7 Tahun Yang Tiada Perubahan

Assalamualaikum semua, pertama kali aku harap admin siarkan confession aku ini.

Kedua, aku nak tanya pembaca semua adil ke kalau kita rasa tawar hati dengan pasangan sebab dia malas kerja dan suka layan video bukan bukan?

Aku tidaklah sempurna, tapi cuba untuk jadi isteri yang setia susah dan senang dengan suami aku. Tapi aku tak boleh terima bila dia balas dengan perbuatannya yang aku rasakan agak melampau.

Aku seorang isteri dan juga ibu kepada 1 orang anak (insyaAllah).

Aku yang dulunya waktu remaja hidup agak senang sebab aku kerja,

Kemudian berubah 100% sekarang jadi kais pagi makan pagi kais petang makan petang selepas kahwin kerana mengharapkan suami saja yang bekerja seorang diri.

Aku pernah bekerja sebelum melahirkan anak, namun ada beberapa faktor yang memaksa aku untuk berhenti dan sekarang aku seorang surirumah sepenuh masa.

Tapi jangan fikir aku malas, aku bakal bekerja nanti selepas anak aku besar sedikit. Aku sejenis yang tak boleh tinggal di rumah terlalu lama. Aku suka berdikari.

Masalahnya disini aku yang dulunya lemah lembut bertukar menjadi pemarah, dan tiada hormat pada suami sebab aku benci perbuatan dia yang hampir 7 tahun tidak berubah.

Setiap kali kantoi je pasti akan berjanji takkan tengok dan buat lagi, aku rasa itu janji kali ke seratus kot sampai aku muak.

Sudahlah semenjak kahwin tiada langsung kami pernah solat bersama sebab suami tak pandai membaca jawi, langsung tak tahu solat.

Dah pernah ajar tapi faham lah ye tuan puan, nak seribu daya taknak seribu dalih. Jemu saya. Nafkah skip skip. Hidup pun cukup makan.

Bila susah keluarga saya yang membantu sampai tahun berganti tahun, keluarga saya tidak lagi mahu menolong kerana sudah jemu.

Persoalannya, saya ni dah bertahan hidup susah dengan dia takkan sikit pun dia tak boleh ubah perangai dia untuk saya?

Saya tawar hati dan rasa macam ingin berpisah sahaja. Tolong pembaca semua, patut ke? Sebab saya patut bahagia.

Saya boleh hidup sebagai seorang janda. Saya rasa buang masa bertahan dengan orang yang tidak mahu berubah.

– Afeera (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *