Hi everyone,
Baru ternampak video viral seorang lelaki yang sedang bergelut dalam cubaan untuk terjun dari tingkap kediaman bertingkat tinggi. Dia dikatakan mengalami tekanan kerana hilang pekerjaan dan sempat diselamatkan oleh rakan serumah.
Masalah kewangan sememangnya boleh menimbulkan kemurungan yang teruk. Akan tetapi, jangan mudah berputus asa dan diharapkan penulisan ini dapat memberi sedikit idea untuk menambah pendapatan di musim pandemik.
1. Tutor atas talian
– Kelayakan: SPM ke atas + kebolehan mengajar
– Keperluan: Komputer with webcam + mic + internet
– Skop: 1 to 1 or more tutoring secara online
– Bayaran: Mengikut jam RM20 (kindergarden) to RM60 (A-Level/STPM)
– Carian Google: “Malaysia online tutor platform” atau iklankan servis anda ke media-media sosial
– Idea lain: Boleh cuba iklankan perkhidmatan mengajar mengaji, menjahit, special skill seperti penggunaan software etc. Boleh juga pengajaran direkodkan dan dipasarkan dalam online training platform yang berbayar.
2. Freelance writer
– Kelayakan: Kebolehan menulis dengan baik + kreatif
– Keperluan: Komputer/ Smartphone + internet
– Bayaran: Purata bulanan RM2,500
– Carian Google: “Malaysia online writer jobs”
3. Virtual personal assistant
– Kelayakan: Fasih berkomunikasi dalam English + proaktif + kemahiran pentadbiran asas
– Keperluan: Komputer / smartphone + internet
– Bayaran: US$15 – $US28/hour
– Carian Google: “Virtual personal assistant works”
4. Dropship
– Kelayakan: Basic IT knowledge + marketing skill
– Keperluan: Smartphone + internet
– Bayaran: Per item
– Carian: boleh cari Google atau iklan-iklan dalam media sosial dan buka online shop untuk dropship
5. Content creator untuk media sosial, blog, youtube etc
– Kelayakan: Yang penting kreatif :)
– Keperluan: Smartphone
– Bayaran: Mengikut tugasan, muatnaik, berdasarkan trafik/engagement
– Carian: Boleh rujuk cara-cara set up ikut jenis platform yang dipilih.
6. Buka kedai online or beli barang in bulk dan buka e-market untuk penduduk sekitar
– Kelayakan: Basic IT knowledge, marketing, pengurusan perniagaan am contoh cara-cara handle stok, simpankira, kewangan etc
– Keperluan: Komputer / smartphone + internet
– Bayaran: Untung mengikut prestasi jualan
– Carian: Boleh rujuk cara-cara set up ikut jenis platform yang dipilih. Paling mudah dan banyak pembeli adalah Sh*p**
7. Delivery
– Kelayakan: Lesen memandu
– Keperluan: Kereta / motorsikal
– Bayaran: RM10/sejam ke atas untuk beginner, anggaran bulanan RM1,200 to RM1,600 untuk 160 jam
– Carian: Ada beberapa platform untuk daftar sebagai rider, boleh cuba Gr*bf**d atau F**dP*nd*
8. Bercucuk-tanam atau ternak haiwan
– Kelayakan: Sedikit pengetahuan sains yang boleh dipelajari secara online
– Keperluan: Tanah / hydro@aquaponik set, biji benih, baja, air + kesabaran 4-6 bulan sebelum tuai
– Bayaran: Untung tak perlu beli sayur/ikan/ayam, dapat pahala sedekah jiran, bantu mudahkan dapat beli barang basah dengan selamat tidak perlu keluar
– Carian: Boleh beli perkakas secara online (jika tiada) atau gunasemula barang terpakai di rumah
Saya perasan IIUMC akan censor info spesifik melibatkan jenama or syarikat. Oleh itu saya cuma tulis secara general dan kalau perlu info lanjut boleh komen dekat facebook, ramai orang-orang yang tahu akan tolong bantu bagi pencerahan :)
Thanks for reading!
– Seasoned Jobseeker (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit