Assalamualaikum, Harap confession i dapat disiarkan oleh pihak admin. Kalau tersiar, alhamdulilah dengan harapan dapat jadi pengajaran dan iktibar kepada yang lain
As the title itself “Kepentingan s*x Education kepada anak2”. Ada sebab kenapa tergerak hati untuk menulis confession ini.
Tajuk ini i tahu masih taboo di kelangan kaum kita, orang melayu untuk berborak, explain or even teach our kids tentang kepentingan s*x education kepada anak2.
Tapi ada sebab kenapa i rasakan topik ini amat2 penting untuk kita take action or else it would be too late to fix anything after that.
Literally like 10 minutes ago, i saw a video di instagram dimana mereka melakukan social experiment bertajuk “People share their secret anonymously”. Confession pertama related dengan kisah yang i akan ceritakan after this.
Pengenalan diri, wanita, umur 32 tahun, berkahwin, mempunyai 2 anak and i have a wonderful family. Alhamdulillah. Despite that, kenangan pahit silam yang berpuluh tahun lepas masih i tak dapat lupakan.
s*x? Apa yang budak berumur 10 tahun tahu tentang s*x? Nothing. And kita sebagai parent, most of us i would say, pernah tak terlintas “umur 10 tahun, terlalu kecil untuk tahu perkara2 tentang s*x. nanti dia tau2 sendiri lah. Nak cerita between anak dan mak/ ayah pun segan”.
Am i right? Well this is what happen to me. Sorry i mix english sikit. I am so used to speak english at home so i try my best not to mix too much.
Seawal umur 10 tahun, i telah dicabul oleh atuk saya sendiri. Ye atuk sendiri. Ini terjadi jika i balik ke kampung dimana all of us, ibu dan adik2 serta atuk nenek akan tidur sekali di ruang tamu dan arwah atuk akan selalu ambil spot next to me.
He cuddle me, hug me, which bagi pendapat i normal, tak ada apa2. Thing start went wrong bila dia memasukkan tangan kedalam seluar dan seterusnya menyentuh private area, and he did more than that.
No penetration cuma f*ngering. I sedar apabila dia melakukan perkara tersebut tapi sebab terkejut, tak tahu nak react apa, dan naif nya budak umur 10 tahun, i tak tahu apa yang arwah atuk lakukan adalah salah.
Rasa malu pun ye. Tak tau nak react macam mana jadi i buat2 tidur walaupun sedar setiap apa dia lakukan. Perkara itu berulang kali terjadi setiap kali balik ke kampung.
That’s the first one. I tak sedar apa yang atuk lakukan adalah salah and s*xual abuse sampai lah i dah besar, baru i faham, oh apa yang atuk lakukan s*xual abuse.
Tapi dah tak ada rasa apa, tak ada rasa benci masa tu sebab dia pun dah meninggal. Cuma terlintas dalam akal fikiran “how could he do that? to his own granchild”. apparently, memang ada darah daging yang akan sanggup dajal and rosakkan keluarga sendiri semata2 kerana nafsu.
So fast forward, semasa berumur 18 tahun, i lost my virginity to my ex boyfriend. Umur kami sama, kami belajar di kolej yang sama. And just a heads up, i kurang mendapat didikan agama sepenuhnya. Basic one, ada tapi cuma di takat tu sahajalah.
Tiada seorang pun family member yang solat so solat pun memang ke laut dalam ceritanya. Eventhough at the age 18, i didn’t know much about penetration, koyakan selaput dara.
Back then semasa kelas biologi di sekolah sekalipun, coverage untuk s*x education sangat2 basic. So someone else took the place and explain me about s*x which stupid enough, that person is my ex boyfriend.
He said “you, benda ni normal in relationship of guys and girls. Like how i pegang tangan u, i hug you, its pretty much the same cuma dia better and lagi best” well. Bodoh yang amat, yes i percaya kata kata dia and i lost my virginity that night.
I tak tahu that dara adalah exclusive sekali seumur hidup and if i loose it, there’s no chance i can get it back. So the painful experience begin.
I sakit, berdarah, panic, didn’t know what to do and dia pujuk saya, “its ok, we can try again”. So again, bodoh nya, i told myself ” cmon this is normal, its normal, just stay calm and you can do this”.
Now, when i think about it, I can’t tell you how much regret i feel that i lost my virginity to one useless guy.
So teruskan semula dari cerita kami, hubungan kami tak bertahan lama dan we broke up. I mempunyai relationship dengan lelaki2 lain dan cycle sama yang berulang.
Countless s*x and to be honest, jika duduk diam2 sekarang and count berapa ramai lekaki i’ve slept with, i’m not sure myself. Adakah i bangga dengan perkara ini? Jauh sekali. Allah swt know how much regret i have about my past life.
Fast forward, few years after that, diumur 22 tahun, i had serious relationship dengan seorang lelaki. We’ve been together for a while and ketika ini i bekerja di KL, menyewa rumah dengan stranger (muslimah) and they change me.
Dari seorang yang tidak reti solat, tak pernah kenal apakah itu tudung, mereka slowly mengajar untuk kembali kejalan yang benar.
And slowly hati i mula berubah kepada teman lelaki. I tak rasa i mempunyai masa depan yang cerah dengan dia. I come from broken family and i can feel that if i teruskan hubugan ni, i will have 2nd experience of broken family, again.
Kami selalu bergaduh, and as the previous one, countless s*x and stuff, so i beri hint pada dia yang kami patut berpisah. Dia menyedari perkara ini dan one our last night before we broke up, he bring me to a hotel and said this will be our last one, so we did it.
Tersembunyi agenda dia pada malam itu dimana dia mempunyai rancangan to get me pregnant dan automatically tak akan break up dan berkahwin dengan dia. Easy way yang dia nampak.
Again, disebabkan pengetahuan yang cetek tentang s*x, i tak tahu tentang period cycle, terlambat ke, tak datang ke.
2 bulan selepas itu, dia call dan bertanya kabar. At this time, i sudah pun memutuskan hubangan dengan dia.
Perkara yang buat terkejut adalah dia bertanya “awak ada datang period bulan ni?” I jawab ‘Tak sure. Rasa macam tak, kenapa?’. Dia jawab “cuba saja lah awak check.” And yes to my horror, i am pregnant.
Malam itu, i menangis puas2 di bahu roomate i, seorang cikgu di sekolah agama. Dia sendiri terkejut dan tak tahu nak buat apa.
I berjumpa dengan ex bf, dia kata dia sanggup bertanggungjawab dan ajak untuk berkahwin. Tapi i takut, takut dengan reaction family, lebih2 lagi ibu dulu pernah ada history commit suicide.
Family issue. So, i tak nak, berita ini jadi punca dia melakukan attempt to suicide buat kali ke2 dan after long thought, i decide, i terpaksa menggugurkan kandungan tu.
I masih ingat, pergi ke klinik buat kali pertama, di umur 22 tahun, scan heartbeat dan dengar heartbeat penghuni pertama rahim, sampai sekarang kalau i ingat2 balik pun masih sedih. Kesakitan keguguran bukan sikit. Berhari i tak dapat bangun dari katil.
And alhamdulillah, allah swt masih sayang. Titik perkenalan dengan housemate dulu, i bertudung, menjaga solat, di umur 23 tahun, i hafal doa qunut. Untuk i solat subuh.
Allah hadirkan suami. Satu satunya lelaki yang tidak pernah meminta s*x semasa berhubungan dengan dia. Dia tau semua kisah silam dan terima dengan hati terbuka. Tak pernah mengungkit, redha dan ikhlas terima.
Baru baru ini, selepas makan malam, i termenung sekejap dan i bagitahu dia, kalau lah ada kesempatan untuk i ubah past life i, i nak lenyapkan semua perkara perkara bodoh i buat, memory s*xual abuse dari family sendiri dan anak yang i sendiri tarik nyawa dia.
I rasa berdosa dan i tak nak anak2 i go through experience buruk ni. I ada 2 anak. Lelaki umur 4 tahun dan perempuan umur 3 tahun.
Walaupun umur mereka masih kecil, i ajarkan perkara “this is your private area, no one can touch” i gunakan exact word, v*gina, p*nis, br*ast. These are all sensitive area that only you can touch.
No one else. Not even papa or any other people. I belikan puzzle tentang anatomy tubuh badan and constantly remind them about this. Kadang2 i suruh uncle mereke which is my brother, cuba2 pegang their butt and nak tengok diaorang ingat tak apa i ajar.
Alhamdulillah anak perempuan walaupun umur 3 tahun, dia faham. Dia akan beritahu “uncle, don’t touch my butt. Private area”.
Atau bile main2 sama2 abang dan abang tak sengaja terpegang adik, dia akan mengadu ” mama, abang touch my private area ” and said sorry and vice versa.
Kenapa terlalu awal i mulakan? Yes i am paranoid. Berdasarkan pengalaman hidup sendiri. I nak mereka tahu, this is your body. You own it. No one else can touch except you.
I nak mereka tahu yang mereka boleh confess, beritahu kalau2 ada orang melakukan perkara tidak senonoh.
Seiring dengan masa nya nanti, i nak jadi orang pertama untuk mengajarkan tentang s*x, maruah diri kepada anak2. Bukan orang lain. I want them to know that it’s ok not to have s*x while in relatioship because it’s not normal and berdosa besar disisi islam.
I nak mereka tahu, virginity is exclusive to the man who loves them sincerely which her husband. Yang akan menghalalkan dengan cara yang sepatutnya.
Sebab jika i berikan peluang kepada orang lain untuk mengajarkan tentang s*x kepada mereka, i tahu effect dan kesan nya sangat2 buruk.
As of now, i banyak sesalan dan regret. I wish i know at the age of 10 years old, i am a girl walaupun masih kecil, no one can touch my private area.
I wish my mum and now other mom can be more careful and aware tentang tidur ramai2 bersama sepupu even dengan atuk darah daging sekalipun.
Banyak manusia bertopengkan syaitan. Asingkan tempat tidur anak perempuan dengan ahli keluarga.
How i wish i know that ini adalah tubuh badan i. I berhak jaga my virginity and s*x in relationship before kahwin tak normal and i can say no without feeling guilty.
But sayangnya, semua tu sudah pun berlaku, terjadi and there’s nothing i can do to fix that.
I selalu berdoa pada Allah swt, jangan ambil nyawa i dulu sebab kalau nyawa i ditarik sekarang, dosa jauh lebih banyak dari 7 tahun lepas yang i baru berhijrah. Ni pun i dengan suami baru slow2 belajar baca al – quran.
Nak cari balik redha Allah, taubat, nak kumpulkan ladang pahala dan kebaikan sebanyak mungkin. s*xual abuse, bad experience, haunted you forever. Peristiwa i dicabul oleh atuk sendiri pun sampai sekarang masih i ingat in details apa dia buat, apa i pakai.
I cuma berharap kitalah, parent yang patut explain, slow talk dengan anak2 tentang perkara2 sensitive begini. Bukan orang lain. Supaya mereka tak belajar dengan cara yang salah.
Assalamualaikum.
– Puan Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit