Bismillah. Aku mulakan dengan intro diri aku sebagai 24 dan seorang ibu kepada dua anak. Hari ini pelbagai isu di media massa yang timbul berkaitan kesalahan s*ksual termasuk cabul.
Aku terpanggil untuk bercerita di sini macam mana aku menyembunyikan kisah silam aku dan nampak manis dan baik-baik semuanya di depan keluarga.
Hidup aku tak tenteram sejak akhir-akhir ni disebabkan dihantui oleh cerita-cerita kes cabul di facebook dan sebagainya. Tahap aku ketakutan sehingga setiap saat aku menangis dan aku tak dapat nak tidur serta aku benci untuk tengok muka suami aku sendiri.
Mungkin trauma silam kembali lagi. Setiap malam sejak akhir ini aku bermimpi si pelaku terhadap aku, ya, dialah sepupu aku yang rapat dan sama umur dengan aku. Ya Allah, ampunkan aku jika aku buka aib di sini. Tapi aku tak tahan dan perlu pendapat.
Aku tak boleh bersemuka dengan suami, aku tak rasa pun nak keluar rumah, aku banyak termenung, setiap masa menangis ketakutan dan benci diri sendiri sebab tak pernah sedar bahawa diri aku diperlakukan sebegitu adalah kesalahan dan dosa yang Allah tak ampun.
Aku rasa jijik dengan diri aku. Aku tak boleh nak lupa kisah silam ni. Bermulanya kisah sejak aku umur 11 tahun, masa tu darjah 5 dan cuti sekolah akhir tahun. Masa tu aku ingat lagi yang aku pakai baju kelawar.
Kelawarnya kain cotton nipis, biasa la kan, tempat panas akan nampak bayang body. Sepupu aku tu aku gelarkan sebagai budi. Masa tu aku dengan sepupu-sepupu lain main bola bayang jam 10 pagi, si budi ni tak sertai main. Dia pandang je aku dari tangga batu rumah.
By the way, budi duduk di bandar dan aku lahir di kampung. Anak kampung yang bodoh dan lurus bendul tahap budi nak rogol pun tak tahu benda tu salah.
Masa lepas main tu, budi tegur aku melalui mesej, dia cakap lawa body aku. Nampak t*t*k dan put*ng. Aku tak balas. Sebab takde kredit. Dulu pakai mesej je. Phone nokia je.
Budi ni seorang kaki game, kaki anime dan bila balik kampung dia akan bawa pc dia segala benda tu pasang di rumah. Aku ni dari lahir memang duduk dengan nenek aku, tu sebabnya aku selalu jumpa budi setiap kali cuti sekolah hujung tahun.
Lepas hari tersebut dia komen pasal body aku, dia ajak aku tengok anime lucah. Masa ni aku tak tahu pun haram. Sebab aku bukan didikan agama. Aku mula solat dan kenal Allah pun masa aku tingkatan 3.
Jahilnya aku ya Allah. By the way, nenek aku pandai mengaji je, pandai jawi je. Sekolah sampai darjah 2 je. Aku sambung, Masa cuti sekolah darjah 5 ni, banyak dia ajak aku luang masa bersama. Buat itu ini bersama.
Pernah dia masuk bilik aku, dia suruh bukak spender dan dia pun bukak seluar tunjuk kemaluan dia. Dia main kemaluan dia depan aku. Kami darjah 5. Aku bodoh tak tahu apa, tapi dia dah pandai segalanya bab s*ks. Allahuakbar.
Malunya aku nak cerita, tapi bodoh sangat. Bodoh sangat parents kami tak pantau kami. Tuhan, ampunkan aku ya tuhan.
Masa cuti darjah 6, dia ajak aku main dekat lubang belakang, dia raba buah dada aku. Allahuakbar. Aku malu, aku malu sebab sekarang baru aku sedar itu adalah kesalahan cabul. Bodohnya aku sebab takde pendidikan bab ni. Masa tingkatan satu, dia selalu ajak s*ks phone.
Sekarang aku baru tahu itu adalah s*ks phone dan berdosa. Dia ajar aku mel*nc*p. Tuhan, ampunkan aku ya Allah. Dia kenalkan aku dengan kawan sekaki game dia.
Dia minta aku couple dengan kawan dia. Kawan dia tu lah perosak hidup aku sangat-sangat. Dia minta aku hantar gambar buah dada aku dan ms V aku. Allahuakbar.. Tenatnya zaman cabul itu memang dari dulu.
Masa aku tingkatan3, aku akil baligh. Aku period. Nenek aku pesan, jaga maruah. Tapi budi ni pernah cuba rogol aku, dia buka seluar dia, dia cuba masukkan a*u dia. Dia pernah raba dan k*rek ms V aku.
Ya Tuhan, aku tak pernah tahu benda ni dosa. Mak aku tahu budi ni dalam bilik aku masa kejadian, mak aku cakap belajar elok-elok ya. Budi paksa aku. Dia suruh diam. Dia c*um aku.
Dia rosakkan aku, dia pernah ugut aku jangan bagitahu sesiapa. Jangan bocorkan rahsia kita. Kalau tak, dia nak sebarkan aku dan dia taknak bertanggungjawab apa apa. Allahuakbar. Aku lurus bendul. Aku bodoh. Aku sekolah lulusan tahap C je. Takde pendedahan s*ks.
Masa tingkatan 3 ada kelas sains belajar bab s*ks. Masa tu lah aku terdedah dan cikgu aku ceramahkan kami sekelas, perbuatan memasukkan, memegang, membelai alat sulit antara lelaki perempuan adalah dosa besar dan haram.
Cikgu kelas agama pula ajar bab air mani, mazi, wadi. Dari situ aku belajar. Aku cuba menjauhkan diri setiap kali budi pulang ke kampung.
Aku dah elak semua tu. Aku akil baligh. Aku jumpa ustazah aku dan tanya kalau buat dosa besar macam mana Allah nak ampunkan. Ustazah aku suruh buat solat hajat, taubat nasuha. Sentiasa buat dua ni. Dan setiap kali tu lah , aku menangis sampai tertidur dalam telekung.
Masa umur aku 11 tahun hingga 15 tahun, selama 5 tahun tu aku menderita tiada siapa tahu kisah aku. Aku menderita ketakutan selepas aku tahu benda tu berdosa dan haram. Aku baru tahu yang sekarang benda tu adalah kesalahan yang ada dalam akta undang-undang.
Allah, kau ampunilah aku, jauhkan zuriat keturunan aku dari kisah seperti silam aku, jauhkan anak’ keturunan yang lain dari zina dan dosa.
Sampai kini, aku tak mampu nak maafkan kau budi. Kau rosakkan mental aku. Kau rosakkan jiwa raga aku. Di saat orang lain pandai dalam pelajaran, aku diperlakukan seperti tiada maruah.
Mana sifat belas kau sebagai abang wahai budi. Kau punya adik perempuan, aku risau adik kau akan diberi kifarah atas dosa kau terhadap aku.
Kau paksa aku ikut s*ksual kau. Kau paksa aku mendiamkan diri. Kau perkosa diri aku sampai aku sakit kena jangkitan kuman pada ms V masa umur 14 tahun. Budi, aku sumpah dengan nama Allah kau takkan punya keturunan. Aku tahu kau belum berubah jadi manusia berguna.
Semuanya hidup kau hancur bermula dengan anime, lama kelamaan kau subscribe anime lucah, lama kelamaan kau subscribe p0rnografi s*ks. Ya Allah, kau ampunilah budi dan kau jangan pernah bagi keturunan dari dia ya Allah. Aku taknak keturunan dia berkembang.
Sampai kini, aku masih trauma budi. Kau rosakkan diri aku. Aku rasa jijik dengan diri aku. Dan kawan sekaki game budi yang konon couple dengan aku sehari je tu, aku tahu kau permainkan aku, kau melucah dengan aku, kau paksa aku taip mesej untuk reply mesej kau dengan lucah.
Kau minta aku buat apa yang aku tak rela, atas ugutan kau nak sebar media muka aku. Aku bodoh. Aku bodoh sebab aku orang kampung je.
Dan sekarang aku sangat berdendam dengan mak aku. Mak, kau tahu aku diperkosa. Kau diam saja. Kau nampak budi pernah bergurau pegang dada aku, kau tengok saja.
Tak pernah tegur dan didik aku bab mana yang orang boleh pegang diri aku, dan bab mana orang tak boleh pegang diri aku. Mak, sekarang aku tahu kenapa kau biarkan aku, sebab kau pun gatal, lahirkan anak luar nikah.
Umur 20 aku dapat tahu semua ni. Luluh hati aku. Keturunan adik beradik aku bukan sedarah sebulu sedaging dengan aku. Ya Allah, kau ampunilah mak aku.
Sampai harini aku tak mampu tengok muka insan insan ni. Aku menetap jauh dengan suami aku dan anak-anak. Aku tak sanggup nak pulang tengok dan hadap muka-muka ni semua.
Wahai budi, kau ingat lah sumpahan aku. Sekarang pun aku terserempak kau dari jauh haritu sebelum pindah jauh dari negeri kau menetap, aku nampak Allah bagi satu persatu kesusahan dalam hidup kau. Aku nampak kau kusut. Pakaian macam orang hisap dadah.
Aku syukur kalau Allah makbul sumpahan aku demi kau berubah. Aku harap takde lah mangsa lain, perempuan lain jadi mangsa kau.
Aku harap hana kau tu tak pernah kena game dengan kau. Kau ingat ya, kau ada adik perempuan tengah mendara, Jangan ada lelaki tak guna menerjah adik kau atas dasar kifarah dosa kau. Kau ingat ya budi.
Wahai akak dan ustazah, tolong doakan saya kuat, agar saya bahagia dengan suami dan anak-anak. Doakan baik-baik untuk saya meneruskan hidup saya. Nasihati saya apa yang terbaik saya perlu buat untuk lupakan semua ni.
Dan saya nak berpesan kepada ibu ayah, didik anak, jaga anak, ambil tahu hal anak, dan kisah hal anak. Jangan bagi sesiapa sentuh anak. Walaupun sepupu, atau mana-mana lelaki atau perempuan dewasa atau siapa pun. Jangan biar anak trauma macam saya.
Salam dari Kak En…
– Kak En (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Niy kisah benar benar berlaku ker