujung minggu kami bersukan. Ye lah dah masa terluang banyak sangat. Sebelum ni tengok TV atau main game, sungguh tak matang walaupun masing-masing dah 30-an. Beberapa bulan sekali pergi bercuti. Alhamdulillah hidup kami tenang dan bahagia walaupun ada juga tempoh tak tenangnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Sejujurnya, saya tak boleh bayangkan hidup ada anak sekarang ni sebab dah selesa. Lagi-lagi bila dengar cerita masalah gejala sosial dan pemangsa pedofilia membuatkan saya rasa takut untuk ada anak. Layakkah kami untuk dikurniakan amanah yang berat dan dapatkah kami melindungi anak-anak daripada bahaya tersebut? Mampukah kami membesarkan anak tersebut menjadi seorang insan yang beriman dan berguna di mata masyarakat dan agama? Sedangkan kami sendiri kadang-kadang lalai dan alpa. Sesungguhnya kami selesa dengan hidup sekarang dan redha jika takdirnya kami tak dikurniakan anak. Tapi tak bermakna kami akan putus asa! Banyak lagi cara yang kami belum cuba, insyaAllah IVF dalam masa terdekat ni. Ramai juga rakan-rakan yang belum dikurniakan cahaya mata dan PJJ macam kami dulu, chin up guys! Count your blessings and stay positive kata mat saleh. Sesungguhnya, Allah juga yang Maha Mengetahui dan perancangan Dia juga yang terbaik.

Buat yang sudah ada anak di luar sana, semoga Allah melindungi anak-anak syurga anda semua dari segala musibah dan mereka membesar menjadi insan yang soleh dan solehah. InsyaaAllah.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *