8 Tahun Selepas Graduasi

Assalamualaikum readers. Sekarang musim konvo, suka saya nak ceritakan zaman selepas konvo degree dulu pada 8 tahun yang lalu hingga sekarang. Alhamdulillah saya berjaya graduate jurusan BBA Hons. BUSINESS ECONOMICS dari UiTM Shah Alam dengan CGPA 3.95.

Berkat usaha gigih dan doa dari ibubapa, saya telah berjaya menerima Anugerah Dekan untuk 6 semester sekaligus melayakkan diri ini menerima Anugerah Naib Canselor, Pelajar Terbaik Program serta Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti.

Tak dapat bayangkan wajah abah dan umi bangga dengan pencapaian kita. Masa nama diumumkan atas pentas, rasa bergetar seluruh jiwa raga. Dapat bayangkan perasaan adik yang terima Anugerah Diraja, mesti lagi nervous.

Alhamdulillah sambung Master Research (Mixed Mode) di UPM, juga pada timeline yang sama mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan sendiri, dan menimang cahaya mata pertama.

Namun postgrad life tidak seindah dijangka. Atas faktor tekanan luaran dan dalaman, saya dropped out. Coursework semua dah settle dapat A, research pending lama sangat (saya redha dan maafkan SV saya).

Pada semester terakhir pengajian juga saya terus apply job vacancy di BNM through jobstreet, alhamdulillah rezeki saya terus diterima sebagai Associate Economist di JEK (bukan calang-calang orang dapat bekerja di Jabatan ni).. Rasa seronok sangat kerana dapat bekerja dalam bidang yang diminati serta dapat menyumbangkan buah fikiran serta tenaga untuk negara tercinta.

Namun kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Allah ingin menguji…

Atas faktor tekanan dalaman seperti manager yang rasa saya kurang competent though I’ve done my very best and I’m just too tired to impress her everyday (penat tau hidup asyik nak impress orang je, huhu), suka cari salah, and I think she’s racist too.

I’m stressed out, almost fall into the depression stage (luckily my husband is the best listener, so I pour all out on him and he don’t judge me, just listen. thank you sayang)

Antara faktor lain dek kerana kurang rasa work-life-balance, anak pertama yang membesar terasa tak cukup melihat perkembangannya, rasa hidup terkejar2 nak buat kerja, pick up anak kat taska, balik dah gelap, fast forward baru dapat tahu berbadan dua pada masa itu, mungkin emosi kurang stabil. Tercetus rasa ingin membuat sesuatu yang berbeza.

My goals in life seems have shifted entirely! I want a work life balance. I want to do something different. I want to earn and at the same time I want my family and me time..

I want to take care of my own children and see them grow up and all the little things they achieved, I don’t wanna missed that, — and at the same time I want contribute my knowledge to my nation, how can I do that? It strucked my mind that why not — open my own Childcare Centre! Yes that’s it!

Tambahan pula kat Malaysia ni, Ya Allah banyak sungguh kes pengasuh dera kanak-kanak (anak saya juga pernah menjadi mangsa dera), masalah ketagihan gadjet, etc.

Makin membara niat saya untuk menjaga anak orang, macam mana kita nak orang jaga anak kita. Jaga dengan penuh ikhlas, kasih sayang, beri tunjuk ajar dalam segala aspek, selalu update parents dan work together dengan parents to bring out the best in their children.

Masa dalam pantang terus plan resignation, buat proposal, register untuk attend class sebagai pengasuh berdaftar and the rest is history. Alhamdulillah berjaya buka taska sendiri (nama rahsia nanti orang tahu, hihi) sekarang dah beroperasi selama hampir 3 tahun. Anak pun dah masuk 3. Alhamdulillah terima kasih Allah.

With all my heart. I am saying this. I will use my knowledge, my strong will power, and my passion towards early childhood education to raise this young generation to be a gen that love to explore, solve problems, be humble, respect others, and keep on learning, questioning & understanding what’s around them. Be sensitive, and empathy towards others — that is what’s lacking in kids nowadays and adab (manners).

Semoga anak2 didik Teacher Husna menjadi seperti apa yang Teacher & parents mahukan. That’s my life objective, that’s how I’m going to contribute to my nation. I want to prepare them at their early age, to be the next leader. May Allah ease this journey InsyaAllah.

As for my career progress, I will keep on learning. InsyaAllah plan to write a book soon, kene attend kelas belajar menulis ni ayat berterabur, hehe. I’m always open and willing to share untuk rakan2 seperjuangan terutama wanita untuk mendirikan taska. I JUST LOVE MY JOB. I don’t earned as much as before. But the opportunity cost is not as valuable as what I’m having now. It’s priceless.

Nasihat saya untuk yang struggle cari pekerjaan, cari peluang. Macam mana nak cari peluang? Cari masalah! Masalah apa yang ada, carilah solusinya. Just look around, be creative, and solve it (di situlah lahirnya sharing economy macam grab, maideasy, etc). Be The Founder, and then charge affordable price for that.

Terima kasih sudi luangkan masa baca coretan saya yang tak seberapa..

– Teacher Husna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *