8 Tips Interview Cari Kerja

Hello everyone! Thanks sudi share (walaupun kurang likes) confessions lepas tentang “8 Tips Resume Cari Kerja” (https://iiumc.com/8-tips-resume-cari-kerja/)

For those yang tanya (terutamanya experienced candidate) kenapa walaupun ikut setiap tips yang tertera tapi masih tidak dipanggil interview, you guys need a career advice instead on merely resume tips sebab apalah gunanya resume tip-top tapi kelayakan tak sesuai,

Lompat-lompat kerja dalam masa singkat (non-loyal employee) ataupun kerja lebih 3 tahun di syarikat yang sama tapi tiada kenaikan pangkat (non-performing employee) ataupun job professional tetapi tiada bukti continuing professional development training.

To be honest bila scanning resume, we only check the candidate meet requirements as advertised (specific degree with certain CGPA, pengalaman kerja yang bersesuaian atau aktiviti kokurikulum yang berkaitan).

All candidates called for interview are eligible for hiring subject to performance at interview.

Di bawah ni tips yang saya sendiri buat to get hired:

1. Bersedia tentang pengetahuan teknikal, latar belakang syarikat dan industri etc etc

You will never know apa yang syarikat tu akan beri untuk isi sebelum interview bermula; IQ/EQ test, penulisan esei, matematik mudah, ujian teknikal mengikut skop kerja sebenar dan lain-lain.

Ini adalah penapis pertama ya untuk interview. Tiada guna anda yakin menjawab interview dengan mudah bilamana anda gagal ujian saringan di awal tadi.

Entah macam mana interviewer tu nak berikan justification to recommend yang you performed so well in interview tapi failed, say, simple maths test. Kecuali if he/she is your cable, tak perlu interviewing langsung pun ok.

2. First impression

Dress smartly – Lelaki baju kemeja, seluar slack dan kasut formal. Perempuan minimal natural makeup (again, kecuali kali job tu memerlukan anda bermake up seperti model), anything formal attire yang sopan dengan kasut tertutup.

Sorry, baju kebangsaan bukan baju formal dan tidak digalakkan untuk interview syarikat swasta.

Be early, not on time – kadang-kadang ada borang atau test perlu diisi sebelum interview dan interview pula bermula tepat waktu temu janji. Interview panel biasanya terdiri daripada HR personel/management dan manager untuk department yang memerlukan job diisi.

Masa mereka sangat terhad dan ada baiknya anda datang awal supaya lebih banyak masa boleh diperuntukkan untuk sesi interview nanti.

Beri salam bersesuaian, ketuk pintu dan minta izin untuk duduk. You feel superduper nervous right? Well, DON’T SHOW IT and just act cool. I suggest you practice interview pretend di rumah dengan siblings or in front on mirror. Memang lucu, tapi sangat sangat membantu.

3. Jangan lupa bawa semua dokumen yang diminta

Biasanya HR akan minta semua dokumen melalui e-mail sebelum interview jadi jangan lupa bawa dokumen asli.

Tapi bukan semua syarikat mempunyai sistem pengrekrutan yang professional dan teratur, apa kata anda yang menjadi proaktif dan mengambil inisiatif untuk bertanya secara mendalam apa yang perlu disediakan dan dibawa.

4. Perkenalkan diri

Soalan ini umum menjadi soalan pembuka bicara. Terangkan sahaja seperti biasa dengan jelas dan ringkas mengenai diri anda dalam keluarga, latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja.

Bila habis, tanyakan soalan kepada interviewer sekiranya mereka ingin mengetahui apa-apa maklumat lanjut sebelum mereka yang tanya “ is that all?” Sentiasa akhiri ayat anda untuk setiap soalan dengan sesuatu yang menggambarkan anda sudah habis bercakap.

Jangan buat mereka ingat anda masih mahu mengatakan sesuatu.

5. Soalan biasa untuk mendapat info

Untuk menjawab soalan-soalan biasa seperti perihal pengalaman kerja, kekuatan dan kelemahan diri, latar belakang pendidikan yang bersifat fakta, jawab sahaja dengan jujur dan tenang tanpa nada sombong.

Interviewer memang suka akan calon yang yakin berkata-kata tapi bukan bongkak.

Mengaku sekiranya anda tidak tahu akan sesuatu yang penting untuk skop tugas tersebut tetapi berikan jaminan yang sekiranya diterima anda boleh mempelajari benda tersebut dalam tempoh masa tertentu dan berikan contoh setara dimana ada berdepan dengan situasi yang lebih kurang serupa.

Contohnya, syarikat itu menggunakan software A yang anda langsung tidak tahu tetapi ada mempunyai pengalaman menggunakan software B yang lebih kurang sama popularitinya dalam industri yang anda kuasai penggunaannya dalam hanya 2 bulan.

Apabila syarikat bertanya apa kelemahan anda, beritahu secara jujur tetapi sertakan pelan tindakan yang anda sedang atau akan lakukan untuk memperbaiki diri.

Contohnya anda kurang fasih berkomunikasi dalam English walaupun mendapat A+, anda sedang mengikuti kelas atas talian. Tapi ingat, sentiasa jujur dalam menjawab soalan.

6. Soalan provokatif untuk melihat tindakbalas atau case study untuk menilai problem-solving skill etc

Sentiasa ingat bahawa soalan-soalan untuk ditanya untuk menilai kualiti-kualiti tertentu seperti keupayaan bekerja dalam tekanan, kemahiran menyelesaikan masalah, kepimpinan etc.

Banyakkan membaca artikel berkaitan industri, isu semasa, buku pengurusan/kepimpinan, produktiviti diri supaya anda dapat general idea untuk ciri-ciri pekerja yang majikan cari. Jangan menjawab mengikut hati dan perasaan sekiranya diprovoke, jawab dengan rasional.

Pilih jalan penyelesaian kepada kes studi yang paling menguntungkan syarikat dengan cara yang masih beretika. Boleh Google dan lihat contoh spesifik untuk soalan interview sebegini dan cara menjawab yang sesuai.

7. Soalan yang perlu ditanya interviewer

Paling turun off bila calon diberi peluang bertanya, mereka hanya bertanya “what’s in it for me?”. Realiti check guys, syarikat ditubuhkan untuk mendapatkan keuntungan. Walaupun tidak salah bertanya soalan sedemikian, ia memberi gambaran kurang baik kepada interviewer.

Contoh soalan yang digalakkan anda tanya, soalan yang lebih spesifik berkenaan skop kerja supaya bila ditawarkan kerja anda boleh nilai berbaloi atau tidak dengan bebanan kerja.

Plus, interviewer selalunya will be your direct bos who will give you assignment, he/she can answer accurately. Juga, boleh tanya berkenaan syarikat dan industri.

Weh, need to be genuinely wanting to know more about the company and bukan hanya sebab well ni tips dari IIUM Confessions. Interviewer boleh kenal budak yang menghafal lirik ok.

Atau you boleh tanya soalan yang mengambarkan ciri-ciri yang mereka cari. Contoh, ask about career progression; how long would it takes for me to get from this to this.

DON’T ask about salary or perks unless they directly ask or offer you on the spot!

8. Follow up result

Before interview ended, tanya bila boleh dapat result. Ingat nama HR personel untuk follow up pada hari jangkaan result keluar. Jangan berhenti follow up sehingga dia confirm anda gagal interview.

Reason, she will remember and keep you in mind in case other successful candidate backout.

————————————————————————————————————————————————————

Good luck in finding jobs =) To other HR or hiring managers yang baca ni, sila add tips anda dekat komen supaya other readers dapat manfaat. Thanks for reading.

– Seasoned Jobseeker (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *