8 Tahun Bersama

Salam semua, nama aku Ahmad. Semalam orang yang aku sayang mesej yang dia dah jumpa dan ‘tersuka’ dekat orang lain. Sedihnya hati ni hm sedih sangat.

Kami kenal dah 8 tahun kami sayang sama sayang dah nak dekat 6 tahun, 2 tahun tu sesi kenal. Hm sedihnya hati aku bila dia mesej macam tu.

Rasa nak hilangkan diri dari dunia buat sementara.

Nak bunuh diri tapi dosa ni terlalu banyak hm rasa nak give up dengan hidup tapi bila fikir balik bodoh kalau nak mati sebab cinta yang macam ni, mati sebab orang macam kau.

Kami kenal 8 tahun mestila ada gaduh ada suka dan bahagia. Normal la tu tapi ada pergaduhan besar tu buat kami jauh untuk masa yang lama,

Pastu kami bersatu kembali lepas kami ditakdirkan untuk satu Uni sekali. Tak terfikir jugak dapat satu Universiti sekali dengan dia.

Jadi kami rapat kembali dan sayang satu sama lain. Susah untuk lupakan A hm sebab dia baik, comel hm memang susah. Dia ada waktu aku perlukan. Tak ada orang faham pun hati dia tu, sebab susah.

Dia jenis yang mudah marah, moody, tiba tiba je tak ada mood pastu jenis yang selalu pening (migrain) so memang banyak sangat la benda boleh buat dia sakit hati dan tak ada mood.

Benda yang boleh buat dia happy ialah makanan. Tapi dia tak gemuk pun, makan nasi tu untuk budak 5 tahun je. Tapi dia suka makanan yang aku bagi huhu.

Kami selalu keluar dalam universiti kadang kadang tu makan dalam uni je ada kedai.

Dia suka ramen pedas cheese tu tapi aku tak suka. Aku suka megi lagi dari ramen hm entah la kenapa cerita benda ni adu. Saja nak bagitau yang aku ni tahu sangat pasal dia.

Jadi lepas habis je satu sem dekat uni sekali, aku ada satu sem untuk praktikal tapi dia tak ada so dia memang still kena pergi kolej. Aku stay di rumah je untuk praktikal.

Kami berjauhan sudah 4 bulan. Praktikal aku pun dah nak habis huhu. Aku dah plan nak pergi kolej nak jumpa dia spend time sama sama.

Pastu semalam dia mesej dia tersuka dekat orang lain. Hm retaknya hati aku ni bila dapat tahu. Senang je kan?

Manusia lupakan orang yang dia sayang.

Aku dah plan nak bagi hadiah baju dekat dia hm

Aku taktahu mana kelemahan aku sampai macam tu sekali aku ditinggalkan. 4 bulan je hm

Aku tak tahu sekarang rasa apa, rasa kosong, rasa ditinggalkan, lemah dan rasa tak tahu nak buat apa. Tangan sejuk kaki sejuk hm sedih sangat benda berlaku macam ni.

Dialah cinta pertama aku hm. Sanggup dia buat aku macam ni. Dia lupa ke siapa ada dengan dia selama ni?

Sedih sangat sampai kan aku harini aku decide nak kayuh basikal sebab taknak sedih sedih. Tahu tak cinta ni buat kita gila? Aku kayuh basikal sampai dekat bandar jauh rumah aku hm

Tujuan luahan ini sebab sedih sangat dan rasa tak diperlukan. Family aku tak tahu pun pasal ni semua orang tak tahu kecuali kawan kawan.

Sedih sangat hm luahan ni boleh jugak buat hati rasa lega. Ada orang yang membaca, faham dan tahu situasi aku.

Ada benda yang rahsia disebabkan tiada siapa siapa tahu kami bercinta. Dia macam elephant in the room. Huhu tiada orang akan cakap pasal ni dan semua senyap je antara kami.

Kepada semua pembaca terima kasih luangkan masa. Harap yang membaca ni jangan hadapi semua ni. Merana sangat. Kisah kami bukan cinta budak budak yang putus dan cari baru.

Mulai hari ni aku sedar yang manusia boleh berubah. Allah je yang kekal. Doakan aku untuk lupakan dia dan jadi lebih baik sebagai hamba Allah dan aku taknak sia sia kan hidup macam ni je.

Kalau Si A baca hm ketahuilah sebenarnya anda kejam, jahat dan pengkhianat. Sampai hati lupakan semua yang kita ada selama 8 tahun.

Ingatla benda yang kau buat sekarang akan jadi lagi. Aku harap sangat hubungan korang tak akan lama. Tiada alasan untuk apa apa sebenarnya. Pergi mati je la..

– Ahmad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *