Abangku Pemalas II

Untuk part I, (https://iiumc.com/abangku-pemalas/).

Assalamualaikum semua. Mungkin untuk sesiapa yang nak tahu lebih lanjut kisah abang saya ni.

Baru baru ni sebelum azan subuh saya sengaja bersembang dengan mak tentang ada artikel saya baca di facebook yang perangainya sebiji macam abang dan saya cakap solution dia antara AADK atau check di kesihatan mental (padahal ni komen korang semua untuk cadangan ni, Thank you sangat!)

Tiba-tiba mak cakap mak rasa abang sakit sebab perangai dia yang pelik seperti susah nak terima arahan kena ulang berkali kali baru buat dan bila nak buat perkara yang sama pada hari lain kena ajar lagi sekali apa yang kita dah ajar sebelum ni, entah la dia lupa atau apa.

Selain tu, yang buat saya terkejut pagi tu adalah tiba tiba mak cakap kita pun salah juga, kita tak boleh salahkan dia seratus peratus.. Masa ni saya rasa sebak sangat sebab memang betul mak cakap tu. Sambil saya taip ni pun saya masih rasa sebak huhu..

Mak cakap kawan mak ada dua orang yang anak atau saudara yang berperangai seperti abang tapi mereka jenis melawan cakap, panas baran dan juga banyak kawan.

Abang saya memang takkan melawan langsung apa yang abah saya berleter dan dia mungkin ada sedikit baran tapi tu pun jarang sekali cuma sekali dua mungkin dia tumbuk dinding,

Atau buat sesuatu yang pelik seperti di kampung dulu dia potong pokok yang berdahan besar menggunakkan parang yang tumpul, tak tahu dia marah apa time tu tapi semua pelik sebab pokok tu besar boleh terpotong macam tu saja.

Dan abang saya ada kawan tapi sorang dua macam tu saja, dia juga tak kisah kalau tak berjumpa langsung kawan kawan dia dan duduk di dalam bilik saja berhari hari, malah berbulan bulan pun tak apa kalah saya yang perempuan ni.

Tentang cadangan untuk kahwinkan abang, memang rasanya itu bukanlah tindakan yang kami akan lakukan. Betul kesian anak dara orang lain, sedangkan dirinya sendiri pun tak terjaga apatah lagi anak orang lagipun dia tak pernah bercinta setahu saya.

Saya sampai sekarang masih terfikir fikir apalah masalah utama abang saya bersikap sebegitu sebab saya bagi kertas kosong dan pen suruh tulis masalah dia tu pon diabaikan je.huhuh saya memang selalu je kena abaikan kalau cakap dengan dia macam cakap dengan dinding ja..

Saya ingat lagi dulu masa saya dapat result PMR, SPM atau apa apa ujian mesti la nak cerita dekat family sendiri kan sebab kita happy or mana tahu ada nak belanja makan ke..

Tapi abang saya dia buat tak tahu ja haha, entah dia bangga ke tak sampai saya masuk belajar tahun akhir degree ni pon saya rasa dia tak tahu pon sebab tak pernah dia kisah.

Saya berbincang juga dengan abah tentang masalah utama abang antaranya adakah abang pernah ambil barang terlarang, abah cakap dulu mungkin masa umur dalam 20-22 dia pernah sebab dia kerja guard jauh dari kawasan perumahan dan duduk di rumah sewa.

Wallahualam. Tapi lepas tu dia hanya kerja berdekatan rumah dan tak kerja malah berulang kali dia ulang sikap sebegini.

Masa abang tak kerja dia duduk di rumah tanpa keluar rumah berbulan bulan, dulu abang kuat juga hisap rokok, tapi bila duduk di rumah dan tak kerja duit pon tak ada untuk beli rokok,

Dia nak pinjam duit kawan pon dah tak nak bagi (saya baca sms di henset 3310 dia) so dia stop lama sampai sekarang saya tak nampak dia merokok.

Saya juga ada google ciri ciri orang ambil dadah tapi memang tak ada sangat ciri ciri tu seperti khayal, marah marah, terlebih rajin atau malas, suka curi duit (sebab abang minta duit masa dulu ja kat abah, kawan or orang lain tapi tak curi lah setakat ni) dan lain lain.

Tapi tak tahu lah sebab dadah banyak jenis dan mungkin ada pelbagai kesan kan. Cuma setakat saya kemas bilik tak pernah jumpa apa apa dan dia memang tak tutup pintu bilik dan tak keluar rumah berbulan bulan.

Saya rasa tak salah jika kami bawa check di AADK, tapi ada apa apa bayaran ke dan saya tak tahu cara untuk bawa dia ke sana sebab macam tiba tiba saja takut juga terasa hati kalau dia tak ambil pon benda terlarang tu.

Selain tu, saya juga ada menyatakan cadangan dekat abah dan mak untuk bawa abang check kesihatan mental, sebab orang surau kata nampak abang macam kemurungan. Dia memang diam sangat. Mak ada cakap yang abang dari kecil memang begitu pemalu dan pendiam.

Kalau ada orang datang rumah dia takkan keluar bilik sebab malu. Dia cakap pun sepatah dua ja tu pon cara dia bercakap kurang jelas dan macam takut untuk bercakap. Bos abang yang tabligh tu selalu tegur abang supaya cakap dengan yakin dan kuat.Tapi macam tu ja saya tengok.

Setakat ni pun ramai dah bagi cadangan untuk bawa abang check di hospital.Boleh ke saya tahu bayaran dan prosedur bagi yang ada pengalaman?

Semalam, mak cakap ada kawan mak tanya yang abang ada tuntut ilmu apa apa tak? Mak cakap ada iaitu silat dan dia belajar tak habis. Kawan mak cakap, ouh patutlah sebab dia sendiri dah jumpa orang tuntut ilmu tak habis dan berperangai seperti abang.

Untuk pengetahuan semua, abang dulu selalu kena buli di sekolah menengah mungkin sebab dia diam kan.

Selepas berulang kali dia dibuli ada seorang sahabat abang ni kesian dan bawa abang belajar silat dekat pak cik saudara dia setiap kali hujung minggu sebab abang jarang balik rumah dan rumah kami agak jauh dari kawasan persekolahan dia.

Memang logik juga kalau tuntut ilmu tak habis adalah salah satu punca sebab abang start buat masalah selepas dia tak sekolah situ.

Abang masih sambung belajar di sekolah berdekatan kemudian belajar kemahiran dan kerja…

Semua tempat yang dia pergi mesti abah akan dipanggil orang atasan atas perangai dia yang susah untuk diajar dan ada sekali tu dia melawan orang yang buli dia gunakan silat dia (pendiam sangat sehingga selalu dibuli).

Dari segi akademik, sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, keputusan dia tidaklah teruk dan baik sebelum tu.Kami dah bawa ke merata tempat dah untuk berubat dan makin lama dia makin okay sebab kalau tidak dalam setahun sekali dia akan mengamuk pecahkan barang atau tumbuk dinding.

Pertama kali kami tahu dia belajar silat masa dikampung, dia tidur dan kami semua sedang berbual…tiba tiba dia bangun dan tumbuk dinding hingga terkeluar cat.

Selepas dah tenangkan dia dan terus bawa berubat pada kawan abah. Kawan abah cakap sebab dia menuntut tak habis, start dari situ kami bawa berubat hingga umur dia 24/25 .

Selepas tu tak ada kejadian pelik tapi dia pula yang seolah olah mencari seperti suka pergi bertapa di gunung, baca ayat pelik-pelik dan suka kumpul batu batu yang pelik dan sewaktu dia ada henset android dia ada buat status di fb pasal nak berjihad dan nak berperang..

Jika dia bekerja dan dapat gaji, duit dia habis pada benda sebegini sahaja. Entahlah saya terfikir kesan silat dia ke dia sebegini atau diri dia sendiri?.

Dulu abah pernah hantar abang di pondok dan dia okay dari segi solat, kalau mengaji dan zikir dari pagi sampai malam pun tak apa. Sejuk hati kami time tu.

Tapi selepas habis pondok dan bekerja dan kadang tidak, dia malas sangat sampai solat, kemas bilik.basuh baju kena suruh kecuali makan (sehari sekali ja kalau tak diajak atau tengah malam time kami tidur).

Sejujurnya, sekarang ini sama ada AADK atau check kesihatan mental sahaja dalam pemikiran saya, kerana untuk berubat kena tunggu saya habis belajar dan kerja sebab abah pendapatan cukup cukup makan dari hasil menoreh getah dan lain lain, kakak pula banyak komitmen lain.

Saya dulu selalu ikut abang pergi berubat macam macam bomoh dan ustaz. Saya suruh dia keluar rumah cari kerja supaya berdikari sendiri dan buat mak abah senang hati dengan dia bukan sebab saya benci dia tapi saya kesian sebab hari hari dia kena marah dengan abah,

Yelah mana tidak dia berbulan bulan tak kerja, malas membantu pula dirumah dan solat pun perlu suruh banyak kali baru buat, itupun laju je dia solat.

Saya tak nak dia dan kami di rumah stress, jalan terbaik adalah dia keluar merantau dan bekerja tapi di surau berdekatan rumah pulak dia tinggal. hm

Saya harap nanti lepas habis belajar saya dapat kerja dan gaji yang baik untuk tolong dia.

Saya dah tak larat menangis fikirkan perangai dia sampai rasa macam nak lupa ja yang saya ada abang sebab memang dia macam tak wujud sedangkan kawan kawan saya sendiri tak pernah percaya saya ada abang.

Mana tidaknya, dia diam je sampai tak ada story pun nak cerita tentang abang yang ada mak, abah, akak, adik ja..

Sekali lagi terima kasih semua yang bagi cadangan dan nasihat, saya amat menghargai, semoga Allah membalas jasa kalian .

– Insan Biasa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *